Hiburan

Kebun Komuniti Tempat Maya Karin Buat Kerja Sukarela, Sedia Sayuran Percuma

Share

Aktres terkenal berdarah kacukan Jerman-Melayu, Maya Karin Roelcke ini sememangnya terkenal dengan kerja-kerja sukarela yang menghargai alam sekitar.

Dari bab cintai sungai, hinggalah menjaga kelestarian alam. Serah saja pada Maya Karin.. tahulah nanti bagaimana dia mahu mengajak orang ramai untuk kembali cintai alam semula jadi.

Terbaru, Maya Karin berkongsi gambar-gambar cantiknya di kebun komuniti dekat Cheras pada Ahad lalu.

Tugasan sukarela itu dilakukan bersama ibunya, Che Zan yang mana kebun komuniti itu diusahakan dan dijaga oleh penduduk sekitar kawasan kebun itu.

 

Kredit foto : twitter Maya Karin
Kredit foto : twitter Maya Karin

 

Tulis Maya di twitter nya,

“Volunteered this morning with my mum at a community garden in cheras. Kebun ditanam and dijaga oleh penduduk di kawasan tu, siapa-siapa boleh ambik je 4 free.

“Macam-macam sayuran. Bayam, kangkung, bendi, terung, ulam raja, kacang, pisang, nenas.. A River of Life project. #kebunkomuniti”

 

Kredit foto : twitter Maya Karin
Kredit foto : twitter Maya Karin
Kredit foto : twitter Maya Karin

 

Maya Karin Berkebun Pun Cantik..

Perkongsian yang turut disertakan gambar aktiviti Maya di kebun komuniti menarik perbincangan ramai. Rata-rata memuji kecantikan Maya yang tetap terserlah walau pun berada di kebun sayur.

 

Idea Edible Garden Di Kebun Komuniti

Bagus sungguh idea membina edible garden yang boleh dimakan dan dinikmati bersama sayurannya dalam kebun komuniti ini. Tapi macam mana cara nak mulakan berkebun sayur ini.

1. Boleh dimulakan dengan perbincangan kejiranan taman perumahan, atau kejiranan di kediaman anda.

2. Cari tanah sesuai yang boleh dibina kebun edible ini.

3. Bahagikan jenis sayuran ikut petak tuan tanah. Jika belum ada kemahiran berkebun, boleh tanam berpasangan. Misalnya, pasangan A dan B, tanam sayuran kekacang di petak kecil yang disediakan. Pasangan seterusnya, tanamlah sayuran bayam atau sawi pada batas tanaman yang lain.

Jadi, dalam satu kebun akan ada banyak jenis tanaman dengan kedudukan bersistematik.

4. Buat carta, tugasan menyiram, membaja, membersihkan rumput, menyembur racun organik dan menuai. Penting untuk adanya pembahagian tugas berjadual. Tidaklah tanaman mati terbiar.

Panduan Bergambar : Perkara Asas Yang Boleh Diambil Kira Dalam Membina Edible Garden Kebun Komuniti

 

Di luar negara, batas sayuran di tanam dalam bekas kayu. Dalam tanah lengkap dengan tanah bakar, cacing, baja organik yang membantu kesuburan tanah. / Kredit foto : Pinterest
Batas sayuran dalam kotak lebih sistematik./ Kredit foto : Pinterest
Batas sayuran atas tanah / Kredit foto : Pinterest

 

Bina Batas Sayuran

Batas sayuran ini boleh dibina secara langsung atas tanah, atau sediakan dalam petak kayu, atau pun batuan. Tanah bakar yang siap digembur dengan baja dan sebagainya, lebih membantu tanaman hidup dengan lebih cepat dan subur.

Batas menjadi pembahagi jenis tanaman dan kebun komuniti jadi lebih sistematik.

 

Pancang jenis piramid / Kredit foto : Pinterest
Bentuknya seperti binaan bangunan. Untuk sokong batang pokok yang masih lembut./ Kredit foto : Pinterest
Panjang jenis bulat, mudah untuk pekebun sediakan jaring menghalang serangga perosak. / Kredit foto : Pinterest

 

Pancang Untuk Sayuran Menjalar

Membina pancang pada sayuran jenis menjalar, misalnya kacang panjang, tomato dan daun kaduk. Selain panjang bentuk piramid, boleh juga bina pancang bentuk menegak.

Nanti pokok menjalar mendapat sokongan dan mudah untuknya membesar ketika menghasilkan buahnya.

 

Pentingnya Bunga Ditanam Dekat Sayuran

Kehadiran jenis bungaan ini sebenarnya menjadi racun perosak semulajadi untuk sayuran. Misalnya bunga tahi ayam, bungan jam 10 atau rose jepun antara bunga yang mengeluarkan bau yang tidak digemari serangga perosak.

Bagaimanapun, sebelum meletakkan jenis bunga, pastikan jenis sayuran apa yang sesuai digandingkan dengannya. Agar akar tanaman ini tidak berebut nutrisi dalam tanah.

 

Mini Rumah Hijau

Bagi sesetengah sayuran yang sensitif terhadap cuaca yang ekstrem binalah rumah hijau untuknya. Mini rumah hijau pun dah memadai.

Penjagaannya lebih minimalis, kerana ia terlindung daripada serangan makhluk perosak secara terbuka.

 

Kredit foto : Pinterest

Binaan Pagar

Sesetengah kebun komuniti di negara ini tidak berpagar. Pagar dapat melindungi kebun komuniti daripada diterjah masuk oleh haiwan yang tidak diinginkan misalnya lembu, atau kambing.

Binaan pagar boleh dibuat daripada kayu, besi atau sesetengahnya menggunakan tali yang dijalinsulam. Pagar juga menjadikan kebun komuniti lebih kemas dan nampak sistematik.

Sumber/Foto : Maya Karin, Pinterest

IKLAN