Ada orang takut-takut nak bagi duit pada orang sebab risau tak cukup atau diri sendiri pun cukup mkan. Namun hakikatnya kalau tak berduit anda boleh ikut cara saudara Amir Syahir ini, yang penting ada niat nak membantu!
Lagi pun tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Kuasa memberi dan menderma ini sangat kuat. Ia akan mengajar kita supaya tidak riak, angkuh dan bermegah.
Memberi biar ikhlas. Jangan mengharapkan balasan daripada manusia. Biar Allah saja membalasnya. Secara tidak langsung, dapat mendidik hati kita menjadi seorang yang pemurah. Rezeki pun senang nak masuk.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang. Allah bagi rezeki dalam pelbagai cara. Contohnya, kereta kita rosak ada orang berhenti tolong. Kita pokai bulan ni ada je kawan ajak belanja makan. Banyak rezeki yang kita tak duga kadang-kadang tu.
Gembirakan hati orang lain. Allah akan gembirakan hati kita. Kita layan mereka macam mana kita nak mereka layan kita. Tak perlu nak tunggu mereka buat baik dengan kita terlebih dahulu, tapi kita perlu buat baik dengan mereka.
Paling penting, bahagiakan keluarga terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lupa. Kita layan kawan-kawan dengan baik. Tapi dengan mak, ayah, adik-beradik, suami, isteri, anak-anak, kita layan nak tak nak jer. Kita lupa, mereka inilah yang sentiasa bersama-sama saat susah dan senang.
Kalau kita tak mampu menghulurkan wang ringgit, kita boleh memberi ataupun meringankan tugas orang lain dalam pelbagai cara.
Contohnya:
1. Jika kita makan dekat McD, KFC apa salahnya sekali-sekala tolong buang sisa makanan kita ke dalam tong sampah sendiri. Pekerja tu anak Melayu kita juga. Penat diorang kerja seharian. Sekurang-kurangnya kita dah ringankan kerja dia untuk hari tu.
2. Jika kita ingin ke masjid dan nampak orang berjalan kaki dan hendak ke masjid juga, tumpangkanlah mereka sekali. Boleh sembang dan berkenalan dengan kawan baru.
Janganlah bila tahu dia ada adik perempuan yang cun serupa Mira Filzah, baru nak tumpangkan. Ada udang di sebalik batu gitu. Buat baik ada sebab.
Ads
3. Jika kita berhenti solat di masjid ataupun surau dekat stesen minyak, apa salahnya kita tinggalkan telekung ataupun kain pelikat kita kat sana. Kalau tinggal yang baru lagi bagus.
Sepanjang orang duk gunakan barang kita tu, selagi tu lah kita dapat pahala.
4. Jika kita tengah makan tengah hari ataupun sedang minum air sejuk dikala cuaca panas ni, ada abang posmen hantar surat, apa salahnya kita ajak dia minum sekali.
Sekurang-kurangnya dapat buatkan dia gembira. Dapat hilangkan penat dia bekerja.
5. Jika ada kawan kita komen dekat FB kita, apa salahnya kita komen dekat status dia balik. Boleh rapatkan ukhuwah sesama kita. Komen yang membina dan membantu meningkatkan motivasi mereka. Barulah kita tahu dia ada dalam frendlist. Ini add saja tapi tak pernah bertegur sapa.
6. Jika kawan kita masuk hospital, sakit, demam eloklah kita melawat mereka. Kehadiran kita boleh buatkan mereka gembira dan cepat sembuh. Apa salahnya jika bawa buah tangan lebih untuk bagi ke pesakit sebelah kawan kita tu.
Ads
7. Jika kita tahu ibu bapa kita suka makan sesuatu, apa salahnya kita belikan makanan tersebut setiap bulan kepada mereka. Contohnya pulut bakar atau apa saja yang mereka suka.
Gembirakan hati adik-beradik kita. Kita tahu dia suka baca buku ataupun gemar lakukan hobi apa-apa saja. Kita belikan untuk mereka. Join mereka lakukan aktiviti yang mereka suka.
Dengan kawan-kawan pula, belikan cenderamata jika kita travel. Tak perlu mahal. Tanda ingatan tulus ikhlas. Hadiah tak semestinya mahal.
Menggembirakan hati orang lain adalah perkara yang mulia. Hati kita pun senang. Mereka lagi sayangkan kita. Tapi, ingatlah. Gembirakan hati keluarga terlebih dahulu.
Sebenarnya, tak guna ada kereta mewah, followers beribu, rumah bersepah tapi langsung tak ada sifat nak memberi.
Kebanyakan orang takut miskin kalau memberi. Mereka lupa, rezeki itu daripada Allah. Tak jatuh miskin kalau memberi. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki.
Ads
Tak mampu memberi dengan wang ringgit, kita berilah dengan ilmu, perkongsian pengalaman, tips yang berguna.
