Ads

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata

Kanak-kanak 7 tahun maut dirempuh kereta laju, ibu pengsan saksi anak melambung depan mata. Seorang ibu pengsan selepas menyaksikan anak lelakinya berusia tujuh tahun maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Kubang Jambu, di sini, kira-kira jam 9.23 malam Selasa.

Mangsa, Muhammad Ammar Zamri berusia 7 tahun yang sedang berdiri di tepi jalan menemui ajal selepas dirempuh sebuah kenderaan dipandu laju dari arah Kota Kuala Muda menuju ke Pulau Sayak ketika berada berhampiran sebuah gerai nasi kerabu milik ibu saudaranya.

Dalam kejadian tragis itu Muhammad Ammar dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang datang dari arah Kota Kuala Muda ke Pulau Sayak.

Akibat perlanggaran, mangsa cedera dan dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda namun disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, ketika kejadian arwah  berada bersama kakaknya yang berusia 11 tahun serta ibu mereka di gerai berkenaan di mana mereka sedang mengemas selepas habis berniaga.

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata
Muhammad Ammar Zamri meninggal selepas dirempuh sebuah kenderaan dipandu laju ketika berada di tepi jalan. Foto :- DIK WAN dari Team Bantuan Sungai Petani. 

Dalam kejadian  tragis, ibu arwah  Muhammad Ammar Zamri  yang menyaksikan anaknya melambung selepas dilanggar rebah akibat terkejut anak kesayangan dilanggar sebuah kenderaan dipandu laju.

Ads

Ibu saudara mangsa, Rohayu Mt Yusoff, 51, berkata, sebelum kejadian, mangsa sempat datang ke kedainya untuk meminta air minum dan bergurau dengan kakaknya seperti kebiasaan.

Menurutnya, keadaan pada ketika itu kelihatan normal sebelum bertukar menjadi cemas dalam sekelip mata.

“Dia tidak melintas jalan, tetapi secara tiba-tiba sebuah kenderaan dipandu laju datang dan melanggar mangsa yang berada di tepi jalan. Akibat pelanggaran itu, mangsa terseret dan melambung ke atas kereta,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga sendiri yang menyaksikan detik berkenaan.

Ads

“Kami semua menjerit memanggilnya dan kakaknya hanya sempat menarik baju mangsa. Ibu mangsa yang melihat kejadian itu terus pengsan di lokasi,” katanya.

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata
Jenazah dibawa ke masjid untuk urusan mandi dan kafan. Foto :- DIK WAN dari Team Bantuan Sungai Petani. 
Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata
Arwah Ammar disolatkan di masjid sebelum urusan pengebumiannya dilakukan. Foto :- DIK WAN dari Team Bantuan Sungai Petani. 

Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, kakak mangsa, Anis Amira Zamri, 25, berkata, arwah pernah mengajukan soalan berkaitan kematian sebelum kejadian tersebut.

Ads

Katanya, soalan itu kini masih segar dalam ingatannya selepas kehilangan adiknya.

“Arwah tanya, kalau adik tak ada, adik nak mati di mana. Saya hanya minta dia jangan fikir perkara itu,” katanya. Tambahnya lagi, selepas kemalangan, saya ingat balik. Dia pernah tanya soalan macam kepada kat saya sebelum ini,” jelasnya sebak.

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata
Pengurusan jenazah dilakukan oleh PERKHIDMATAN VAN JENAZAH 24 JAM (TBSP) TEAM BANTUAN SUNGAI PETANI. Foto :- Dik Wan.

Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat sebelum dimandi dan dikafankan.

Allahyarham seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja, Kota Kuala Muda selepas solat Zuhur, Rabu.

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Dirempuh Kereta Laju, Ibu Pengsan Saksi Anak Melambung Depan Mata
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja, Kota Kuala Muda selepas solat Zuhur, Rabu. Foto :- DIK WAN dari Team Bantuan Sungai Petani. 

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di kawasan berkenaan pada Selasa.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Tuanku Ampuan Pahang

Tuanku Ampuan Pahang Buat Ramai Kagum, Kisah Sebenar Dalam Kelas Ini...

Tuanku Ampuan Pahang buat ramai kagum apabila kisah sebenar Baginda dalam kelas didedahkan. Sikap rendah diri dan fokus jadi inspirasi.