Terkini, keluarga mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui berdekatan anak sungai di kawasan berlurah adalah Nora Anne Quorin, remaja istimewa, 15 tahun yang hilang sejak 4 Ogos lalu.
Pengesahan dibuat berdasarkan proses pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga Nora Anne di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) kira-kira jam 8.40 malam tadi.
Ads
Beberapa jam sebelum mayat Nora Anne ditemui, sukarelawan memaklumkan kepada Daily Mail akan membuat carian di sekitar kawasan air terjun, selepas mendapat maklumat yang remaja ini ‘teruja’ mahu melihat keindahan yang ada di sana.
Sebagaimana ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin pernah kongsikan pada Nora Anne sebaik tiba di resort tempat keluarga ini bercuti untuk dua minggu.
Penemuan mayat Nora Anne oleh sekumpulan sukarelawan dari Seremban Hiking Club yang turut menyertai operasi SAR ini pada tengahari tadi kira-kira jam 1.57 tengah hari. Kawasan berlurah lokasi mayat ditemui, letaknya kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempatnya menginap.
Dan kawasan ini pernah dijejak sebelum ini dalam operasi SAR. Mayatnya juga ditemui dalam keadaan tidak berpakaian.
Ads
Bagaimana pun, operasi SAR masih diteruskan untuk siasatan lanjut. Sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Ketika Hilang Nora Anne Cuma Berkaki Ayam..
Sebelum ini, Nora Anne yang juga remaja orang kurang upaya (OKU) yang mempunya masalah pembelajaran tiba bersama ahli keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos lalu.
Dia disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban kira-kira jam 8 pagi esoknya. Apabila keluarganya menyedari tingkap di tingkat bawah terbuka luas.
Ads
Ketika kehilangannya, dilaporkan Nora cuma berkaki ayam dengan memakai gaun malam.
Ahli keluarga Nora Anne yang terdiri dari ayahnya,Sebastian Marie Philipe dan ibunya, Maebh Jaseprine Quoirin, dan dua lagi anak yang lain merancang bercuti di resort The Dusun, Pantai untuk dua minggu.
Usaha 10 hari mencari Nora Anne ini membabitkan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS), penduduk tempatan termasuk orang asli, sukarelawan.
Polis Perancis, Ireland dan Englad turut serta membantu siasatan.
Sumber/Foto : NST Online, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perjalanan kehamilan ibu ini, Nurul Atiqah Jasreh tak mudah dan panjang. Bermacam dugaan suami isteri ini tempuh demi nak dapatkan ‘double line’ pada alat penguji kehamilan.
Kerana, tanda itulah berita gembira untuk pasangan suami isteri yang diuji ketiadaan zuriat selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.
Assalammualaikum.. Teringat balik detik-detik bila dapat tau diri ni pregnant. Yang tengah ber TTC mesti tau macam mana perasaan menunggu hujung bulan.. menunggu harap-harap double line. Sakitnya tu kalo lepas check tidak double line.. sebab tu maksudnya ndak pregnant.. jadi mood pun MACAM SAMPAR TERUS TU.
Hmm.. buat yang mau mendirikan rumah tangga. 1 pesan saya, niat kena betul.. dulu sis time sudah bertunang.. niat KALO KAWEN konon NDAK MAU ADA ANAK AWAL.. eeee ndak la kali sis bilang.. awal-awal kawen ada anak teruss.. enjoy dulu ba sama laki.. setahun sis bilang ndak mau ada anak sis gtau husband sis.. husband sis ndak kesah ikut sis bila sis sedia
Naa.. tu niat sis dulu.. sekali sis kawen, tiba-tiba mau ada anak awal. Nampk kawan-kawan, sepupu-sepupu ada anak.. terbuka hati. Tapi rezeki sis ndada.. tu laaa.. niat sis tu.. naaa ALLAH BETUL BETUL bagi rezeki anak lambat sikit.. bukan lagi setahun.. mau 2 tahun kawen baru ada rezeki anak.. na kan.. niat kita a kasih betul.. jajal ba sis dulu.
