Siapa kata barangan Malaysia tak ada ‘kelas’. Malah ada yang memandang rendah pada kualiti barangan tempatan sehingga sanggup mengagungkan barangan import.
Jangan pandang sebelah mata dengan barangan Malaysia kerana ia begitu mendapat sambutan yang cukup luar biasa di kalangan rakyat tempatan.
Semua ini terbukti melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah pun mencapai kejayaan luar biasa di karnival dan ekspo sebelum ini.
Kempen Beli Barangan Malaysia Yakinkan Pengguna
Apa yang perlu kita tahu, Kempen Beli Barangan Malaysia adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli barangan buatan Malaysia. Secara tak langsung, kita turut menyokong dan membantu pengusaha tempatan serta memberi kesedaran tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan ini setaraf dengan piawaian antarabangsa.
Jadi, tidak hairanlah dalam memeriahkan kempen beli barangan tempatan ini terdapat ekspo dan karnival yang dapat membuka mata masyarakat tentang kehebatan produk tempatan.
Ads
Jom Ke Karnival Jualan Di Dataran Cenang
Sehubungan itu, salah satu program terdekat yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah karnival jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBMM).
Karnival jualan ini berlangsung di Dataran Cenang, Pulau Langkawi yang bermula pada 11 hingga 14 November ini.
Sudah pastinya perlbagai program yang menarik menanti pengunjung di sana dan pastinya, YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan merasmikan majlis pelancaran itu nanti.
Ads
Apa yang menarik lagi sepanjang 4 hari itu, pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan. Selain itu, pengunjung jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran dan demontrasi penghasilan produk tempatan sepanjang berlangsungnya karnival itu.
Tidak ketinggalan, setiap pengunjung yang datang pada karnival ini akan berpeluang untuk menyertai peraduan istimewa yang akan disediakan dan pelbagai aktiviti yang menarik lain.
Inilah masanya untuk anda, rakyat Malaysia terokai produk tempatan dan pastinya anda terus ‘jatuh cinta’ dengan keunikan produk Malaysia.
Ads
Jumpa di sana!!!
#barang baik, barang kita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau ada sahabat baru lepas bersalin, sesekali luangkan masa bertanyalah khabar, cubalah bantu yang termampu. Ambil tahu apa yang dilalui kerana setiap orang tidak melalui cerita yang sama.
Bertanya khabar dan bantulah dari segi moral, jika tidak mampu dari segi kewangan. Sekurang-kurangnya apabila ada sahabat yang peka dan cakna, kerisauan dan kebimbangan mak-mak lepas bersalin ini makin reda.
Ikuti perkongsian Insyirah Solehah ini dan hadam baik-baik pesanannya.
Kawan-kawan,
Kalau kita tahu ada dikalangan sahabat baru lepas bersalin, sesekali tanyalah khabar mereka.
Bukan bermaksud busy body nak menyibuk anak tu lelaki ke perempuan, berapa kilo, handsome ke tidak, putih merah halus mulus ke kulit licin atau berbulu…
Tetapi tanyalah khabar seorang ibu yang sedang bertarung emosi dan fizikal melalui proses penyembuhan. Mengandung dengan penuh susah payah, melahirkan (normal atau czer atau vacum atau forsep, atau natural birth sekalipun) dengan susah payah dan ketahuilah proses penyembuhan selepas bersalin juga penuh dengan ujian.
Ada ibu berulang alik ziarah anak di NICU.
Malah, ada ibu berulang alik ke klinik kerana anak jaundis.
Ada ibu punya support system yang padu, tapi ketahuilah ramai juga sendu support system. Makan nasi sejuk, lauk semalam. Tak ada yang bantu sediakan makanan, dalam masa yang sama ada anak lain yang perlu diuruskan.
Kalau kita merasa berpantang dengan confinement lady, ketahuilah ada sahabat kita nak mandi pun jenuh bertangguh dari masa ke semasa.