Melawak untuk hiburkan hati mereka yang dalam kesedihan pun okay. Kawan kau orang baru putus cinta misalnya. Walaupun lawak kau orang tu hambar tahap cipan, takpa. Usaha itu dah ada.
Niat memberi itu lebih utama. Bukan memberi sekadar untuk nama ataupun pujian.
Dapat ilmu berharga tak guna jika tak kongsikan. Ilmu datang daripada Nya. Kita kongsi ilmu dengan orang, lagi banyak Allah bagi kefahaman pada kita.
Jangan perkecilkan orang lain. Walaupun kau lepasan universiti tapi kawan kau sekolah setakat SPM je, jangan kau duk hina dia. Biasanya kawan macam ni dia belajar tak tinggi, tapi kalau kau ada masalah minta tolong dia, bergegas dia datang. Tak macam kawan-kawan Phd, Master semua tu. Memanjang je sibuk.
Jangan riak dan bongkak. Semua itu hanyalah pinjaman dan pemberian daripada-Nya. Hidup ini hanya sementara.
Ingatlah, jika tak mampu membuat orang lain tersenyum, jangan buat dia mengalirkan air mata. Jika tak mampu buat orang lain bahagia, jangan tambah deritanya. Tak baik.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percaya atau tidak. Itulah yang selalu kita dengar, sihir orang sebab tak suka, nak jatuhkan kehidupan orang lain, tak boleh lihat pasangan bahagia atau dendam dan sebagainya.
Jalan singkat untuk melihat penderitaan orang.Tak nak percaya tapi bila berlaku depan mata atau diri sendiri, barulah tahu ia betul atau tidak. Kadang-kadang, kita fikir cara ini adalah berdosa besar dan syirik. Tapi ramai yang buat juga.
Lagi menyedihkan ada yang sanggup sihir adik beradik, darah daging sendiri kerana tidak mahu adik beradik itu hidup senang. Sampai sanggup begitu sekali. Keluarkan modal untuk upah bomoh supaya jin datang menganggu.
Namun, perkara yang diterangkan oleh Ustaz di Pusat Rawatan Al Idrus adalah supaya perawat itu tidak mendengar kata-kata jin yang dihantar itu. Sebaliknya, usahalah untuk merawat kerana ia kata-kata jin itu boleh jadi fitnah dan membuatkan adik beradik bermusuh.
Sihir Adik Beradik, Jangan Hancurkan Darah Daging Sendiri
Cukup menyedihkan apabila dengan adik beradik ada perasaan dengki. Sanggup lakukan macam-macam dengan bagi anak sakit dan tanam ‘sesuatu’ depan rumah.
Daripada perkongian video itu juga, mereka adik beradik bersepakat dan siap kutip duit untuk ubah bomoh dari Melaka supaya suami isteri bercerai berai. Tak boleh langsug tengok mereka bahagia atau lebih daripada dia.
Sampai satu masa, siap menghasut adiknya supaya ceraikan isteri. Boleh dikatakan pelbagai cara yang dilakukan untuk pecah belahkan pasangan ini. Paling tak disangka, risau harta ayah jatuh pada tangan adik dan ipar memandangkan mereka terlalu baik dalam menjaga ayah mereka.
Itu antara serba sedikit perbualan antara perawat dengan pesakit. Dikatakan yang bercakap itu bukan dirinya sebenar tapi adalah ‘jin’. Bila difikir balik, kata-kata jin ini boleh dipercayai atau tidak.
Inilah antara penjelasan ustaz di Pusat rawatan Al Idrus:
Berdasarkan kepada video itu ia memberitahu tentang sihir adik beradik. Tapi apa yang ditekan di sini adalah bagaimana perawat itu mengendalikannya.
1. Sebagai seorang perawat yang merawat pesakit, jangan sesekali percaya kata-kata yng keluar daripada mulut pesakit itu. Ini boleh jadi fitnah yang daang dari jin itu sendiri.
2. Sebagai seorang perawat atau ustaz, kita hanya buang jin yang ada dalam badan pesakit itu dan tak perlu percaya. Dengar boleh, percaya jangan.
3. Antara sebabnya, ia boleh menjadikan pergaduhan adik beradik. Jika tidak buat, ia boleh menimbulkan fitnah dan pergaduhan adik beradik.
4. Jangan dengar kata-kata jin, rawatlah untuk membuang / keluar jin dan jangan sesekali masuk campur dalam urusan pesakit
5. Ini boleh mendatangkan fitnah dan masam muka adik beradik.
Mingguan Wanita : Macam tak percaya tapi kadang-kadang alasan tidak puas hati dengan orang, tak boleh tengok orang senang, dengki dan macam-macam lagi sampai sanggup jumpa bmoh untuk sihirkan orang. Nauzubillah.
Masalah bayi muntah selepas menyusu itu mesti mak-mak pernah laluikan? Nanti habislah meleleh susu basi itu dekat baju bayi. Sebenarnya mak-mak ada cara betul nak sendawakan bayi lepas menyusu.
