Bunyi macam kelakar kan tapi inilah realiti kehidupan mak-mak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Saat pihak berkuasa ‘berperang’ dengan rakyat Malaysia yang masih degil melanggar arahan PM, mak-mak juga turut ‘berperang’ di dapur.
Habis ikan, ayam dan segala haiwan ‘dikerjakan’. Tak cukup dengan itu, ‘bersilat’ pula dengan spesis sayuran dan variasi tepung. Habis berkecah di dapur seperti perang dunia. Semuanya demi mencapai misi menyediakan hidangan lima ke enam kali sehari kepada suami dan anak-anak.
Bila berkurung di rumah, selera keluarga lain macam. Lapar memanjang, inilah yang terjadi. Anak-anak dan suami sama naik, asyik buka peti ais.
Pergerakan mereka sukar dikawal. Jadi jangan terkejut bila berakhir tempoh kuarantin, ramai yang terpaksa beli peti ais baru kerana peti ais lama pintunya dah tercabut.
Mama Pun Nak Rehat
Kalau pihak berkuasa tampak kemas dan terserlah kredibiliti mengenakan baju uniform, golongan mak-mak tak kurang hebatnya. Apron ‘melekat’ kemas di badan ditemani wajah comot.
Ads
Walaupun badan sudah lesu namun hati mak-mak tetap kental demi kasih sayang pada keluarga. Memang mencabar bila anak-anak dan suami cuti berjemaah. Bukan sahaja perlu siapkan makanan dan keperluan lain malah mental mak-mak kena kuat.
Bila anak-anak dan suami bergabung, rumah pasti seperti dilanda garuda. Itu belum lagi aduan bertubi-tubi dari si kecil dan pergaduhan adik-beradik. Paling menguji iman, bila anak-anak ada projek khas.
Selalunya projek khas ini berakhir dengan air mata. Kalau mak tak nangis sebab geram atau terkilan, anak-anak yang nangis selepas ‘kawad cam’. Biasanya pasti ada barang mak yang jahanam dek kreatifnya anak-anak.
Ads
Mama Bekerja Dari Rumah
Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga dan keluarga, mak-mak yang bekerja dari rumah tidak lupa tanggung jawab pada majikan. Kerja tetap jalan walau mengadap laptop dengan apron.
Jadi bila tiba-tiba ada online meeting, jangan terkejut ramai wanita yang menyarung telekung. Itu yang paling cepat untuk dicapai kerana tak sempat bersiap.
Sayang Mama, Tolong Bukan Arah
Suami oh suami, tak kasihankah pada isteri? Mereka adalah MAMA bukan MAMAK. Mereka dah berkorban macam-macam untuk keluarga. Jika isteri boleh bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga, mengapa suami tak boleh bantu isteri buat kerja rumah?
Ads
Kalau nak rumah tangga bahagia, suami kena tolong bukan arah! Suami jangan jadi ‘ular sawa’, lepas makan tidur. Sama-sama buat kerja rumah. Ajar anak untuk berdikari dan berehsan dengan mak.
Suami yang rajin sangat disayangi isteri. Tak susah pun nak buat isteri bahagia. Bukan minta ganjaran. Ringan tangan bantu memasak atau membasuh pinggan sudah buat isteri senyum meleret. Ingat ye, isteri yang bahagia pasti berusaha menjadi isteri hot untuk suami.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Blake “the hero” kembali bertugas, ada tertidur kepenatan. Unit K9 jadi tumpuan ramai. Terima kasih atas jasa ini. Hari ini memasuki hari ketujuh operasi mencari baki mereka yang dilaporkan hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, 16 Disember 2022 jam 2.42 pagi.
Diberitakan sekitar jam 11.00 tadi, empat mayat ditemui melibatkan dua kanak-kanak serta dua dewasa termasuk seorang wanita ditemukan dalam satu khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter. Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan pertemuan ini, menjadikan 30 mangsa sudah ditemui dan berbaki 3 lagi masih hilang.
Dalam pada itu, pasti ramai yang masih ingat dengan anjing pengesan dari Unit K9, Blake yang sebelum ini direhatkan kerana kepenatan selepas dua hari berturut bertugas.
Wira tak didendang ini dari berbulu hitam putih bertukar kecoklatan dan jelas dari wajahnya kelihatan penat kerana bersama-sama anggota keselamatan mengesan mangsa yang tertimbus di awal kejadian.
