Jika baru 8 hb sudah begini, bagaimana pula hingga tiba hujung bulan di saat bil keluar? Inilah yang dirisaukan oleh pengguna selepas tarif baru diperkenalkan oleh TNB di mana Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif elektrik baharu akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.
Struktur tarif elektrik baharu turut memperkenalkan Penambahbaikan Skim Masa Penggunaan (ToU) di mana penggunaan elektik di masa puncak (jam 2 petang hingga 10 malam) harganya akan lebih mahal berbanding penggunaan pada jam 10 malam ke 2 petang yakni pelanggan boleh menjimatkan bil dengan mengalihkan penggunaan elektrik ke waktu luar puncak.
Kecoh Bil Elektrik Melambung Tinggi Ikut Tarif Baru
Namun baru lapan hari penggunaan, sudah kecoh di media sosial bil elektrik melambung tinggi, mengalami luar biasa lonjakan hingga ramai meluahkan rasa marah.
Ramai pengguna aplikasi myTNB mendakwa graf penggunaan elektrik untuk bulan Julai menunjukkan lonjakan luar biasa meskipun baru beberapa hari memasuki bulan tersebut. Ada yang meluahkan rasa terkejut, kecewa dan tidak kurang juga berasa bimbang sekiranya bil sebenar kelak mencerminkan jumlah yang “menggila” seperti yang tertera pada graf.
TNB Jelaskan Ada Isu Paparan Aplikasi
Ads
Namun, Tenaga Nasional Berhad (TNB) segera tampil memberi penjelasan dan jaminan kepada para pelanggan yang terkesan.
TNB Ambil Maklum, Isu Teknikal Pada Paparan Graf
Dalam satu kenyataan rasmi, TNB mengesahkan bahawa terdapat isu teknikal melibatkan paparan graf penggunaan elektrik di dalam aplikasi myTNB bagi bulan Julai. Kesilapan ini menyebabkan sebahagian pengguna melihat jumlah penggunaan kWh yang tidak munasabah, sekali gus mencetuskan kekeliruan.
Ads
“Kami ingin memaklumkan bahawa terdapat ralat teknikal yang menyebabkan paparan graf penggunaan bulan Julai tidak tepat. Justeru, graf tersebut tidak akan dipaparkan buat sementara waktu,” menurut kenyataan itu.
Walaupun terdapat ketidaktepatan dari segi visualisasi data dalam aplikasi, TNB memberi jaminan bahawa bacaan sebenar meter tidak terjejas. Ini bermaksud, bil elektrik yang akan dikeluarkan adalah berdasarkan pengiraan sebenar yang tepat, bukan paparan dalam graf tersebut.
Pelanggan disarankan untuk menyemak bil muktamad selepas tempoh pengebilan bukan berdasarkan angka yang kelihatan pada graf sementara dalam aplikasi.
TNB memaklumkan bahawa pihak mereka sedang mengambil tindakan pembetulan terhadap isu ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa.
Ads
Jadi diharap pengguna kurang panik kerana bil sebenar akan diambil kira dari bil pada bulan ini.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang ini, rata-rata wanita pandai bawa kereta. Bukan untuk tunjuk hebat tapi sekurangnya dengan kepandaian ini, kita tidaklah terlalu bergantung pada pasangan atau orang lain.
Mungkin juga ada wanita yang mempunyai alasan tertentu kenapa tidak pandai bawa kereta. Fobia, tak nak redah jalan jem atau merasakan diri selesa hanya suami yang tolong bawakan ke mana sahaja.
Tak kiralah kita sebagai surirumah sepenuh masa atau berkerjaya sekalipun, kita wajib pandai bawa kereta sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan nanti. Memang betul apa yang dikongsikan oleh Eina Shukry ini.
Wanita, tak kaya mahupun tak pandai takpe. Kalau tak ada banyak duit atau tak pandai masak pun tak pe.
