“Arwah anak sepatutnya bertolak pulang ke Puncak Alam, Selangor pada esok atau lusa untuk membeli barang keperluan umrah saya, tetapi tidak kesampaian,” demikian luahan pilu seorang ibu apabila anak bongsunya antara tiga mangsa kemalangan maut Lebuhraya Senai-Desaru yang meragut nyawa semalam.
Maryani Mohd Zaini, 50, ibu kepada Fazrizal Izuan Zuhaimi, 20, berkata beliau dan suaminya akan menunaikan umrah Rabu depan, dan menantikan kepulangan anak bongsunya untuk bersama membuat persiapan terakhir.
Luahan Ibu Mangsa Kemalangan Maut Lebuhraya Senai-Desaru
“Kami dapat tahu tentang kemalangan pada jam 5 petang selepas dimaklumkan oleh majikan arwah. Ketika kejadian, dia difahamkan dalam perjalanan keluar bersama rakan-rakannya,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Tambah Maryani, kali terakhir dia berhubung dengan arwah ialah dua malam sebelum kejadian. “Arwah maklumkan dia mengambil cuti untuk pulang ke Puncak Alam bagi membeli barang-barang kelengkapan umrah. Dia sempat berpesan, ‘Ibu tunggu Boy ya, nanti kita beli barang sama-sama.’ Itulah perbualan terakhir kami,” katanya dengan suara sebak.
Maryani turut berkongsi kenangan terakhir mereka bergambar sekeluarga ketika Hari Raya Aidilfitri lalu, semuanya memakai baju berwarna coklat — warna pilihan arwah.
Keperibadian Arwah Yang Disayangi Ramai
Menurut Maryani, arwah anak bongsu daripada empat beradik itu mempunyai peribadi yang sangat baik walaupun pendiam. “Saya memang tak boleh cari kesilapan dia walau sedikit pun. Dia anak yang baik, suka membantu keluarga dan disenangi semua orang. Kawan-kawan dia pun selalu kata dia kawan yang baik,” katanya.
Katanya lagi, setiap kali ditanya tentang keadaan dirinya, arwah sentiasa menjawab baik kerana tidak mahu ibunya risau. “Dia kesayangan keluarga. Dua tahun bekerja di Pengerang dan kali terakhir kami berjumpa bulan lalu ketika opahnya meninggal dunia di Damansara,” katanya.
Kronologi Kemalangan & Perkembangan Siasatan
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman memaklumkan, kejadian kemalangan maut Lebuhraya Senai-Desaru dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Fortuner memasuki laluan bertentangan. Sebuah Honda CRV yang berada di laluan itu sempat mengelak, namun Volkswagen Golf yang dinaiki tiga mangsa gagal mengelak dan bertembung secara berhadapan dengan Toyota Fortuner.
Ads
Polis mengesahkan tiga maut dalam kejadian itu, dua di lokasi dan seorang lagi ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru. Toyota Fortuner yang terbakar didapati membawa muatan rokok seludup dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.
Reaksi Keluarga Dan Tuntutan Keadilan
Bapa arwah, Zuhaimi Mahtar, 54, berkata keluarga mempertimbangkan tindakan undang-undang berhubung kejadian itu. “Saya reda dengan ketentuan Allah, tetapi dari sudut perundangan, saya akan minta nasihat peguam bagaimana tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.
Zuhaimi berkata, mereka mendapat tahu mengenai kemalangan itu selepas melihat rakaman video di media sosial, namun tidak menyedari salah satu kenderaan dalam video berkenaan dinaiki anaknya. “Kami terus bergegas ke lokasi selepas dihubungi,” ujarnya.
Jenazah Dan Penghormatan Terakhir
Jenazah Fazrizal Izuan dibawa pulang ke Puncak Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam setempat. Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian apabila ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir. Mereka turut menzahirkan rasa syukur atas jasa pihak berkuasa dan orang ramai yang membantu di lokasi kemalangan maut Lebuhraya Senai-Desaru.
Pengajaran & Doa Buat Mangsa
Kematian tragik ini menjadi peringatan penting kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas. Keluarga berharap tiada lagi insiden seumpama ini berlaku dan mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat Allah SWT.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Walaupun hanya sehari sempat bergelar suami, isteri. Lelaki ini redha walaupun perit untuk menerima bahawa isterinya pergi terlebih dahulu.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan seorang suami apabila isteri yang baru dinikahinya pergi buat selamanya. Sedih!
Hanya Sehari Bergelar Suami, Isteri
“Abang…kita dah kahwin,” itu kata-kata terakhir yang diluahkan oleh Siti Saraf Ismail, 25, kepada suaminya, Mohamad Amirul Akmal Mohd Aziz, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Mahligai bahagia yang dibina hanya bertahan seketika apabila Siti Saraf yang merupakan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya telah dijemput Illahi dalam tempoh 24 jam bergelar isteri kepada Mohamad Amirul Akmal.