Tapi sepanjang sis berTTC.. tahan saja la mulut makcik bawang ni. Eh bukan makcik bawang saja.. pakcik bawang pun ada aa.. macam saya mau kapak saja tu mulut.. dorang pikir MASUK KELUAR MASUK Terusssss jadi.. paling sandi bila tu orang tanya, ‘KENAPA KO BELUM ADA ANAK? adik ko 2 sudah anak’. Ba kaaa.. soalan samparr.. pa lagi.. sis jawab la, ‘ko tanya Allah.. kenapa? bukan aku ko tanya”. Sis bilang.. macam mau injak-injak mukanya.. geram ba u alls. Kalo kamu jenis MAIN TERUS jadi.. jangan banyak tanya kenapa sis jawab macam kurang ajar.
Kamu ndak tau perasaan berTTC ni sensitip.. mau positif ba. Tapi bila kena begitu.. lagi-lagi depan orang-orang ramai macam saudara-saudara ka.. makcik-makcik ka.. malu ba tu.. pas tu sandi lagi soalan.. ada 1 kazen tu, adiknya kawen lepas sis kawen.. then rezeki adiknya awal dapat anak.. bila adik dia sudah bersalin, bulih-bulih dia pelik.. bilangnya “aikk.. si Tika belum ada ka anak? Bukan dia kawen dulu ka tuu?” Kamu rasa? Na samparrrrr lagi la kan?
Turun-turun naik, turun naik mood berTTC ni.. kadang happy, nangis.. sampai kadang-kadang sis tengok cermin.. berfikir. ‘Macam mana la kalo preggy ni.. macam mana la perut tu kan?’ Sampai sis letak bantal di perut. Bayangkan tengah preggy konon.. nanges sendiri sendiri.
Nasib la laki sis yang rileks saja.. tenang.. tapi bininya ni yang sensitif sangat. Pernah lagi.. time balik Sabah, ada pakcik tu tanya sama laki sis “Aik belum ada lagi? Naa cepat-cepat la.. nampak macam masih sama saja ni.. kuat-kuat ba.” Sis dengar time tu. Senyum jak laki sis. Tapi sis yang gerigitan. Memaki-maki sis a dalam hati.. baa sis bukan kuat iman.. bukan malaikat ni ndak pandai marah.
Hmm.. sis selalu stress dulu.. so please ya, JANGAN STRESS.. JANGAN STRESS. Dulu asal hujung bulan 1 LINE SAJA, lepas check tu terus badmood. Keluar segala perangai setan teda mood sis. Laki sis jadi mangsa. Apa jak laki sis buat.. sis marah. Ampun sayang. Kalo laki sis nampak budak-budak ka.. comel bilangnya.. ndka comel pun dalam hati sis.. kalo dia pegang or dukung budak-budak ka.. cemburu sis.. cemburu jadi benci.. na kau.. sensitip kan.. naaa bila sis tau ndak boleh stress.. sebab tu boleh jadi salah 1 punca juga susah mau lekat.. naaa start 3 bulan sebelum pregnant.. bila cek jak UPT.. kalo 1 LINE SAJA.. Sis rileks jak.. “alaa ndak jadi,” sis bilang sama laki sis. Then buat ndak tau. Tapi still usaha okayyyyss.. NAAA JANGAN STRESS . okay-okay so let start. Rajin-rajin kamu baca a.. jarang-jarang ni menaip panjanggggg.. ikut mood.
Sis start makan ASID FOLIC. Mula-mula sis makan yang brand APPETON. Tapi tu macam 4mg jak tak silap. Bila gtau Dr pakar makan yang tu, dia bilang try tukar yang 5mg. Sebab bilang Dr tu 5 mg ok sikit tapi mana-mana pun ok.. 4mg ka 5mg mana-mana ok.. ikut kamu. Yang 5mg tu saya beli yang teda brand. Ada jual di Watson/Guardian -RM0.50 ka sekeping ndak silap. Lagi bagus time kamu sudah tunang tu kamu makan la ni. Kalo ndak pun, paling kurang 3 bulan sebelum kawen dan sampai la kamu pregnant. Trimester pertama mengandung sangat penting ni a..
Step ke-2 ni sis kawal makan. Sepanjang sis berTTC . Sis tidak minum berkafein (nescafe,teh, kopi semua tu), minuman sejuk-sejuk, bergas, manis semua tu sis ndak ambik. Tapi kalo ndak tahan sis minum juga tapi jaranggg. Banyakkan minum air putih, lagi bagus air suam. Dan sis ndak makan pedas, NO FAST FOOD (tapi kadang-kadang sis termakan juga ni) tapi kalo boleh elakkan atau kurangkan ya.
