Anak-anak nak membesar, ada sahaja ‘penyakit’ yang dicari. Lebam sana, bengkak sini, dan luka. Tak pernah serik. Bila keadaan ini berlaku, adakah mak ayah automatik akan tuam panas atau sejuk?

Kadang-kadang keliru nak tuam yang mana satu. Ada yang cakap begitu, ada yang kata begini. Paling penting supaya lebam dan bengkak anak surut.

Sebenarnya nak tuam panas atau sejuk kena ada caranya. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan turut berkongsi cara betul untuk menghilangkan lebam dan bengkak. Tak kisah sama ada untuk kanak-kanak atau orang dewasa.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Nasihat Amira Othman “Kesihatan & Nyawa Allah Bagi, Kenalah Jaga Elok-Elok”

Jaga Kesihatan Buah Pinggang, Dah Rosak Tak Ada Gantinya!

Info Lebih Menarik DI SINI

Tuam Panas Atau Sejuk Untuk Hilangkan Lebam

“Untuk hilangkan lebam, sebenarnya kena tuam dengan panas ke sejuk?”

IKLAN

Saya selalu dapat soalan ini. Di klinik pun pesakit tanya. Di sosial media pun netizen tanya. Ramai masih keliru sama ada perlu gunakan tuam dengan ais atau haba untuk hilangkan lebam dan bengkak.

Jawapannya kena tuam dua-dua.

Cara Tuam Ais

Tuam ais dan haba memberi kesan yang baik kepada pemulihan kecederaan. Namun perlu tahu bila perlu gunakan tuam ais, bila pula tuam haba lebih sesuai digunakan. Kesannya berbeza.

Cryotherapy atau tuam ais sesuai untuk kecederaan akut(baharu terjadi) seperti terhantuk, dipukul, terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang dan sebagainya.

Rawatan ini memanfaatkan reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Reaksi ini akan menyebabkan penurunan bekalan darah dan secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan. Hal ini mengekang pembentukan bengkak yang teruk.

IKLAN

Selain itu, tuam ais dapat menurunkan aktiviti saraf. Ini boleh memberi kesan kebas lantas mengurangkan kesakitan kepada kawasan kecederaan.
Oleh yang demikian, tempoh yang sesuai untuk tuaman ais adalah pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku dan 1 hari berikutnya.

Cara-cara melakukan tuaman ais:
1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.
2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.
3. Ulang langkah 2 selama 4 kitaran.

Boleh ulang set ini 2-3 kali sehari.
Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.

Cara Tuam Panas

Tuam haba atau thermotherapy pula sesuai kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dam sengal otot. Contoh: silap bantal dan simpul biawak.
Haba memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merelakskan otot dan melegakan kesakitan kekejangan otot. Selain itu haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi efek yang selesa selain mempercepat proses pemulihan.

IKLAN

Tuam haba sesuatu dibuat pada hari ke-3 dan seterusnya selepas kecederaan.

Cara-cara lakukan tuaman haba:
1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
3. Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

MW: Nak tuam kena tengok apa kecederaan, jangan main tuam ye….

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Perubatan Rehabilitasi

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita