Dalam Negara

Kanak-kanak Lelaki Lemas Dalam Kolam Renang, Ahmad Firdaus Iqbal Akhirnya Pergi Jua

Share

Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang, Ahmad Firdaus Iqbal akhirnya pergi jua. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Melaka akibat insiden lemas di sebuah kolam renang, disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.

Kanak-kanak Lelaki Lemas Dalam Kolam Renang, Ahmad Firdaus Iqbal Akhirnya Pergi Jua

Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, yang turut mengesahkan kesahihan poster tular daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3, Johor mengenai pemergian anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal.

Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, jenazah kanak-kanak tersebut yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik telah diserahkan kepada keluarganya pada jam 12.05 tengah hari untuk urusan selanjutnya.

 

“Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

 

Sebelum ini, media melaporkan tentang insiden malang yang menimpa sebuah keluarga apabila percutian mereka bertukar menjadi tragedi. Dalam kejadian pada Ahad itu, Ahmad Firdaus Iqbal ditemui dalam keadaan kritikal selepas dipercayai lemas di kolam renang sebuah rumah inap yang terletak di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Lemas Masih Dirawat Di Hospital, Bergantung Mesin Bantuan Pernafasan, Bapa Terlepas Cakap

Percutian Bertukar Duka, Kanak-kanak Lelaki Meninggal Dunia Selepas 16 jam Bertarung Nyawa

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has