Kurangkan berat badan ya. Sis dulu naik mendadak lepas kawen. Naik sampai 64kg.. na mana-mana kamu pigi jumpa doktor ka apa, mesti dorang suruh kurangkan berat badan.. YES dari 64kg – 56kg time tu. Sis diet.. Alhamdullilah salah 1 juga sebab sis boleh pregnant. Kamu google la makanan diet ba.. di hujung jari.. sis time tu amalkan diet IF (intermittent fasting).
Kurangkan angkat-angkat berat. Elakkan angkat-angkat berat. Sis dulu aktif. Sampai sekarang. Sis kan kadang borong barang-barang jualan. Sebab sis berjual online. So kadang-kadang sis 1 orang g tempat borong. Angkat barang naik kereta. Pas tu naik di rumah lagi.. lagi-lagi kalo sis di Vietnam or Jakarta. Asal balik dari memborong atau balik dari Sabah, sis akan pergi berurut. Ni wajib.. asal balik dari memborong/balik Sabah/balik KL, terus cari tukang urut badan. Lagi-lagi urut peranakan dan lagi 1, KURANGKAN NAIK FLIGHT. Lepas jak husband sis suruh rehat.. lama sis ndak balik Sabah. Kalo ndak dulu 2 minggu sekali or setiap bulan balik Sabah.. na sekali 3 bulan sis ndak naik flght naaa Alhamdullilah la.. ni yang sis share a.. ikut orang juga tu.
Naa lepas tu.. sis pergi buat rawatan Islam di Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin (sis pegi sebab mana tau ada apa-apa ka yang ndak bagus. Sebab kerap mimpi bukan-bukan. Haiwan berbisa la, baby la. Time ni sis pigi bulan Julai 2018 sana Melaka. Selalu tengok ustaz tu buat rawatan di fb melalui testimoni-testimoni ustaz tu. Paling best bayaran ikut ikhlas. So ndada harga tetap ya.. ikut ikhlas hati.
Sis paksa juga laki sis. Time berubat, naa sis teriakkk aa bila ustaz tu baca-baca surah, tapi teriak yang ndak dapat kawal.. ustaz bilang ada benda menumpang di badan sis. Alhamdullilah, lepas berubat di sana teda sudah mimpi pelik-pelik tu. Sis gi berubat sama ustaz ni untuk ikhtiar zuriat. Paling best ustaz ni, dia akan tanya sudah jumpa doktor or belum. Sis bilang sudah, doktor kata tak ada masalah (tapi time ni sis jumpa bukan doktor sakit puan/pakar) so balik dari rawatan tu ada la amalan-amalan yang mau di amal. Nanti kamu tengok fb ustaz tu ya.
Lepas sudah buat semua, jalan terakhir sis jumpa doktor pakar puan. So apa-apa pun, kena jumpa doktor ya. Bila kita sudah try macam-macam, kalo belum ada hasil lagi.. jalan terbaik jumpa doktor pakar ya. Sebaik-baiknya ya. Ok sis check rawatan kesuburan di HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK NALURI, WANGSA MAJU,KUALA LUMPUR. Hospital Wanita & Kanak-Kanak Naluri ni kazen yang rekomen.
So sis pun try la. Bayaran sekali perg dalam RM100-230 tak silap sis. Sis habis dalam seribu lebih juga. Tapi masih dalam bajet sis dan laki. Sis start 20/7/2018.. u alls kalo mau pigi, boleh col untuk buat appoiment or walk in terus ya. Sis time tu yang handle sis DOKTOR AZWARATUL.. sangat mesra. Jangan risau semua doktor sana memang bagus dan mesra. Rasanya semua doktor perempuan rasanya.. so tak payah malu. Tak kesah la kamu mau buat di mana, yang penting doktor pakar puan.. okay.
Bila mula-mula jumpa doktor ni, sis cerita la masalah kan.. doktor tanya sis sejarah keluarga dulu. Berapa ramai adik beradik, so far belah mak dan bapak sis subur. Teda masalah. Then time tu tidak period.. doktor check scan dari bawah. Masuk scan dari bawah ANU kita.. nama scan tu TRANSVAGINAL ULTRASOUND tak silap sis. Tak sakit pun. So time tu doktor check semua ok. Takda masalah. Tapi sis kena repeat balik scan lepas period.. doktor akan check semula lepas sis period. Period ke-10 datang semula gi jumpa doktor. Untuk suami pulak, cuma check sperm.
