Pasangan “Sugu Pavitra” yang dikenali ramai menerusi video masakan yang bersahaja, serba sederhana dan menggunakan bahasa Melayu dikatakan pasangan yang harus dijadikan contoh atau ikon dalam masyarakat.
Namun begitu, pasangan ini merasakan diri mereka belum layak digelar ikon. Sugu Pavitra juga seperti pasangan “biasa”yang lain. Mereka bukanlah pasangan yang sempurna dan masih banyak perlu belajar.
Hargai Pujian Masyarakat
Walaupun begitu, pasangan pengguna YouTube sensasi ‘Sugu Pavithra’ menghargai pujian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap mereka, sehingga ada yang melabelkan mereka sebagai duta perpaduan.
Malah, tidak kurang juga menyifatkan suami isteri itu wajar dijadikan ikon masyarakat.
Ini kerana, video masakan mereka yang dimuat naik di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ dengan menggunakan Bahasa Melayu, diikuti rakyat pelbagai kaum daripada segenap lapisan umur termasuk pelanggan dari luar negara.
Bagaimanapun, S Pavithra, 28, dan suaminya M Sugu, 29, yang baharu berjinak-jinak sebagai pengguna YouTube pada akhir Januari lalu berasakan mereka belum layak untuk diangkat sebagai duta perpaduan atau ikon tertentu termasuk masakan.
Bukanlah Pasangan Sempurna & Tak Layak
Ads
Pavithra, ibu kepada dua anak berumur dua dan enam tahun yang fasih berbahasa Melayu juga menjelaskan, mereka bukanlah pasangan yang sempurna dan masih ‘mentah’ sebagai pengguna YouTube.
“Kami hanya rakyat biasa sahaja, nak jadikan ikon itu sesuatu benda yang besar bagi kami, sesuaikah untuk kami?
“Kami belum layak kerana untuk jadi ikon kena sempurna, tiada yang sempurna dekat kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Pengikut Anggap Mereka Layak
Ramai pengikut saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ menyatakan pasangan itu layak dijadikan duta perpaduan kerana berjaya mengumpulkan rakyat pelbagai kaum dalam saluran mereka dan melontarkan pesanan positif.
Ads
Semakan Bernama juga mendapati, terdapat pengikut di luar negara yang turut meninggalkan komen positif antaranya berkongsi klip masakan dengan rakan lain serta memuji kelembutan Pavithra dalam mengendalikan video.
Pavithra turut berkongsi berita gembira menerima pendapatan bulan ketiga daripada YouTube dengan jumlah agak lumayan.
Katanya, wang itu akan digunakan sebaik mungkin kerana suaminya sudah berhenti kerja dengan sebuah syarikat perladangan di Sungai Siput, pada minggu lalu.
Nekad Lakukan Lebih Banyak Video Kerana Hilang Kerja
Ads
Positif terhadap apa yang berlaku, Pavithra berkata, dia dan suami nekad untuk terus menghasilkan klip video masakan yang menarik selain mencari idea lain untuk dikongsikan dengan pengikut yang ada.
“Sekarang suami tidak bekerja dan apa yang berlaku tidak dijangka (mempunyai ramai pengikut), pendapatan pun ok, maka kami nak fokus sebagai pengguna YouTube,” katanya yang turut berazam untuk memiliki rumah sendiri satu hari nanti.
Sementara itu, Sugu berkata, dia memilih untuk berhenti kerja atas dasar tanggungjawab kerana tidak mahu kerja hakikinya sebagai pekerja ladang terganggu disebabkan memberi tumpuan sebagai pengguna YouTube.
“Sebelum ini, kerap ambil cuti sebab bila ramai datang rumah saya kena tolong isteri jaga anak yang masih kecil.
“Jadi sekarang kami mahu fokus buat video menarik supaya dapat tingkatkan lagi pelanggan dan dapat gaji lebih,” katanya.
MW: Semoga pasangan Sugu Pavitra terus menghasilkan video masakan yang menarik dan menjadi inspirasi kepada pasangan lain untuk bekerjasama di dapur.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff menyampaikan perkhabaran gembira tersebut dan turut bersyukur anak keduanya lahir pada angka cantik.
“Syukur alhamdulillah. Saya secara rasminya adalah ibu kepada dua anak,” tulisnya dan meletakkan angka cantik tarikh kelahiran putera tersayang iaitu 22.2.22 pada Tweet yang dilayangkan.
Terima Kasih Pada Suami
Malah penyanyi itu juga berterima kasih kepada suaminya, Adam Azriff kerana memberi sokongan padu dalam melahirkan anak kedua mereka.
“Kami berjaya! Alhamdulillah syukur. Terima kasih kerana menjadikan sistem sokongan, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa terbaik sepanjang perjalanan ini.
“Saya tak tahu apa jadi tanpa awak. Saya cintakan awak bapa kepada dua anak,” luahnya lagi.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 ini juga telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang mencecah usia dua tahun.
“Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan”
Suami kepada Kaka, Adam juga turut terharu apabila isteri dan anak keduanya selamat. Malah turut menyatakan isteri dan anak masing-masing dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.
Isteri aktivis dakwa jadi mangsa keganasan rumahtangga, terperangkap dalam perkahwinan demi anak-anak. Satu pendedahan mengejutkan dari seorang isteri, Nadzirah Yaacob yang juga merupakan isteri kepada seorang aktivis, Khalid Mohd Ismath apabila membuat pengakuan didakwa mental dan secara seksual sepanjang perkahwinan mereka.
Dalam satu pengakuan berani dan terbuka di twitternya malam tadi, Nadzirah memaklumkan, suaminya itu telah pun didakwa dan diikat jamin kerana melakukan keganasan rumahtangga terhadapnya.
