Selepas fenomena ‘Curang Tanpa Niat’, kini Astro mempersembahkan drama baharu ‘Dia Imamku’ yang pastinya bakal menggegarkan emosi penonton. Menampilkan Kamal Adli dan Siti Saleha sebagai teraju utama, drama ini menjadi pilihan istimewa sepanjang Ramadan 2025 dan akan menemui penonton menerusi Slot Megadrama di Astro Ria.
Diadaptasi daripada novel bestseller karya hebat Siti Rosmizah, ‘Dia Imamku’ menyajikan kisah cinta dua darjat yang penuh konflik dan pengorbanan. Cempaka Humairah, seorang gadis kaya yang angkuh, nekad mengahwini lelaki miskin yang dibencinya demi mempertahankan egonya. Namun, mampukah keikhlasan dan kasih sayang seorang suami meruntuhkan tembok ego seorang isteri? Adakah Amiruddin mampu menjadi imam terbaik buatnya?
Kisah penuh tragis dan menyayat hati ini pasti membuatkan peminat drama Melayu tidak senang duduk dan terus melekat di skrin hingga episod akhir!
“Saya Kasihan Dengan Amiruddin” – Kamal Adli
Dalam Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 2025, Kamal Adli mengakui bahawa watak Amiruddin benar-benar menguji emosinya.
Ads
“Amiruddin seorang yang sabar dan tabah. Dalam cerita ini, saya banyak dibuli oleh Cempaka Humairah lakonan Siti Saleha. Kadang-kadang, saya sendiri rasa kesian dengan Amir,” jelasnya.
Tambah Kamal, dia berasa selesa bekerja dengan barisan pelakon ‘Dia Imamku’, terutamanya Siti Saleha.
“Kami menjalani penggambaran selama enam bulan dan watak Amir ini benar-benar sebati dengan jiwa saya.”
Ads
Selesa dengan Karya Siti Rosmizah
Mengakui bahawa skrip Siti Rosmizah sering sarat dengan emosi, Kamal Adli tetap berasa seronok dapat bekerjasama lagi dengan penulis tersohor itu.
Ads
“Ini bukan kali pertama saya bekerja dengan Siti Rosmizah. Skripnya memang tak boleh diubah, tetapi saya suka cabaran itu. Dengan Siti Saleha pula, kami sudah biasa bekerjasama, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kisah cinta penuh air mata dan keinsafan ini!
‘DIA IMAMKU’ bermula 17 Februari, setiap Isnin-Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan melalui Astro One & #sooka!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Jadi usahawan kena banyak bersabar” itulah antara nasihat bermakna daripada usahawan perniagaan katering Datin Zaiton yang juga pemilik Zai Sri Gemilang Katering.
Wanita yang bergelar usahawan bukanlah satu perkara mudah. Sebagai seorang isteri dan juga ibu sudah pasti banyak kerja yang perlu dilakukan dalam satu masa. Namun itu bukanlah alasan untuk kita berjaya.
Sewaktu ditemubual baru-baru ini, Datin Zaiton atau lebih mesra dengan panggilan Datin Zai yang juga seorang usahawan berjaya dan juga pemilik Zai Sri Gemilang Katering menyatakan dirinya amalan bersabar dan tidak lokek ilmu dalam menguruskan pekerja.
“Sebagai seorang usahawan kita perlu banyak sabar dan tidak lokek untuk mendidik diri kita dan juga pekerja kita. Selain mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan, kita juga didik dan ajarkan pada staf dengan sabar dan berhikmah. InsyaAllah selain syarikat semakin berkembang, hubungan sesama kakitangan turut bertambah erat dan baik,” ujar Datin Zai.
Datin Zain juga berkongsi dirinya bermula dalam perniagaan makanan secara kecil-kecilan.
“Saya bermula dengan restoran di Seksyen 8, Shah Alam pada tahun 2004. Pada awalnya saya sendiri pergi ke pasar membeli barang mentah dan pulang ke rumah memasak untuk jualan.
“Selepas setahun, saya mula mengambil tempahan katering secara kecil-kecilan. Suami yang banyak bantu dan sokong saya dalam industri ini. Bermula dengan tempahan makanan secara kecil-kecilan sehingga Alhamdulillah, kini mampu menjamu majlis perkahwinan dan korporat berskala besar,” kongsinya.
Akui Datin dalam sibuk bekerja dirinya turut meluangkan masa bercuti dengan keluarga di hujung minggu.