Period ke-10 sis jumpa doktor tu. Bila scan, baru dapat kesan yang sis ada PCOS. Maksudnya macam sis banyak telur, tapi telur tidak matang/saiz telur tidak cukup untuk jadi janin. Silap sis la.. lupa sudah apa doktor tu cakap.. so doktor bagi sis ubat CLOMID. Ubat clomid ni terkawal ya.. hanya doktor yang boleh bagi ubat ni. Kalo beli di luar hati-hati tanya doktor dulu. Sis doktor suruh ambik 2 biji sehari.
Clomid ni start makan hari kedua period hingga hari ke-6 period. Then macam biasa hari ke-10 jumpa doktor. Lepas scan, Alhamdullilah telur sis belah kiri membesar. Ada 3 biji telur time tu.. size sangat sesuai kalo jadi. So doktor tanya sama ada mau suntik untuk pecah kan salah 1 telur tu.. sebab sis tak pilih untuk suntik, balik tu harus bersama suami. Sebab sudah suntik bila-bila telur akan pecah. Bila pecah kalo berjumpa dengan sperma insyaAllah ada harapan jadi baby. Tapi tu la.. ikut nasib juga tapi sis pilih untuk tunggu telur tu pecah sendiri.
Maksudnya sepanjang waktu subur kena bersama suami. Jangan skip..naaaa.. part ni ada mood ka ndada ka.. kena bersama juga a.. sis sampai set jam o.. supaya terbangun hahahahaha.. demi zuriat u alls. Sanggup apa saja. Oyahhh.. untuk rawatan FERTILITY NI, suami isteri kena check ya.. sebab masalah macam ni bukan dari isteri saja. Kadang dari suami juga. Lelaki senang. Cuma check sperm. Alhamdullilah suami ok.. tapi bulan tu sis try sendiri tanpa suntik.. ndak menjadi.. so kena repeat balik ambik clomid. Clomid ndak boleh ambik balik-balik a.. ikut nasihat doktor.
Sambil sis rawatan FERTILITY TU.. sis ada try supplement. Nama dia MENSTRUAL PRO.. saja try.. sis beli 2 botol. Satu botol tahan 2 minggu. So stok untuk sebulan. Sis stop cycle kedua CLOMID TU.. sis try konon yang ni.. kalo ndak jadi juga.. sis ambik balik clomid untuk next monthnya. Sebab clomid ambik masa juga. Ada kawan bulan pertama ambik clomid, bulan ke-3 baru preggy. Ikut rezeki. So bila sudah try ni sebulan.. naa.. try-try konon check UPK. UPK ni untuk cek kesuburan. Dia sama macam UPT (pregnancy test tu tapi ni check kesuburan) sis saja-saja check.
Sebab hari subur da berlalu.. eh! check-check double line terang. Selalunya kalo da subur tak kan subur lagi kan? terang plak tu. Sis pelik sebab hujung-hujung mau datang period subur plak. Musykil sudah sis d sana.. na esoknya 4 hari sebelum tarikh period, sis try-try check UPT .. eh! ada double linee.. tapi line lagi 1 blur.. sangatttt blur. Mau d tempat ada cahaya baru clear sikit. Tapi sis nampak memang ada 1 lagi line. Sis malas time tu mengharap. Tunggu 2 minggu macam tu kalo tak datang period baru sis check.
Alamak lupa sis gtau, suplement terbaik untuk laki. Laki sis ambik supplement SURBEX zinc dan SPEMAN HIMALAYA.
Bila dapat tau.. hari-hari saya check UPT sampai betul-betul line clear/terang dua-dua. Dan bila double line.. baru la sis check guna CLEAR BLUE DIGITAL punya brand. Da comfirm baru jumpa Dr. Bila jumpa doktor tunjuk result CLEAR blue tu dan result UPT, doktor suruh buat balik test UPT. Okays.. sis buat.. TAPIIIIIIII.. 1 LINE SAJA.. naaa macam mana tu.. sis yakin sis memang double line UPT. Doktor kata maybe awal masih.. doktor buat scan kat perut..check-chekc RAHIM SIS NAMPAK MACAM MENGEMBANG doktor tu kata. So sama ada PREGNANT/mau period. Macam kecewa sudah sikit.. so doktor cadangkan buat test darah. Then terus sis minta test darah sama ada pregnant or tau.. result tak dapat terus kena tunggu 2 3 hari sebab mau hantar makmal lagi. Result by col.. dup dap dup dap jantung tggu.
