Macam-macam perkhabaran dan ragam pengundi semalam. Ada yang sampai nak pitam-pitam sebab beratur dekat 3 jam menanti giliran. Al Fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Rokiah Sulong, 54 yang rebah dan meninggal dunia ketika beratur menanti giliran mengundi.
Rupanya Dr Norzizi Zulkiflidan adiknya Zila Zulkifli juga ada cerita lucu tentang mengundi dalam PRU14 ini. Semalam, sebaik selesai mengundi dua beradik ini telah terkunci dalam surau Madrasah Al-Faaiziin, Taman Desa Setapak Kuala Lumpur.
Macam mana pula boleh jadi sampai macam itu kan? Ini kisahnya seperti yang dikongsikan dalam instagram miliknya semalam.
Mengundi Kali Ini Macam Balik Kampung
“Mengundi kai ni macam balik kampung! Dulu undi ni saya jalan kaki je ke tempat undi sebab saya bersin di rumah saya pun (rumah mama papa) tempat mengundi tu boleh dengar! Hahaha. Now saya dah duduk di Shah Alam dekat dengan ofis, so memang macam YB balik lawat kawasan.
“Surau ni dulu kecik, malam-malam masa sekolah menengah jalan kaki lah kami adik beradik, mama papa and jiran-jiran semua nampak macam putih semacam jalan kaki dengan telekung putih pi surau. Berteraweh.
Ads
“Tadi pergi, surau dah cantik elok! Dulu ingat lagi teraweh atas papan sebab yang mai lambat duduk luar. Basah lencun gak la dalam telekung. Yang best moreh, teh tarik surau ni sedap! Papa punya fav tu, teh tarik surau Al Faizin.
Kenangan Manis Mengundi, Terkunci Dalam Surau
“Today kenangan manis lepas mengundi, solat di sini dengan Zila Zulkifli. Tengah kami berdua lipat telekung Zila cakap, “Wei, macam kita kena kunci je. Tu aku batuk skit supaya orang tahu ada orang kat sini.”
Saya pun menyambut katanya dengan batuk lagi kuat 2/3 kali. Lepas tu kami pun keluar. Memang betul, saya tolak sliding door tu, pagar bergrill, berkunci dan bermangga dan nasib pakcik-pakcik surau di depan surau!
Ads
Dr. Norzizi pun melaunglah memanggil pakcik-pakcik sambil hulurkan tangan melambai pakcik-pakcik surau celah grill! Pak Cik itu pun terkejut melihat dua perempuan terkunci dalam surau mereka. Sambil terpinga dan tergelak-gelak pakcik-pakcik tu dengan gengnya. Kawan dia berkata,
“Ko kunci pengundi di surau.” Lucu kenangan manis mengundi Dr Norzizi Zulkifli ini.
Walau Berkerusi Roda, Datuk Zulkifli Zain Dan Datin Normala Omar Tetap Tunai Tanggungjawab Mengundi
Ketika melaksanakan tanggungjawab membuang undi di pusat pengundian dekat Pusat Undi Taman Desa Setapak, Wangsa Maju, Dr Norzizi Zulkifli datang bersama ibu dan ayahnya, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar.
Kedua orang tuanya dilihat menggunakan kerusi roda untuk ke lokasi. Bagaimana pun ketika anak sulungnya itu bertanyakan keadaan bapa, Datuk Zulkifli Zain kelihatan baik dan menunjukkan tanda bagus.
Ads
Akui beliau lagi, lokasi mengundi itu meninggalkan banyak kenangan dan nostalgia untuknya. “Rasa macam balik kampung. Duduk sini sejak saya umur 13 tahun.”
Dan selepas selesai mengundi, debaran menanti keputusan amat dirasai. Sebagaimana kita yang sama berdebar dan sanggup berjaga sampai jam 4 pagi semata-mata nak tahu keputusan PRU14 kali ini begitu jugalah Dr Norzizi Zulkifli.
“Bila jam 1.30 pagi, hang atas katil mata mengantuk, kepala sakit, hati dok nak tau keputusan pilihanraya. Jadi dok check phone cari keputusan. TV hang dah katup, perut hang dok berkeroncong! Hang sakit hati kat perut pasai mata hang dah nak tutup.. tapi membayangkan roti nan cheese Restoran Ehsan, Bukit Jelutong. Bayangkan sajalah. Sedap baq hang..”
Rasanya ramai kot malam tadi perasaannya sama macam Dr Norzizi Zulkifli nih. Yang sama tu, cer sep sikit!
Irene terkejut nama jadi bualan netizen. Sebelum ini heboh mengenai dakwaan suami kepada Ira Kazar yang juga pengarah Syamsul Yusof dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan.
Wanita Bernama Irene Deanna itu didakwa menjalin hubungan dengan Syamsul selepas tersebar foto Syamsul menghadiri makan malam yang disertai keluarga wanita itu. Turut kelihatan, sekeping gambar berdua Syamsul bersama Irene.Dek kerana itu, ramai yang ingin mengetahui siapa empunya badan tersebut.
