Dalam Negara

Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik “Abang Doakan Segala Doa Sayang Diangkat Allah, Dibukakan Segala Pintu Rezeki”

Share

Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik. Itulah antara doa dari seorang suami buat isteri tercinta. Pasangan popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kini sudah menimang seorang cahaya mata, Hawra Uqaira kelihatan begitu bahagia.

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram. Kamal Adli memberi ucapan romantis buat isteri tersayangnya sempena sambutan hari lahir Uqasha yang ke 33.

Kamal Adli Mahu Uqasha Jadi Ibu Terbaik

Pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli  itu memohon doa agar segala urusan isterinya dipermudahkan.

“Selamat ulang tahun buat belahan jiwa, isteri saya semoga panjang umur, dipermudahkan laluan hidupmu.

“Abang doakan semoga dialihkan segala rintangan, biar laluanmu cantik dan indah sahaja okey,” kongsi Kamal.

Rezeki Hebat & Halal

Kamal juga menyambung agar isterinya itu didatangkan rezeki yang hebat dan halal.

“Abang doakan segala doa sayang diangkat Allah, dibukakan segala pintu rezeki yang tertutup, didatangkan rezeki hebat dan halal,” luahnya.

Bukan itu saja Kamal juga berkongsi gambar pernikahan mereka yang berlangsung sekitar empat tahun lalu.

Malah pelakon lelaki popular itu juga turut mahu isterinya menjadi ibu terbaik buat anak mereka Hawra.

“Terus jadi ibu yang hebat untuk Hawra. Hawra pun tahu sayang ibu yang hebat. Insya-Allah yang indah-indah sahaja.

“Selamat menikmati sambutan hari lahir yang indah ya sayang. Saya sangat cintakan awak,” ujarnya.

Pada status tersebut, Uqasha membalas ucapan suaminya.

“Terima kasih sayang. Terima kasih atas segala-galanya. Saya cintakan awak. Satu-satunya awak dan Hawra,” titipnya.

Menerusi ruangan komen juga warganet berikan ucapan terbaik buat pasangan ini.

 

 

Published by
Norhayati Suboh