Kasih seorang bapa mentua, sanggup bersila di sebelah menantunya sambil membaca ayat suci Al-Quran sementara menunggu jenazah diangkat untuk dibawa ke hospital.
Jelas sekali hubungan bapa mentua dan menantu ini sangat rapat. Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian ini, apatah lagi arwah meninggalkan isteri dan seorang anak yang masih kecil.
Tular Bapa Mentua Bersila Di Sebelah Jenazah
Seorang bapa mentua yang sebak dan pilu duduk di sebelah jenazah menantunya, Allahyarham Zulhilmi Razali, 26, yang maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Katil, Melaka pada awal pagi semalam.
Gambar Roslan Ramlan, 54, yang berbaju biru dan bersila di hadapan jenazah menantu keduanya itu tular di media sosial, Facebook sejak siang tadi.
Menurut, Roslan, menantunya yang berasal dari Kampung Chondong, Kelantan bekerja di tempat yang sama dengannya.
Katanya, sebelum kejadian Zulhilmi keluar rumah terlebih dahulu untuk ke tempat kerja lebih kurang jam 6.30 pagi sebelum dia pula keluar kira-kira 10 minit kemudian dengan menaiki motosikal berasingan.
Bagaimanapun menurutnya, ketika melalui lokasi kejadian dia kemudian memberhentikan motosikal dan tidak mengesyaki apa-apa namun terkejut selepas melihat tubuh yang kaku di atas jalan terbabit adalah menantunya.
Ads
Duduk Bersila Di Sebelah Dan Membaca Ayat Suci
“Walaupun tahu dia dah tiada ketika itu, namun saya tetap membisikkan kalimah syahadah.
“Sementara menunggu jenazahnya dibawa ke Hospital Melaka, saya duduk sebelah dan membaca ayat-ayat suci al-Quran sehinggalah jenazahnya diangkat,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Duyong, di sini petang tadi.
Allahyarham yang bekerja sebagai operator kilang dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga meninggalkan seorang balu, Norhasliza Roslan, 24, dan seorang anak perempuan, Nur Irdina Adelia Roslan, 10 bulan.
Menantu Yang Baik Akhlaknya
Tambah Roslan, biarpun sedih dengan kejadian yang menimpa menantunya itu lebih-lebih lagi meninggalkan seorang anak yang masih kecil namun bersyukur Allah SWT meminjamkannya seorang menantu yang baik akhlaknya.
Ads
Menurutnya, Zulhilmi bukan sahaja disifatkan seorang yang rajin bekerja malah ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah selain hubungan yang akrab mereka sekeluarga memandangkan mereka tinggal di rumah yang sama.
“Saya bersyukur dapat menantu yang keluarganya mendidiknya dengan baik dan melayan anak perempuan saya begitu baik sehinggakan pinggan isterinya juga dicuci.
“Walaupun arwah bukan berpelajaran tinggi namun orangnya berakhlak tinggi dan segala kenangannya di rumah pasti akan akan dirindui,” katanya yang akan menjaga cucunya itu dengan penuh kasih sayang.
Mengalami Kecederaan Parah Di Kepala
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang tadi. Terdahulu Sinar Harian menyiarkan seorang pekerja kilang maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang jurujual wanita berusia 38 tahun.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi, Muhammad Zulhilmi yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 maut di lokasi kejadian berhampiran Masjid Saidina Ali Bukit Katil kerana mengalami cedera parah di kepala.
MW: Seorang yang baik tentu Allah lebih sayangkan dia. Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian maha berat ini. Al-Fatihah.
Baru-baru ini ketika menghadiri majlis yang dianjurkan Mek Kembang Cotton penulis sempat menemubual pelakon, model dan usahawan yang popularitinya kini naik mendadak. Pemilik nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi atau lebih glamor disapa Azar Azmi, 30 lakonannya dalam drama bersiri Nur 2 menjadi bualan ramai apabila tampil menerusi watak panas sebagai pelacur bernama Juita di dalam drama tersebut.