Cuma satu saja yang ‘tak’ boleh ada ‘tak’
Kita tak boleh – TAK PANDAI BAWA KERETA
You – WAJIB PANDAI BAWA KERETA
Wanita – WAJIB ADA KERETA SENDIRI
Jika berlaku pada kehidupan kita dan perlukan kita mulakan seorang diri, perkara pertama yang perlu kita fikirkan adalah kena pandai is DRIVING. Kalau you tak pandai drive, memang hidup kita 360° akan bertambah susah.
Tolonglah, belajar cara nak bawa kereta. Belajar driving, jangan harap orang bawak kita saja.
Nanti bila kita pandai driving, dari tak de duit kita akan ada duit sebab kita boleh keluar cari kerja (alone). Anak-anak nak pergi sekolah atau nak pergi klinik semua kita selesaikan sendiri.
Kena Tahu Bawa Kereta
Jangan LEMBIK! Sekurang-kurangnya seorang wanita kena tahu bawak kereta.
Sekarang mungkin kita selesa bergantung pada suami, keluarga dan sesiapa sahaja tapi letakkan dalam fikiran kita, itu semua sementara sahaja. Sampai bila nak bergantung @ sampai bila apa apa ajelah.
At least girls, at least..u must learn to drive. For the sake of yourself
Please..
Mingguan Wanita : Masing-masing punya pendapat sendiri. Tapi apa yang dikatakan itu betul. Sebab kita tidaklah bergantung harap pada pasangan dan boleh membantu jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.
Lelaki Ini Kongsi Petua Atasi Perut Meragam Dengan ‘Susu Buang Angin’
Bila makan macam-macam, perut pun boleh meragam. Mulalah rasa tak selesa, rasa ada ‘angin’ & sebu je dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk hilangkan angin ni antaranya dengan susu tepung!
Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan akan melawas dengan baik.
Menurut beliau lagi, syarat utama minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
SUSU BUANG ANGIN
Bahan-Bahannya:
2 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Madu
1/2 inci Halia Tua
1 cawan Air Panas
Cara Membuat:
1.Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.
2.Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.
3.Masukkan pula madu.
4.Setelah itu masukkan pula susu tepung.
5.Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa pasangan bakal pengantin dari Zimbabwe ini.Dalam menanti saat bahagia disatukan sebagai suami isteri, kejadian tragis diserang buaya mengubah segalanya.
Pasangan ini diserang buaya hingga mengakibatkan pengantin perempuan kudung pada tangan kanannya dan mengalami kecederaan pada tangan kirinya. Namun pasangan ini tetap meneruskan perkahwinan mereka di sebuah hospital di Zimbabwe walaupun baru 5 hari kejadian tersebut berlaku.Memang hebat dan berhati kental.
“Dalam tempoh seminggu, ‘mimpi ngeri’ itu bertukar menjadi pengalaman luar biasa dan menakjubkan,” kata warga Britain, Jamie Fox, 27.
Diserang Ketika Berkanu
Pada 30 April lalu, Fox bersama tunangnya, bekas pemain tenis, Zenele Ndlovu sedang berkanu di Sungai Zambezi yang juga merupakan antara sungai terpanjang di Afrika dan mereka diserang buaya secara tiba-tiba.
“Saya hanya mampu menjerit dan cuba untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak mengadu sakit selepas berjaya ditarik keluar dari sungai itu dalam keadaan berlumuran darah, mungkin kerana dia masih terkejut.
“Bagaimanapun, kami bersyukur kerana masih hidup dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun lokasi bersejarah terpaksa ditukar kerana Ndlovu masih dirawat di hospital,” katanya.
Jelasnya lagi, dia melamar wanita bertuah itu pada Februari lalu selepas menjalin hubungan cinta selama kira-kira 18 bulan.
“Kami berharap dapat menetap di Britain dan saya telah menguruskan visanya. Selepas segala urusan itu selesai, kami akan fikirkan pula tentang lokasi bulan madu,” ujarnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan ini. Tahniah juga buat pengantin lelaki yang tetap setia dan meneruskan perkahwinan ini walaupun, tunangnya telah kudung dan menjadi orang kurang upaya.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.