Irene Terkejut Nama Jadi Bualan Netizen
Seperti mana yang dilaporkan irene berasa terkejut apabila namanya dipetik dan menjadi bualan netizen. Menurutnya Syamsul merupakan kenalan ibu dan ayahnya sahaja.
“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan ‘hi bye’.
“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga.
“Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Gosip Tidak Ganggu Emosi
Wanita tersebut juga menyatakan dirinya tidak terganggu dengan gosip yang melanda.
“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun.
“Syukur, gosip ini tidak menganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa.
“Tiada ‘stress’ atau apa-apa, saya okay sahaja,” sambungnya.
Baca Komen Sambil Gelak
Berkongsi perasaan apabila membaca komen-komen dari netizen, Irene menerangkan dia cuma tertawa membaca dakwaan dilemparkan.
Redha dengan pemergian bayi perempuan yang maut ketika meniarap, seorang ibu nekad tidak akan ambil sebarang tindakan.
Kalau ikutkan, hati ibu mana yang tidak sedih dengan kehilangan anak secara tiba-tiba, tahu pun waktu dia di tempat kerja.
Terkejut Tapi Tak Salahkan Taska
Namun ibu ini tetap berlapang dada dan tidak mahu menunding jari pada pihak taska atau mana-mana pihak bertanggungjawab kerana tahu insiden berlaku bukan disebabkan kecuaian sesiapa.
Baginya ini ujian dariNYa apabila arwah, Dayangku NurAlya Mariyam Awangku Hazrin, berusia empat bulan ditemui dalam keadaan tertiarap dan wajahnya kebiruan tidak sedarkan diri oleh petugas taska di Terengganu sebelum menghubungi ibunya, Syahirah Mhd Ali, 31, kira-kira jam 10 pagi.
Bayi Perempuan Baru Belajar Meniarap
Dalam keadaan terkejut, ibu arwah yang juga penjawat awam bergegas ke taska berkenaan sebelum mendapati anak bongsu daripada dua beradik itu dalam keadaan lemah dan tak bermaya.
Arwah seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan selanjutnya sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi.
“Arwah yang dilahirkan pada 13 Januari lalu sebenarnya baru belajar meniarap dan mungkin semasa dia sedang cuba meniarap, tiada petugas di situ.
“Saya difahamkan dia sedang tidur semasa ditinggalkan oleh guru taska menjaganya dan mungkin sepanjang tempoh itu, dia cuba meniarap,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik HSNZ, di sini.
Anak Pergi Di Hari Lahir Suami
Syahirah berkata, meskipun dia kehilangan arwah pada hari lahir suaminya, Awangku Hazrin Awangku Hidup yang ke 34, tetapi dia reda dan menerima ujian ini sebagai ketentuan dari-Nya.
“Saya tetap bersyukur kerana ALLAH sudi pinjamkan anak syurga ini kepada kami sekeluarga walaupun hanya empat bulan.
“Saya terima dan reda dengan ujian ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini,” katanya dalam nada sebak.
Tidak Akan Ambil Sebarang Tindakan
Syahirah enggan anaknya dibedah siasat kerana tidak mahu mayat terseksa selain berjanji tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada semua pihak termasuk pihak pengurusan taska berkenaan.
Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di sini.
Selain arwah, pasangan itu memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan, Dayangku Nur Hawa Marisa Awangku Hazrin, dua tahun.
Sumber: SINAR HARIAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Berita baik buat pengguna iPhone atau iWatch, seiring dengan teknologi terkini, pengguna boleh menggunakan Apple Pay bagi sebagai transaksi bagi memudahkan urusan pembayaran. Ia sangat memudahkan urusan seharian kerana tak perlu lagi bawa kad banyak-banyak selepas ini. Hanya perlu gunakan Apple Pay ini sahaja. Kalau tertinggal beg duit di rumah pun tak perlu risau dah.
Rujuk perkongsian daripada Lukman Abdullah ini sebagai panduan;
Apple Pay dah boleh dipakai di Malaysia. Teringat masa duduk di UK dulu. Sesiapa yang ada iphone atau iwatch patut cuba. Cara dia senang je.
1. Masuk “Setting”
2. Klik “Wallet and Apple Pay”
3. Klik “Add Card”
4. Klik “Debit or credit card”
5. Ikut je on screen instruction
Cara nak bayar guna Apple Pay macam mana?
iPhone/iWatch – double click side button
Tak payah bawak kad banyak-banyak dah lepas ni.
Boleh digunakan pada Bank Maybank, Ambank dan Standard Chartered. Bank-bank yang lain akan menyusul kemudian.
Data Bank card kita selamat kerana apple tak simpan no card, Offline dalam device.
Mingguan Wanita: Jadi buat pengguna iPhone atau iWatch boleh cuba guna Apple Pay ini nanti. Memang memudahkan, tak perlu bawa kad banyak-banyak untuk sebarang transaksi pembayaran di kedai.
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...