Azar mengakui bersedia berdepan kecaman netizen. Apatah lagi terdapat terdapat beberapa babak panas melibatkan dirinya dengan pelakon utama drama tersebut, Syafiq Kyle. Ikuti kisah Azar Azmi yang dikongsikan bersama MW.
MW: Perasaan Azar bila dikecam netizen adakah anda serik?
“Apa yang saya tampilkan adalah demi memenuhi tuntutan watak sahaja. Kalau ada yang nak kecam atau benci saya kerana watak tersebut, terpulanglah. Saya faham watak-watak sebegitu memang mudah membuka ruang kepada kecaman, namun dari sudut positifnya saya mengharapkan orang ramai akan mendapat mesej penting yang disampaikan. Saya tak kisah dengan kecaman kerana sudah bersedia dengan situasi itu. Bagi saya kecaman itu mungkin petanda kejayaan saya merealisasikan peranan itu.
MW: Tidakkah rasa diri dieksploitasi atau satu jalan mudah untuk popular?
“Kalau saya nak dikenali kerana kontroversi, tidak perlulah saya menunggu masa selama 10 tahun untuk berbuat demikian. Apa pun watak yang dijayakan, saya memang sentiasa cuba memberikan komitmen seratus peratus demi memenuhi tuntutan watak. Selagi ia tidak melampaui batas yang sepatutnya, tidak ada sebab untuk saya menolak.
“Saya tidak rasa diri dieksploitasi kerana apa yang ditampilkan menerusi watak Juita ini adalah bertepatan dengan karakter yang telah ditetapkan. Mungkin ada penampilan yang sedikit berani, tetapi takkanlah mahu pakai baju kurung pula untuk watak sebegitu?
“Lagi pun apa yang disaksikan di kaca TV itu, tidak semestinya sama dengan apa yang sebenar kami kami lakukan ketika penggambaran berlangsung kerana ada teknik kamera yang digunakan selain kreativiti pengarah dalam mengolah babak terbabit.
MW: Populariti naik mendadak, adakah ini satu kejutan buat Azar?
“Saya harap situasi ini tidak melekakan saya, sebaliknya memberikan semangat untuk lebih bekerja keras pada masa akan datang. Terkejut juga dengan penerimaan orang terhadap saya sekarang. Dulu tiada siapa pun yang ambil tahu tentang apa yang saya lakukan menjadikan saya lebih mudah untuk fokus pada kerja sahaja. Sekarang ini lain pula bila ada yang mula nak kenal saya lebih dekat sampai mereka cari balik semua informasi tentang saya termasuk masa zaman masuk Dewi Remaja dulu. Lucu pun ada, tetapi saya menghargai sokongan mereka tunjukkan. Apa yang penting saya akan tetap menjadi diri saya sendiri dan buat kerja macam biasa sebagaimana sebelum ini,” ungkap Azar.
Bagi mengetahui temubual selanjutnya bolehlah dapatkan majalah Mingguan Wanita di pasaran….
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hannah Delisha ikut nasihat ibu, awal kehamilan kena rehat secukupnya. Pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, akur jika ditakdirkan dirinya menimang anak selepas berusia 30 tahun.
Seperti yang diketahui ramai pada bulan April tahun lalu Hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian selepas dia mengalami keguguran. Ketika itu, bayi yang dikandungnya sudah 13 minggu.
Hannah Delisha Ikut Nasihat Ibu
Terbaru menerusi laporan Kosmo Online! Hannah akui dirinya dan suami Imam Shah mengimpikan kehadiran cahaya mata dan akur jika ditakdirkan menimang anak selepas berusia 30 tahun.
Malah dirinya juga berpegang dengan nasihat ibu agar mengamalkan perancangan keluarga.
“Sebelum gugur, saya tidak percayakan perancangan keluarga. Ibu sering mengingatkan saya apabila melihat saya terlalu sibuk dengan kerja.
“Ibu suruh jaga kesihatan kerana badan setiap orang tidak sama. Ada orang boleh kerja kuat sampai bersalin pun tiada apa-apa berlaku.