Apapun, kita kena jadi wanita yang berjiwa besar. Selepas melalui fasa kesusahan demi kesusahan, yakinlah janji Allah bahawa selepas kesusahan ada kemudahan. 2 kali Allah ulang, selepas kesusahan ada kemudahan!
Tanyalah khabar sahabat kita, kadang mereka blur nak urus diri sendiri kerana kurang tidur, tak sempat makan, kenyang jauh sekali, tambah pula yang ada penyakit…
Kalau tak mampu nak bantu mudahkan mereka, kita cubalah apa yang kita mampu.
Kebiasaan sebelum bersalin, saya selalu siapkan makanan kering sebab saya sangat lapar dan mudah menggigil bila lewat makan.
Makanan kering seperti serunding, bawang putih goreng, sambal bilis dan seumpamanya memang selalu saya simpan.
Kalau tak sempat masak, memadailah ada nasi dan makanan kering untuk memudahkan isi perut.
Kadang makan pun tak sempat kunyah, hanya telan dan telan sahaja. Itulah semua pengalaman ibu-ibu tak sama.
Tanya khabar sahabat kita, mungkin dia sedang sangat penat dan sangat ingin menangis tetapi tak tahu nak cerita pada siapa.
Dalam keadaan lemah, sakit, lapar, penat. Semuanya bercampur dan boleh buat ibu down.
Kalau kita dahulu okay sahaja berpantang sendiri, kena tahu setiap kondisi berbeza. Jangan paksa orang lain okay sebab kita okay saja, sedangkan kita ada support dari sekeliling tetapi sahabat kita terumbang ambing sendirian.
Please, be kind.
Ummu Amir,
Its okay to be not okay.
Mingguan Wanita: Setiap kali melihat orang lain tak keruan berpantang seorang diri, jangan diperlekehkan. Jangan melabel katakan mereka manja kerana setiap orang ujiannya tak sama. Jika tidak mampu membantu, lebih baik berdiam diri.
Ibarat mimpi ngeri apabila insiden tertukar bayi boleh berlaku. Kesilapan ini tidak wajar berlaku dan bukan boleh diambil mudah.
Malah bukan sebab duit dan wang ringgit, atau taktik pemasaran perniagaan seperti didakwa, sebaliknya tindakan Siti Suriani Wahiddin memfailkan saman pemula ke atas sebuah hospital di Seksyen 13, Shah Alam adalah demi keadilan susulan bayinya tertukar, Jun lalu.
Usahawan dalam talian dikenali Siti Jamumall, 22, itu nekad menggunakan proses undang-undang untuk mengadili kes berkenaan selepas gagal mendapat kerjasama pihak hospital, selain mahu ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.
“Awalnya hati saya agak berbelah bahagi untuk memfailkan kes tetapi, nekad untuk membuka mata masyarakat agar berhati-hati dan peringatan kepada hospital di negara ini supaya lebih bertanggungjawab.
“Saya tahu bukan sekali tetapi pernah beberapa kali kes sebegini berlaku, jadi perlu ada prosedur yang lebih ketat supaya insiden sama tidak berulang.
“Bagi saya, ia (tertukar bayi) satu perkara yang besar, misalnya kes saya ini kerana sehingga sudah menjadi ibu susuan kepada bayi bukan anak kandung.
“Alhamdulillah, suami (Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23) menyokong tindakan saya untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana dia yang ada dengan saya daripada awal, mula di wad bersalin hingga melahirkan anak dan tertukar bayi,” katanya.
Siti Suriani yang mempunyai dua anak berkata, melantik peguam Tetuan Marcus Tan & Co untuk menguruskan proses selanjutnya dan 10 November ini ditetapkan untuk permohonan penzahiran yang mana pihaknya akan memohon bagi memperoleh maklumat lengkap kes tertukar bayi daripada hospital.
“Sebelum ini peguam saya sudah menghantar surat beberapa kali kepada pihak di sana (hospital) untuk mendapatkan maklumat lengkap kejadian, namun kami tidak menerima kerjasama dan ia membuatkan saya terkilan.
