Dalam kesibukan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, jangan lupa untuk puasa sunat pada Hari Arafah yang juga dikenali sebagai Hari Wukuf, kemuncak ibadah Haji yang bersamaan 9 Zulhijjah.
Amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. (Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hadis diriwayatkan oleh Malik)
Kalau ikutkan wukuf pada hari Arafah dan doa mustajab ini khusus kepada jemaah haji yang mana amalan ini bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib.
Walaupun wukuf dan doa mustajab dikhususkan untuk jemaah haji yang berada di Arafah tetapi bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, mereka boleh mengambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut.
Ini berdasarkan zon waktu di tempat masing-masing tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu. Malah digalakkan berdoa sepanjang tempoh berwukuf itu sebab tiada dalil khusus yang menghadkannya.
DOA ARAFAH
Jika kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa pada hari Arafah, sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
Ads
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
Ads
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
Ads
28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
KELEBIHAN PUASA SUNAH ARAFAH
Bukan boleh doa yang baik-baik, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa pada hari Arafah sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadith:
Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang besar seperti di bawah: –
صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده
وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله
Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;
“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)
Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;
من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه
“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)
Nampak tak betapa hebatnya ganjaran pahala yang Allah berikan kepada mereka yang menunaikan haji tetapi dalam masa yang sama kita pun boleh kaut kelebihan itu dengan berpuasa pada Hari Arafah.
Semoga kita dapat rebut pahala dan buat ibadat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah walau kita tak dapat jadi tetamu Allah kali ini. Dan rugilah kita sebagai pendosa melepaskan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sungguh malang tidak berbau. Keseronokan dalam bermain bunga api menjadi tragedi menyayat hati apabila hampir separuh badan melecur teruk disambar api. Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur pada badannya dipercayai disambar api ketika bermain bunga api di Kampung Senara, Kubur Panjang, pada malam Selasa.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 10.30 malam semasa mangsa bersama dua abangnya berumur tujuh dan 10 tahun sedang bermain bunga api di hadapan rumah mereka.
Api Membakar Tubuh
Menurutnya, secara tiba-tiba, terdengar teriakan mangsa di luar rumah dan ibu bapa mangsa terus keluar dan terkejut apabila mendapati api sedang membakar tubuh mangsa.
“Pada masa yang sama abang mangsa yang bermain bunga api bersama mangsa cuba memadam api di badan mangsa.
“Ayah mangsa terus berlari ke dalam tandas dan mengambil air menggunakan baldi lalu menjirus ke badan mangsa dan kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Pendang untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.
Ditempatkan Di (PICU)
Mangsa ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), HSB dan doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan oleh minyak pelita atau bunga api.
Arriz Sham berkata, bapa mangsa memberitahu ketika kejadian, mangsa sedang bermain bunga api bersama dua orang abangnya dan mengesyaki mangsa terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika ingin menyalakan bunga api.
Mingguan Wanita: Kasihannya. Pesanan juga buat mak ayah semoga pantau anak-anak kecil ketika mereka main bunga api atau mercun, bagi mengelakkan kemalanagan atau kejadian yang tidak diigini boleh berlaku.
Juruterbang penuhi impian ibu ke Makkah, nota digantung di dada ketika kecil jadi inspirasi. Setiap kata-kata seorang ibu adalah doa buat anak-anaknya.
Ia terus tembus ke langit. Sebab itulah ibu-ibu disaran berkata yang baik-baik kepada anak-anak kerana kebaikan menjadi doa, keburukan juga menjadi doa.
Pasti seorang ibu ingin melihat anak-anak tumbuh menjadi seorang yang sangat berguna kepada agama dan keluarganya. Dan ternyata impian seorang ibu yang mahu melihat anaknya menjadi seorang juruterbang dan membawanya terbang ke Makkah benar-benar menjadi kenyataan.
Dikongsi dari twitter @amirrashidwani dipaparkan seorang juruterbang menulis, ketika kecil ibu telah menggantung satu nota di dadaku.
Tulis ibunya, “ketika kamu menjadi pilot, bawa aku ke Makkah dengan pesawat diterbangkan olehmu.