“Namun, badan saya mungkin tak sekuat itu, jadi jika ditakdirkan mengandung, saya kena berehat pada trimester pertama. Buat masa ini, belum ada apa-apa memandangkan saya sibuk dengan penggambaran drama 50 episod untuk Ramadan,” kongsi Hannah.
Lebih Peka Keadaan Tubuh
Jika ditakdirkan mengandung kelak, dirinya perlukan rehat yang secukupnya.
“Saya sedar kita hanya boleh rancang, tetapi Allah yang tentukan. Jadi, kalau rezeki dapat anak selepas mencecah usia 30 tahun saya kena terima.
“Ada wanita yang boleh bekerja dalam tempoh waktu yang panjang dan keluar sana-sini tapi bila sampai waktu melahirkan, semuanya mudah saja.
“Sekarang saya faham keadaan tubuh saya. Trimester pertama kandungan saya perlu berehat dan nampaknya kena ada perancangan keluarga,” jelas Hannah.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai sedia maklum, selebriti Farah Lee ini memang fasih berbahasa Korea. Memandangkan di negara K Pop itulah juga Farah melanjutkan pengajiannya dulu. Dekat 5 tahun Farah Lee sambung belajar di sana. Kefasihan berbahasa Korea turut diterapkan pada satu-satunya permata hatinya, Maream Esabel, 4 tahun.
Disebabkan minat berbahasa mula didedahkan pada anak seawal 9 bulan, dalam usia 4 tahun ini Maream mula menunjukkan minatnya terhadap pelbagai bahasa. Malah ketika usia 2 tahun, Maream boleh faham bila orang Korea tanya umurnya ketika itu.
Bijak kan? Jadi mak ayah, Farah Lee bermurah hati berkongsi pengalaman bagaimana dia memupuk minat berbahasa pada puteri kecilnya itu sehingga umurnya sekarang 4 tahun. Menarik sungguh tip yang dikongsikan dari laman instagramnya ini.
Mulakan Dari Umur 9 Bulan
O: 이거는 머야.? (what’s this?)
M: 치즈 (cheese in Korean)
O: 영어로.? (in English.?)
M: Cheese.
O: 말레이어로.? (in Malay.?)
M: Ceek.
Anyway pada yang selalu tanya;
Farah start ajar (not like proper ajar but more to converse in Korean) since Maream baby – even dia belum pandai cakap, Farah memang selalu banyak cakap dan cerita dengan dia pepoyo dalam bahasa Korea.
Bila dia dah 9 bulan camtu, Farah start ajar few words yang senang-senang dan basic in all 3 languages sekaligus (bila rajin la) – Malay, English, Korean. Contoh macam dalam video ni (object), or macam Farah akan bagitau dia “tak boleh, cannot, 안돼요”..
Alhamdulillah nampak Maream takde pun confuse bahasa ke, speech delay ke — dia start cakap pun before umur setahun.
Bila Masuk Umur 2 Tahun
Masa umur 2 tahun dia faham banyak bahasa Korea (even masa pergi Korea, dia faham orang Korea tu tanya umur dia berapa dan dia boleh jawab), 3 tahun dia tak berminat sangat bila Farah cakap Korea dia suruh jangan cakap, now 4 tahun nampak dia berminat balik, sometimes dia akan tanya “Omma, ni dalam bahasa Korea apa.?”
Nampak juga dia minat bahasa-bahasa lain. Contoh bila dia dengar mandarin, tamil, dia akan stare kat orang tu dan teka dia tengah cakap bahasa apa.
Masa Terbaik Adalah Dari 6 Tahun Pertama Usia Anak
Itu jelah kot.? Ni bukan tips ya, ni personal experience, boleh apply kalau nak try tapi taktau menjadi ke tak kat anak korang. Kang ada pulak cakap pepoyo bajet bagus #pangkang
Tapi kalau nak ajar anak banyak bahasa, first 6 years ni memang masa terbaik, brain dorang akan lebih mudah absorb. Even dorang lupa pun, nanti bila besar akan senang recall bila dorang belajar balik.
Multilingual pun salah satu cara untuk tinggikan self-esteem. Try la, just jangan paksa if anak tak berminat. But encourage.? Please do.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...