Lepas 3 hari klinik tempat sis buat rawatan tu col. Dorang bilang da boleh ambik result.. sis tanya, result macam mana POSITIF OR NEGATIVE? Nurse tu kata result positif tapi kena ambik balik sample darah sebab bacaan masih kurang. Dorang mau ambik balik darah untuk double comfirm.. tapi sis ndak pigi lagi ambik test darah. Sebab kalo ambik bayar lagi. So sudah tau macam positif.. sis tunggu 3 minggu lagi. Time tu masih belum datang period.
ALHAMDULLILAH MAKIN LAMA.. makin teranggg result UPT. Bila makin terang line dua-dua.. baru sis jumpa doktor.. tapi klinik biasa saja. Untuk sis double confirm. Yeahh! Alhamdullilah nampak pun kantung baby. Time tu sudah 5/7 ni minggu.. maybe yang dulu tu terlalu awal sis cek. Teruja ba pulak.. lama sis tunggu.
Yang tanya UPT & OPk (cek kesuburan), boleh dapatkan di Lazada/Shoppe. Lagi jimat dan before tau pregnant, sis saja-saja check OPK (dia macam UPT ni juga, tapi untuk check kesuburan kita) 1/2 hari sebelum tarikh period saja-saja try OPK. Naik plak double line, padahal tarikh esok-esok nya mau period. Dan tu juga mungkin tanda-tanda perggy juga sebab sepatutnya tak naik double (double line clear plak tu)… tapi jangan terlalu berharap ya.
Bila sudah double line (clear) UPT. Try check lagi after 3 minggu tak datang period ya.. sebab takut juga FALSE RESULT. (sebab ada baca di google kadang boleh double line juga.. so tak mau kecewa u alls tunggu lama sikit then check balik ya)
So ndak tau mana 1 sis try saja semua. Yang penting usaha ya.. jangan putus asa. Memanglah rezeki dari Allah. Tapi tanpa usaha pun tidak akan datang juga.
Buat wanita-wanita yang tidak merasa berTTC.. sila kawal percakapan yang mengguris hati ya. Isu-isu sensitip jangan timbulkan. Ada cara untuk bertanya tanpa bagi kami-kami ni rasa down. JANGAN KAMU BUAT KERJA ALLAH.
Semoga semua yang tengah BerTTC dimurahkan rezeki lepas ni.. insyaAllah..okla u alss.. kebas tangannnn.
Dah Baca #SilakanShare Tag Mana yang Sedang Ikhtiar Hamil
Perlu tahu selepas berlakunya kematian, antara perkara yang perlu dipercepatkan adalah mengebumikan jenazah. Namun, tragisnya gara-gara tak mampu menyediakan RM500 untuk kos pengebumian, menyebabkan jenazah anak terpaksa disimpan selama tiga hari dalam peti mayat di hospital. Allahu..
“Maafkan ibu, sayang. Kalaulah ibu berduit, mungkin awak boleh dikebumikan dengan cepat.”
Itu luahan Kamaliah Ismail, 21, yang terpaksa menerima hakikat anak dalam kandungan meninggal dunia selepas dia diserang sawan 15 Ogos lalu.
Wanita itu terkilan kerana tidak berkemampuan membayar kos pengebumian berjumlah RM500 sehingga menyebabkan jenazah anaknya diletakkan dalam peti mayat selama tiga hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
“Saya tidak menyangka akan diserang sawan beberapa kali pada 15 Ogos lalu sehingga anak dalam kandungan yang berusia enam bulan meninggal dunia dan perlu dibedah segera untuk mengeluarkannya.
“Saya koma selama tiga hari dan tidak dapat menatap wajah anak sehingga dia dikebumikan. Hidup saya gelap apabila ibu mentua memaklumkan perkara itu sebaik sedar.
“Kesedihan saya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan sahaja tidak berpeluang memeluk anak buat kali pertama dan terakhir, tetapi dia juga terseksa apabila perlu menunggu tiga hari untuk dikebumikan,” katanya di kediamannya di Pandamaran di sini, semalam.
Kamaliah berkata, dia menyalahkan dirinya kerana tidak mampu menyediakan wang pengurusan jenazah bagi anak sulung yang dinantikan itu.