Tulis pilot ini, “hari ini ibuku menjadi salah seorang musafir ke Tanah Suci Makkah dan saya adalah pilot penerbangan itu,” yang mana tweetnya menerima lebih 20,000 tanda suka.
Kata mereka, betapa doa seorang itu makbul di mana impian untuk melihat anak menjadi juruterbang dan terbang menuju ke Makkah al Mukaramah benar-benar menjadi impian.
Ya, pasti sang ibu benar-benar bangga kerana impian melihat anaknya mencapai impian membawanya ke Makkah terlaksana. Dan sebagai anak, kita pasti membuat sesuatu agar impian dan doa mak ayah berjaya dicapai.
Bukan mudah untuk menerima kehilangan suami tersayang. Apatah lagi pemergian secara tiba-tiba. Seringkali berdua kemana-mana menemani suami Datuk Seri Salahuddin Ayub di majlis dan pelbagai program, Datin Seri Fatimah Taha bersyukur apabila berpeluang berada disamping suami disaat sukar ketika suami tersayang jatuh sakit.
Suami Jaga Kesihatan, Pemakanan
Isteri Salahuddin, Datin Seri Fatimah Taha, 60, ketika ditemui berkata, suaminya adalah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan.
“Tekanan darah dia okay, bacaan gula pun okay, cuma mungkin apa yang sebabkan burst (pendarahan otak) mungkin kerana dia penat sangat agaknya.
“Dia memang ada mengadu dia penat dan pening. Syukurlah saya berada bersama dia ketika dia jatuh sakit hari itu (Jumaat), saya tidak boleh bayangkan kalau dia keseorangan waktu itu hendak survive (bertahan) dengan sawan dan sebagainya,” katanya sebak.
Fatimah yang kebiasaannya akan bersama Salahuddin dalan kebanyakan program dihadiri Ahli Parlimen Pulai itu berkata, dia sedih apabila memikirkan selepas ini dia berseorangan.
“Sebelum ini, dia akan sentiasa balik, jika keluar tinggalkan saya untuk kerja, tetapi sekarang, dia ditinggalkan saya dan dia tidak akan balik lagi,” katanya.
Impian Meninggal Dunia Ketika Bekerja Untuk Rakyat
Sementara itu, anak sulung kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Iskandar Zulkarnain, 37, berkata ayahnya mengimpikan meninggal dunia dalam keadaan bekerja untuk rakyat.
“Ini impian dia, dia memang cakap kalau meninggal dunia, biarlah dalam keadaan dia sedang bekerja untuk rakyat,”
Bahkan sejak dari kecil, dia enam beradik sudah dididik supaya faham akan kerja bapanya itu dan meletakkan bapanya sebagai milik rakyat.
“Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat.
“Terlalu banyak nasihat dia yang saya ingat antaranya dia pernah pesan jangan campur urusan kerjanya dan dia ajar kami untuk berdikari serta tidak bergantung padanya.
“Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, hari ini.
Terdahulu, Iskandar turut mengimamkan jenazah Salahuddin bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham.
Iskandar yang mewakili keluarga memohon semua pihak mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pergi dengan nama yang baik dan jasa baiknya.
“Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf,” katanya.
Abang Tak Pernah Lupa Tanggungjawab Keluarga
Pada masa sama, adik Salahuddin, Ghazaley, 56, menyifatkan abang sulungnya itu seorang yang workaholic dan kerja bermati-matian apabila diamanahkan, namun dia tidak pernah lupakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Katanya, Salahuddin juga seorang yang periang dan penyayang sebagai seorang abang sulung terutama sekali apabila beliau berperanan sebagai pengganti bapa mereka yang meninggal dunia pada 2009.
“Saya memang sayang sangat pada dia, kami cuma tiga beradik lelaki. Kalau dengan emak, Aminah Abdullah (83 tahun), sebulan dua kali, beliau tetap akan singgah rumah dan ziarah emak walaupun sekejap untuk cium tangan emak,” katanya.
Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram meninggalkan seorang balu bersama empat anak lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat seisi keluarga allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.