“Jadi jalan terakhir adalah dengan mengambil tindakan ini (saman). Belum ada lagi nilai tuntutan ditetapkan buat masa ini dan soal siapa bersalah serta nilai ganti rugi itu biarlah mahkamah tentukan nanti,” katanya.
Mengenai tindakannya mengadakan sidang media secara live di Facebook dan TikTok, Sabtu lalu, katanya, ia dilaksana selepas mendengar nasihat peguam dan persetujuan suaminya.
Katanya, peguam mewakili pihak hospital juga sudah dimaklumkan mengenai rancangannya untuk mengadakan sidang media bagi kes berkenaan.
Dalam pada itu, Siti Suriani berkata, sehingga kini dia masih berhubung dengan Diana Hanani Abdullah, 23, iaitu ibu kepada bayi susuannya, Aysar Aryan Muhammad Khairulazman.
“Tipu kalau saya katakan tiada perasaan sayang terhadap Aysar Aryan (anak Diana) kerana pernah menyusukannya. Disebabkan itu, saya akan menghantar mesej kepada Diana jika ada kelapangan untuk bertanya khabar dan mengikuti perkembangan Aysar Aryan,” katanya.
Sementara itu, suami Diana Hanani, Muhammad Khairulazman Moh Pardon, 27, ketika dihubungi berkata, pihaknya juga mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital berkenaan menerusi peguam sama.
“Kami sepakat bawa kes ini ke mahkamah. Ada segelintir pihak mengatakan apa dilakukan untuk tujuan pemasaran sedangkan niat kami adalah menuntut keadilan, jadi biar mahkamah tentukannya nanti,” katanya yang memberitahu mengekalkan hubungan baik dua keluarga selepas kejadian berlaku.
Dalam insiden Jun lalu, bayi Siti Suriani dinamakan Putra Aiman Zhafran yang lahir pada 10 Jun tertukar dengan bayi Diana Hanani dipercayai akibat kecuaian pihak hospital. Mereka menyedari kejadian berkenaan dua hari selepas kelahiran, iaitu ketika Mohammad Syafiq mahu memotong tanda nama pada kaki bayi yang didapatinya tertera wanita lain.
Pelakon terkenal Bollywood Preity Zinta,46 dan suami Gene Goodenough,46 baru sahaja mengumumkan berita gembira kehadiran bayi kembar yang dinamakan Jai Zinta Goodenough & Gia Zinta Goodenough menerusi Instagram beliau. Bayi tersebut diperolehi menerusi kaedah ‘ibu tumpang’.
“Saya ingin berkongsi berita hebat kami dengan anda semua hari ini. Saya & Gene sangat gembira dan dengan penuh rasa kesyukuran serta kasih sayang kami mengalu-alukan anak kembar, Jai Zinta Goodenough & Gia Zinta Goodenough ke dalam keluarga kami”
“Kami sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami. Jutaan terima kasih kepada doktor, jururawat dan ‘ibu tumpang’ kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini.- Gene, Preity, Jai & Gia” ujarnya.
Pelakon cantik yang cukup terkenal dengan senyuman manis dan memiliki sepasang lesung pipit di pipi ini sering bergandingan dengan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Rani Mukerji dan Abhishek Bachchan.
Antara filem yang pernah dilakonkan oleh Preity Zinta yang menjulang nama aktres ini seperti Chori Chori Chupke Chupke (2001), Dil Hai Tumhaara (2002), Kal Ho Naa Ho (2003) Veer-Zaara (2004), Kabhi Alvida Naa Kehna (2006) dan banyak lagi.
Pelakon ini berkahwin pada 29 Februari 2016 dalam majlis yang diadakan secara tertutup di Los Angeles, Amerika Syarikat dan memilih untuk menetap di sana selepas mendirikan rumahtangga.
Mingguan Wanita: Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri di dalam perkahwinan. Tahniah atas kehadiran cahaya mata kembar, meskipun menerusi kaedah ‘ibu tumpang’. Semoga bayi membesar dengan sihat sempurna. Namun dalam Islam, miliki anak dengan cara ibu tumpang tidak benarkan dan hukumnya haram iya.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...