Isteri Aktivis Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumahtangga
Tambahnya lagi, dirinya didera dan dikasari secara seksual dan mental sepanjang perkahwinan mereka.
“Dia juga menghendap saya dan menggangu rakan kerja saya. Hal ini telah berlarutan selama hampir 10 tahun,” kata Nadhirah sambil menambah, dirinya mendapat tahu bahawa lelaki tersebut telah memfitnahnya berlaku curang.
“Bukti” yang telah dia kongsi kepada kawan-kawan sebenarnya merupakan bukti keganasan dia terhadap saya,” katanya yang menulis quote di twitternya @EiraNy.
Dalam pada itu, wanita ini turut mendakwa keluarga Khalid Mohd Ismath masih mempertahankan anak mereka walau pun telah dimaklumkan apa yang telah dilakukan oleh anak mereka terhadap dirinya.
“Mereka juga telah membayar ikat jamin untuknya bagi pertuduhan keganasan rumahtangga terhadap saya, mencaci maki saya apabila mendapat tahu dia ditahan atas pertuduhan tersebut.
Terperangkap Dalam Perkahwinan Demi Anak-Anak
Jelas Nadzirah lagi, selama ini dirinya terperangkap dalam perkahwinan demi kepentingan anak-anak.
“Saya memutuskan untuk berkongsi kisah saya kerana saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan Khalid Mohd Ismath.
“Saya telah menerima mesej dari kawan-kawan yang bertanya keadaan saya dan anak-anak. Saya harap kawan-kawan boleh memberi ruang dan menghormati privasi saya dan anak-anak buat masa ini.
Dalam dunia aktivis, Khalid Ismath pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pernah ditahan kerana menghina Yang Dipertuan Agong.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah pedalaman Sarawak, Sekolah Kebangsaan (SK) Kut, Pulau Bruit ini pernah mengenakan kostum spider-man demi menceriakan pelajarnya kembali ke sekolah.
Ustaz spider-man atau nama sebenarnya Ustaz Muhamad Tarmizi Awang @Yacoob, 35 kali ini berkongsi bagaimana beliau mengubah kediamannya ketika mula-mula berpindah ke pedalaman.
Walaupun terpaksa tinggal di kuartes usang, Ustaz Tarmizi mencantikkan kediamannya dengan dekorasi indah. Malah, di bahagian bawah kolong rumah, dibina rumah arnab yang cantik.
Paling tertarik lihat laman kuarters yang kosong, ustaz ceriakan dengan tanaman kubis yang subur dan membesar dengan baik.
Perkongsian Ustaz yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini boleh buat anda kagum. Malah, boleh juga memberi inspirasi kepada guru-guru baru yang perlu posting jauh di pedalaman.
Kalau pergiSsibu penuh barang bawa masuk sekolah, maklum la ni je kenderaan yang ada. Nak kena naik feri lagi… Motor je la yang sesuai.
Memandang Kekurangan Bukan Sebagai Masalah
Part 1.
Kite buat dia
Kita perlu memandang kekurangan bukan sebagai masalah. Tetapi sebagai peluang, dan tidak mencipta alasan untuk menambah buruk keadaan.
Dari kuaters usang ke yang lebih selesa.
Mula-mula posting haritu. Masuk bilik, ini je yang ada.. Duduk la macam nie berbulan-bulan tikus lalu atas muka tu biasa.
Welcome to Borneo buat Guru Baru
Inilah tempat tinggal saya mula-mula masuk sekolah dahulu (barulah merasa sekolah pedalaman)
Tapi tu semua bukan penghalang untuk terus menjadi pendidik.
Saya mengajar di sekolah pedalaman Sarawak, dan masih menikmati pengalaman hebat ini.
Hasil DIY Pondok Usang
Nah, selepas di kemas-kemas, beli shopee ja.. tak dapat nak pos kat sekolah… Pos laju tak sampai. Maklumla sekolah pedalaman. Pos sampai pekan. Hari minggu keluar ambik penuh motor. Cermin kat dinding tu masih cermin asal.. Nampk la sentimental value sikit. Cermin kat dinding tu masih cermin asal.. Nampak la sentimental value sikit.Walaupun sekolah pedalaman, sempat la pikul econ bawa masuk sini. Maklumlah sekolah dalam pulau.Bila hujan air membasahi dinding ni.Lepas penat hias dinding ni kita pekena pizza, jauh beli Pizza, sampai sini layu.
Bahagian Bawah Rumah Ustaz Spider-Man
Bawah rumah ni macam-macam ada, binatang berbisa… Dari bersepah macam ni maka wujud la idea nak buat tempat arnab.Seronok arnab main kejar bawah ni.
Bahagian Luar Kediaman
Nampak suram je sini, maka kita buat la kebun mini.Maka terhasil lah kebun mini.. Tapi penat juga la nak kena siram pagi petang.
Kongsi ustaz lagi, mengajar di sekolah pedalaman memberinya bermacam pengalaman berbeza. Malah, menjadikan dirinya lebih kreatif. Ini buktinya,
Kat sini kita boleh jadi macam-macam. Seronok pengalaman hebat ni.Balik sekolah, petang-petang boleh tangkap udang.
Perkongsian saya buat guru baru,
Jaga emosi anda, ini antara pengurusan emosi saya.. Terapi diri katakan :
Jadilah guru yang kreatif walau dimana kita berada
Rakam sebanyak mungkin moment kita disitu. Sebab akan jadi kenangan sepanjang hidup. Mungkin kita pulang tempat asal Nanti, kita akan rindu tempat yang kita mula-mula khidmat.
Bila masuk ke sekolah, hormati senior. Cepat belajar suasana persekitaran. Jangan buat kepala sendiri, jangan jadi kaki bodek, jangan tak bercampur dengan masyarakat.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.