“Saya akan luangkan masa untuk bercuti bersama keluarga dan berkumpul di hujung minggu. Selain itu, saya akan libatkan ahli keluarga dalam majlis-majlis syarikat untuk sama-sama ambil tahu dan menyumbang idea dalam perkembangan syarikat,” luahnya.
Bagi bulan Ramadan ini, Datin Zai juga menyediakan buffet Ramadan. Malah tahun ini merupakan tahun keempat dirinya menguruskan perniagan ini.
“Antara cabaran yang saya berhadapan ketika menguruskan ramadan buffet ialah untuk mengekalkan kualiti makanan seterusnya memastikan makanan terus segar apabila para tetamu menjamu ketika waktu berbuka puasa.
“Antara hidangan Istimewa Sup Tulang Kambing Madura. Kami juga menghidangkan menu istimewa mengikut giliran negeri. Tujuh negeri telah dipilih adalah Selangor (nasi ambeng), Terengganu (nasi dagang), Kedah (nasi daging), Negeri Sembilan (daging salai masak lemak), Kelantan (nasi kerabu) , Perak (daging dendeng) dan Melaka (asam pedas).
“Selain menampilkan kelainan daripada siri buffet Ramadan Zai Sri Gemilang sebelum ini, Zai Sri Gemilang nak ubat ‘rindu’ anak-anak perantau yang berada di sekitar Lembah Klang,” akhiri Datin Zai yang turut memberitahu buffet Ramadan yang disediakan bertempat di Dewan Urban Park Hall.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Curang di tempat kerja, daripada ‘kesian’ terus terlanjur. Meskipun drama Curang Tanpa Niat namun masih ramai lagi yang masih ‘move on’ dengan cerita ini. Impaknya sangat kuat sehingga drama ini masih diperkatakan ramai.
Kisah kecurangan dalam rumah tangga menjadi isu yang cukup ‘hangat’ untuk diperkatakan.
Berikut ulasan daripada Fahmi Ramli (Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor)
Saya pasti, ramai wanita khususnya yang menonton drama tersebut. Siapa yang tonton, tahulah bagaimana rasa menyirap darah dengan Eshaal (Shukri Yahya) dan Astrid (Sharifah Sakinah) itu.
Cerita ni lebih kurang macam ni. Seorang suami mempunyai isteri yang sangat baik dan cantik serta dua orang anak disamping kerjaya yang bagus. Kemudian, dia terlebih kesian dengan bosnya, Astrid, yang selalu ceritakan bahawa suaminya kaki pukul. Namun, hakikatnya bukan begitu.
Jadi, dia terlebih kesian hingga banyak menjadi tempat luahan. Selepas itu jadi lebih rapat. Selepas itu, mula outstation bersama hinggalah keterlanjuran terjadi. Akibatnya, perkahwinannya terlerai disebabkan kecurangan yang tak dapat dibendung lagi.
Cukup setakat itu saya nak petik. Kisah ni panjang lagi, nanti saya ulas isu lain. Tapi, point penting untuk permulaan ini adalah pergaulan yang tiada batas antara rakan sekerja boleh menyebabkan rumahtangga yang dibina bertahun itu runtuh sekelip mata.
Ini bukan perkara main-main. Sebab itu, antara perkara yang ditekankan dalam syarak adalah berkaitan Ikhtilat iaitu pergaulan atau percampuran hubungan antara lelaki dan perempuan.
Banyak pengalaman kes perceraian rumah tangga yang saya kendalikan mempunyai isu sebegini. Punca perceraian itu adalah curang. Punca kepada curang itu pula ialah terlebih kesian atau terlebih mengambil berat dengan kawan perempuan di tempat kerja atau orang yang selalu berjumpa.
Ada satu kes, seorang isteri ingin pohon perceraian kerana suaminya telah curang. Kecurangan itu pula melibatkan suaminya yang juga seorang guru dengan anak muridnya sendiri yang baru belasan tahun. Sebabnya, terlebih kesian dengan keadaan keluarga anak murid tersebut yang porak peranda dan terlebih batas sebagai seorang guru dan anak murid.
Ada juga yang melibatkan kes seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya kerana terlalu marah apabila si isterinya telah ditangkap khalwat dengan kawan lelaki tempat kerjanya yang lebih muda usianya. Ini kerana sebelum ini si isteri pernah ceritakan yang dia kesian kepada kisah lelaki tersebut yang mengadu bahawa dia ditinggalkan isteri dan anak-anaknya.