Selepas direhatkan beberapa hari, sejak semalam Blake kembali bertugas namun secara bergilir. Dikongsikan dari Tik Tok @Wira Merah, jelas kelihatan Blake sedang berehat seketika, seolah “tea brake” selepas lelah mengesan baki mereka yang masih hilang.
Dari video dikongsikan jelas kelihatan rakan-rakan Blake ada yang kepenatan dan seakan sudah “hilang tenaga” hingga tidur dalam keadaan tertangkup. Jika mereka begitu, itulah juga dialami oleh rakan-rakan penyelamat yang tidak pernah lelah membantu mencari hingga ke hari ini.
Sebalik video ini dikonsikan, ramai netizen yang berasa terharu dengan pengorbanan Blake & The Geng dan menyuruh Unit K9 membelanja Blake dan the geng makanan yang sedap-sedap selepas operasi ini selesai nanti. Ya, jasa hero tidak didendang ini mungkin tidak menjadikan mereka berpangkat di dunia, tapi moga jasa mereka dikenang sepanjang zaman.
Bagi penggemar cheese, anda boleh cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsikan oleh seorang tukang jahit, Yasalma Yasalma, tengok hasilya memang kebabom!
Bolehlah mak-mak jimat..
Cheese ada banyak version. Kat kedai runcit Arab ada macam-macam jenis dan rasa. Masam sikit, masam banyak, manis, masin sikit masin banyak dan lain-lain.
Ini cheese asas, bukan cheese chesdar /parmesan/mozzarella ye. Tu abuat ada lagi bahan-bahan lain.
Cheese makin mahal, sedangkan ini ‘makanan mesti’ dalam banyak hidangan harian sekeluarga untuk buat campuran dalam inti roti.
Serta untuk buat krim kek.
Guna Susu Tepung
Ini saya buat sendiri guna susu tepung je, versi ni senang je (asas yang mak mertua pernah ajar)
Nak lagi best guna susu fresh!
Cara Buat Cheese:
Masak susu api perlahan, kemudian dah panas masukkan perahan lemon atau cuka. Nanti susu dan air terasing sendiri.
Kutip ketulan-ketulan susu dan tapis guna kain. (Punjutkan susu dan perah kuat-kuat asingkan airnya)
Pastu untuk jadikan ia berbentuk krim, gunalah blender tanpa air. Blender saya rosak so saya lenyek dan tumbuk-tumbuk guna lesung batu je. Jangan lupa letak garam ikut kemasinan yang diingini. Nak masa tambah perahan lemon sket.
Saki baki air tersisa itu jangan dibuang. Tu namanya ‘Whey protein’ sangt bagus untuk kesihatan dan berkesan untuk mengurangkan berat badan. Nak info lanjut bole google ‘benefit of whey’
Saya masih belajar lagi. Kalau ada tip terkini saya share lagi ye.
Ada sesiapa berpengalaman buat cheese homemade lagi… please share tip atau cara buat kat ruang komen.
Nota:
Saya guna susu brand everyday/fernlif dan lain-lain asalkan full cream. Again, susu fresh better!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh wakili 1 daripada 5 tertuduh. Pasukan peguam yang diketuai oleh Hamid Ismail, mewakili Noraidah Lamat iaitu ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dilihat berada di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini bagi mengikuti prosiding pertuduhan melibatkan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak.
Kes Zara Qairina: Datuk Ram Singh Wakili 1 Daripada 5 Tertuduh
Menurut Hamid ketika ditemui media, pihaknya bercadang untuk mengemukakan permohonan penangguhan terhadap prosiding pendakwaan berkenaan.
Dalam masa sama, kelihatan juga barisan peguam bela diketuai Datuk Ram Singh yang difahamkan mewakili salah seorang remaja yang berdepan pertuduhan tersebut.
Prosiding dijangka berlangsung pada bila-bila masa di bilik Mahkamah Kanak-Kanak, manakala kawasan sekitar mahkamah turut menjadi tumpuan media yang hadir bagi membuat liputan kes berprofil tinggi ini.
Bagaimanapun, pengamal media tidak dibenarkan untuk mengikuti perjalanan prosiding dari dalam bilik mahkamah selaras dengan ketetapan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Suami isteri pegawai Imigresen guna duit rasuah RM600k buka kedai emas. Sepasang suami isteri yang juga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dipercayai menyalurkan wang hasil rasuah untuk membuka sebuah kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.