Sungguhpun agak pahit untuk ditelan, Mohamad Amirul Akmal dilihat tenang dan reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.
Lelaki Ini Redha Walaupun Pahit
“Pada jam 3 pagi, saya dikejutkan oleh isteri yang memaklumkan dia mengalami sakit kepala.
“Selepas itu dia tidur semula sehingga pagi dan sepanjang tempoh tersebut saya berada di sisinya,” katanya.
Kisah sedih pasangan ini tular di media sosial apabila dikongsikan oleh warganet yang rata-rata menitipkan doa kepada arwah dan kata-kata semangat kepada Mohamad Amirul Akmal.
Arwah Sesak Nafas
Menurutnya, pada waktu pagi dia lihat isterinya berada dalam keadaan baik dan masih lagi tidur ketika itu.
Mohamad Amirul Akmal berkata, selepas itu, dia dan keluarga dikejutkan apabila melihat arwah mengalami sesak nafas.
“Saya segera hubungi ambulans kerana pada ketika itu isteri sangat memerlukan bantuan oksigen dan ambulans tiba jam 12 tengah hari.
“Bagaimanapun, isteri disahkan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari oleh doktor yang bertugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),” katanya.
Mohamad Amirul Akmal yang bertugas sebagai pembantu perubatan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mengesahkan arwah meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak sebelah kanan.
Dia berkata, arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Karang pada Ahad.
Mohamad Amirul Akmal berkata, arwah sering menitipkan pesanan supaya sentiasa menjaga ahli keluarga selepas mendirikan rumah tangga.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga Mohamad Amirul Akmal terus kuat dan tabah berdepan ujian ini. Al-Fatihah.
Isteri paling gembira Aliff juara GV8. Tahniah diucapkan buat penyanyi Aliff Aziz yang berjaya bergelar Juara Gegar Vaganza Musim kelapan (GV8). Kemenangan itu membolehkan Aliff, membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan piala.
Di sebalik kejayaan seorang suami, benarlah ada isteri di belakangnya yang membahagiakan dan menenangkannya. Begitu beruntung Aliff memiliki isteri bukan sahaja cantik tetapi pembakar semangat kepada setiap langkahnya.
Isteri penyanyi yang berasal dari Singapura ini, Bella Astillah juga merupakan individu penting dalam setiap kejayaan suaminya. Malah dia juga melindungi Aliff dari rasa tertekan. Apatah lagi ketika Aliff menyertai pertandingan GV8 selama 10 minggu.
Malah menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Bella juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat suami tercinta. Malah kejayaan Aliff juga membuatkan dirinya cukup berbangga bergelar seorang isteri.
Bella juga mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat.
“Terima kasih yang tak putus-putus mendoakan kejayaan Aliff. Especially Umi dan ayah @fizaaziz , mama dan ayah @eina_astillah@ag.astillah , keluarga Aliff & bella, cikgu @cikgushafi dan cikgu @norynaziz , sahabat handai, dan semua peminat.
“Thank you @hafizsuip masa korang practice dengan cikgu Shafi pun i mcm “oh no wonder lah Hafiz selalu menang vocal terbaik” sedap gila suara! You guys NAILED IT! Alhamdulillah,” ungkap Bella.
Wan Maimunah menangis. Itulah reaksi pelakon senior Wan Maimunah apabila diberitahu terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.
Pelakon drama yang terkenal dengan watak air mata itu juga begitu sebak selepas dimaklumkan Lembaga Tabung Haji perkhabaran gembira tersebut.
Wan Maimunah Menangis
Selepas mengetahui berita itu, Wan Maimunah terus melinangkan air mata dek kerana berasa sangat sebak. Malah dirinya juga tidak percaya akan menjadi tetamu Allah dalam tempoh yang sikit.
Seperti mana dipetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 62 tahun itu sangat syukur kerana doanya ketika mengerjakan umrah dua tahun lalu dimakbulkan Tuhan.
“Allah itu maha pengasih dan penyayang. Pada Disember 2022, saya tunaikan umrah dan saya akui, memang tak puas.
“Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.
“Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.
“Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan.
“Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.
“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” kongsi Wan Maimunah.
Wan Maimunah juga dijangka akan berangkat ke Tanah Suci pada 10 Mei ini.
“Tapi, saya kena berkumpul di hotel pada 9 Mei, barang pun tak sempat kemas lagi.
“Walaupun ke sana berseorangan, tapi saya yakin Allah akan jaga saya. Doakan semoga urusan ibadah haji saya berjalan lancar dan dipermudah semuanya,” luahnya,
Pada masa yang sama menerusi perkongsian di status Instagram rakan artis Wan Sharmila mendoakan agar Wan Maimunah akan mendapat Haji yang Mabrur.
“MasyaAllah rezeki Allah. Kepada Wan Maimunah.. Selamat menunaikan ibadah Haji. Semoga mendapat Haji Mabrur. Dan cepat kahwin,” tulis Wan Sharmila.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.