Semua kes curang, biasanya bermula dengan sifat ini. Terlebih kesian. Inilah yang mendorong kepada keterlanjuran dalam perhubungan. Ada yang sifatkannya sebagai Office Husband atau Office Housewife untuk menjadi tempat luahan dan berkasih sayang di tempat kerja.
Hati-hati semua lelaki dan perempuan khususnya yang berumah tangga. Ingatlah, keruntuhan rumah tangga ini hanya boleh dikawal jika kita mampu menjaga perhubungan dengan orang asing.
Ingatlah pesan Allah swt di dalam Surah Al-Ahzab, 32:
“Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa kamu bercakap dengan lelaki yang asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada semua isteri dan suami khususnya di luar sana.
Sumber: Fahmi Ramli (Peguam Syarie yang beramal di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak & Selangor)
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Di era digital ini, semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa seharian ‘melekat’ bersama gajet sehingga tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berbakat besar dalam pelbagai bidang lain seperti sukan, kecantikan, seni budaya, bercerita, melukis, dan sebagainya.
Tahukah anda, tanpa bimbingan dan galakan yang betul, bakat ini mungkin tidak dapat dikembangkan dengan sepenuhnya serta potensi diri tidak dapat digilap sebaiknya.
Sebagai ibu bapa, kita sering berdepan cabaran dalam mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini boleh menyukarkan usaha untuk mendaftarkan anak-anak mengikuti kelas atau kelab khas yang mampu menggilap kreativiti mereka.
Namun, memberikan mereka peluang untuk meneroka minat bukanlah satu kemewahan, sebaliknya ia merupakan satu keperluan untuk mengasah bakat dan perkembangan mereka.
Lebih mencabar lagi, ramai ibu bapa dan penjaga melihat tiada ruang atau platform khusus bagi anak-anak meluahkan minat serta berkongsi kreativiti mereka dengan rakan sebaya, guru, dan komuniti. Ini menyebabkan anak-anak kurang terlibat dalam aktiviti yang bersesuaian dengan usia mereka dan tidak mendapat sokongan yang cukup untuk berkembang dengan sihat.
Kini, ibu bapa boleh mencari premis khusus untuk kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat. Selain itu, menggalakkan interaksi sosial, menyediakan ruang kreatif di rumah, serta meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam aktiviti yang mereka gemari boleh membantu mereka lebih yakin dan bersedia untuk mengembangkan bakat masing-masing.
Menyedari kepentingan perkembangan kognitif kanak-kanak, sebuah muzium kanak-kanak pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Muzium Sains, Seni dan Inovasi Kanak-Kanak (MoSAIC) bakal beroperasi secara rasminya pada Februari ini. MoSAIC dijangka menjadi platform terbaik bagi kanak-kanak untuk meneroka kreativiti mereka melalui pameran interaktif, bengkel pembelajaran, dan aktiviti yang menyeronokkan.
Melalui bimbingan, dorongan dan sokongan dan pedekatan yang bersesuaian terhadap kanak-kanak, ibu bapa mampu membantu anak-anak mencapai potensi mereka yang sebenar. Ibu bapa berperanan menjadikan dunia mereka lebih berwarna dengan pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan!
MoSAIC telah membuka pintunya secara rasmi kepada orang ramai pada 1 Februari lalu merupakan gandingan idea dan usaha pengasasnya Fiza Zin dan pengasas bersama, Karimah Koh Siow Kien.
“Idea pembangunan muzim ini tercetus daripada pengalaman percutian dan mengembara ke luar negara yang mana saya melihat muzium kanak-kanak sudah dibangunkan di beberapa negara. Melalui muzium ini, ia dapat memastikan kanak-kanak mengalami pendekatan pembelajaran, permainan dan kreativiti yang holistik dan inklusif, “ujar Fiza yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif muzium berkenaan.
Majlis perasmian itu disempurnakan Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.
Konsep yang direka khas untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, muzium berkenaan adalah ruang inklusif di mana kreativiti, permainan dan penerokaan bergabung untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi memupuk persahabatan baru dan pengalaman pembelajaran bersama.
Terletak secara strategik di Pusat Bandar Kuala Lumpur, di Presint Sivik dan Warisan, muzium itu mudah diakses melalui pengangkutan awam dan dikelilingi oleh mercu tanda bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Mahkamah Tinggi Lama dan Dataran Merdeka.
Kes bunuh isteri Seberang Jaya menggemparkan penduduk apabila seorang penganggur direman tujuh hari selepas dipercayai menyimpan mayat isterinya di sebuah pangsapuri.