Baca perkongsian daripada Dr Shahirah Hassan, Pengasas dan Pakar Laktasi di Eve Love Sdn Bhd tentang topik menarik ini. Lagi-lagi untuk ibu yang bersalin muda.
Ramai ibu muda bertanyakan hal ini, “Kenapa bayi saya ni, lepas minum, selalu muntah? Saya tak sedawa betul ke? Berapa lama nak sedawa kan bayi? Ke…overfeeding?”
Punca Bayi Muntah Lepas Menyusu
Macam ni ceritanya. Ramai baby mengalami infantile gastro-esophageal reflux. Tanda-tanda nya adalah bayi kerap mengeluarkan balik sebahagian susu yang diminum, kadang-kadang seolah-olah tak selesa, meragam.
Ini kerana, lower esophageal sphincter masih belum matang, otot spinchter belum kuat, maka tidak dapat menahan isi perut dari mengalir semula dalam esophagus. Senang cerita, tengok gambar di atas, tengok beza atas dan bawah.
Macam Mana Nak Bagi Bayi Tak Muntah?
So macam mana nak atasi perkara ni? Penat kot, baju berbakul nak cuci! Asyik kena tukar baju je tiap kali muntah.
. 1- Jangan terus susukan baby kalau rasa payudara dah bengkak penuh susu, perah sikit dulu baru susukan bayi. 2- Lepas menyusu, usaha sedawakan baby, boleh tengok gambar saya share cara sedawakan. 3- Kalau baby dah tertidur, dukung baby posisi menegak sekejap supaya susu itu tidak senang mengalir balik ke esophagus (salur makanan). Kalau rasa baby berat, sila lah belajar gendong bayi cara betul. Tak tau, saya boleh ajar tapi kena rajin bertanya.
Kalau Bayi Alami Ini, Mak Ayah Kena Alert!
Sebelum saya end sharing post ni, nak pesan ya, tanda-tanda yang ibu bapa kena prihatin adalah, baby muntah berlebihan, nampak lemah, projectile vomit (muntah memancut), muntah sampai masuk hidung, berat badan bayi susut, kurang atau pekat air kencing.
Careful ya, kalau nampak tanda-tanda ini, please seek medical attention secepat mungkin.
Sekian sharing hari ini. Thank you my client sudi bagi pinjam baby jadi model.
Hebat first time mummy ni, cekal menyusu.
Biarpun memegang status OKU, remaja ini membuktikan dirinya juga mampu cemerlang seperti pelajar normal lain. Belajar di sekolah biasa, pelajar cemerlang ini akui tidak pernah disisihkan dan rakan banyak membantu. Jelas ibunya, di sekolah rendah anaknya sering gagal, tetapi tiada yang mustahil apabila dia kini berjaya.
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Muslim Ahmad Shukari, 18, atas keputusan yang cemerlang. Tahniah juga kepada mak, ayahnya yang berjaya mendidik anaknya yang bergelar OKU hingga berjaya.
Belajar Di Sekolah Biasa
Sungai Petani: Seorang remaja autisme membuktikan status orang kurang upaya (OKU) tidak menghalangnya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.
Muhammad Muslim Ahmad Shukari, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena, diumumkan calon istimewa terbaik Kedah selepas mencatat keputusan 3A 2A- 1B+ 1D.
Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, dia menanamkan semangat belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa positif dalam apa juga perkara yang dilakukan.
Status OKU tidak menjadi halangan untuk saya berjaya, sebaliknya ia menjadi pendorong untuk terus maju. “Saya bersyukur walaupun belajar di sekolah harian biasa, rakan sekelas tidak pernah menyisihkan saya, malah mereka banyak membantu dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM Kedah 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, di sini, hari ini.
Keputusan itu diumumkan Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman.
Bercita-cita Menjadi Arkitek
Muslim mendapat A bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Pendidikan Islam dan A- bagi Bahasa Melayu dan Pendidik Seni Visual.
Muslim yang bercita-cita menjadi arkitek, meminati lukisan dan landskap dan berharap dapat menyambung pengajian dalam jurusan seni bina.
Sementara itu, ibu Muslim, Lafdziyah Mohd Marzuki, 47, berkata anaknya itu mula menunjukkan minat belajar sejak di Tingkatan Satu.
“Waktu di sekolah rendah, dia sering gagal dalam pelajar tetapi sejak naik ke sekolah menengah, dia mula menunjukkan minat terutama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Dia semakin menunjukkan kegigihan belajar dan sering belajar secara berkumpulan dengan rakan selain membuat jadual belajar harian,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: Ternyata kekurangan diri bukanlah penghalang seseorang untuk berjaya. Walaupun bergelar OKU, remaja ini membuktikan dia mampu berjaya seperti orang lain. Kepada yang gagal jangan berputus asa kerana perjalanan hidup kalian makin panjang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...