“Semua ini tidak akan berlaku jika saya ada duit. Saya tidak tahu bila saya boleh maafkan diri sendiri dan sehingga kini saya masih termimpi wajah anak yang pergi meninggalkan saya.
“Dalam kejadian ini, tiada pihak yang patut disalahkan melainkan diri sendiri. Maafkan ibu sayang, semua ini salah ibu,” katanya.
Wanita itu berkata, suami, Mohd Samsul Sazmi, 23 dan ibu mentuanya, Noni Mohd Yassin, 42, sudah sedaya upaya mencari wang untuk menyelesaikan urusan pengebumian anaknya namun hanya mampu mengumpul RM250 saja.
Kamaliah berkata, lebih memilukan apabila dia sudah merancang menamakan anaknya Nur Jannah namun tidak kesampaian.
“Namun, tidak sangka pula pihak yang menguruskan pengebumian anak meletakkan nama Nur Jannah pada kuburnya walaupun saya sendiri tidak pernah memaklumkan kepada sesiapa mengenai nama itu,” katanya memaklumkan suami tiada pekerjaan tetap.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang di sini, pada 18 Ogos lalu hasil bantuan badan bukan kerajaan (NGO), Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).
Sementara itu, Noni berkata, dia hanya mampu mengumpul RM250 hasil bantuan orang ramai dan jiran terdekat untuk proses pengebumian cucunya.
“Namun, jumlah itu tidak cukup dan saya perlu memikirkan perbelanjaan Kamaliah selepas keluar hospital termasuk keperluannya untuk berpantang,” katanya yang bekerja sebagai pengasuh di rumah dan menerima bayaran RM500 sebulan.
Katanya, dia sedih tidak dapat memberikan yang terbaik terutama menyediakan wang pengebumian arwah cucu pertamanya.
“Nenek apakah jika saya tidak dapat cari wang untuk pengebumian cucu sendiri. Setiap hari saya terbayang wajah cucu kerana dia terpaksa berada dalam peti mayat di hospital,” katanya.
Setiausaha Agung UKVJ, Abdul Hadri Hakimi Abdul Rahman, 38, berkata, dia menerima panggilan daripada ahlinya memaklumkan perkara berkenaan 18 Ogos lalu sebelum menghantar pasukan ke hospital.
“Selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu, kita terus gerakkan unit untuk menguruskan jenazah dengan segera.
“Tidak sepatutnya perkara ini berlaku hanya kerana keluarga tidak mampu kerana yang meninggal dunia perlu diuruskan cepat,” katanya.
Beliau memaklumkan, pihaknya menanggung semua perbelanjaan pengebumian bayi itu.
MW: Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini. Terima kasih kepada pihak NGO yang bertanggungjawab membantu pengurusan jenazah bayi tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah mencemar duli menuruni kenderaan rasmi bertanyakan mangsa kemalangan yang berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.
Dalam video yang dikongsikan instagram Istana Negara kelihatan baginda meninjau keadaan kemalangan. Bertanyakan situasi dengan pemandu wanita terbabit.
Ketika itu, baginda dalam perjalanan ke Program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja. Selesai meninjau langsung baginda meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
Dalam video yang disertakan itu juga mendapat komen positif daripada kalangan netizen. Malah ada yang menyedari ketika berbual dengan mangsa kemalangan itu, di tangan kiri baginda sedang memegang tasbih.
Komen ilmu_penyuluh_hidup, “Allah hu tuanku pegang tasbih. Segan pulak. Kita bagaimana.”
Ya.. ini bukan kali pertama baginda bertindak menuruni kenderaan rasmi untuk membantu mangsa kemalangan jalan raya. Sebelum ini portal Berita Harian, pernah melaporkan baginda turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa.
Bantuan terdahulu yang juga viral di media sosial memperlihatkan baginda yang berpakaian sut hitam bertanyakan sesuatu kepada pemandu kereta jenis Perodua Alza, Jasliza Jamil, 38 yang dilihat tidak mengalami kecederaan serius namun masih dalam keadaan terkejut.
Ketika itu baginda dalam perjalanan untuk menghadiri Mesyuarat Pra-Kabinet dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Melawati.
MW : Inilah raja berjiwa rakyat. Semoga tuanku dalam lindungan dan rahmat Allah selalu. Daulat tuanku!