Cukup-cukuplah ujian yang kita hadap dalam rumah tangga setiap hari, tak perlu uji pasangan lagi. Jangan pula ada di kalangan kita sama ada suami atau isteri sanggup pula nak cuba-cuba uji pasangan kerana takut pasangan berlaku curang.
Mungkin cara ini sesuai untuk pasangan bercinta, kalau sudah berkahwin lebih baik berterus-terang lagi-lagi kalau dapat suami yang lambat faham. Kalau tak nak suami curang, pesan saja awal-awal.
Ads
Ads
Ads
Kalau nak suami bantu di rumah uruskan anak-anak, beritahu saja hal sebenar. Jangan berteka-teki, suami kan lurus orangnya. Ikuti perkongsian Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik.
Dalam Rumah Tangga, Tak Perlu Nak Cuba Uji Pasangan
Hidup dalam rumah tangga bukan tempat kita nak cuba-cuba uji pasangan kita.
“Aku nak tengok setia tak dengan aku. Itu je.”
“Habis tu kau nak buat apa?”
“Aku suruh kawan aku menyamar jadi budak perempuan yang suka dekat dia. Mesej dia selalu.”
Puan, hidup ini bukan untuk kita perjudikan dengan trial and error begitu. Cukuplah ujian sedia ada yang datang semula jadi ke rumah tangga kita.
Tak perlu nak tambah ujian sendiri. Sepatutnya apa respon yang puan nak suami lakukan kalau kena macam tu, itu yang puan kena beritahu.
“Bang, kalau ada orang lain tiba-tiba kata dia suka dekat awak. Dia sanggup jadi nombor dua. Tak minta banyak, nak awak jadi suami je. Saya nak awak tanya saya dulu ya.
Beritahu ke dia awak dah bina hidup rumah tangga ni lama dengan saya. Daripada kita tak ada rumah. Pergi sana sini naik motor sahaja. Berteduh bawa flyover highway sama-sama.
Awak pakaikan saya baju hujan. Biar awak lencun seorang tak apa. Masa lahir anak pertama awak pengsan sebab tak boleh tengok darah. Macam mana jaga anak semua awak belajar dengan mak saya.
Beritahu dia yang awak tak sanggup nak sia-siakan semua tu hanya sebab awak nak bela hidup orang lain. Boleh ye bang?”
Haaa! Tu contoh, contoh.
Maksudnya dekat sini, beritahu jelas-jelas. Bukan kau nak tengok-tengok nanti dia respon apa.
Lelaki ini jangan diuji. Mereka ni lurus. Nak faham diri sendiri pun masalah, lagilah nak faham kalian yang perempuan.
Jenis bercakap guna hati tapi macam bercakap guna mulut. Mana mahunya puan. Cakap dalam hati tu tak dengar dek siapa-siapa. Malaikat sahaja boleh dengar.
Suami tu dah lah bukan malaikat. Jenis selow pula. Ya Ampunnn.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Kami takut diuji. Haa!
MW: Jadi mak-mak jangan berkias dengan suami atau uji mereka, sebaliknya berterus-terang. Takut juga dari nak bagi ujian pada pasangan sendiri, kita pula yang sakit hati.
Demi perkembangan dan masa depan anak istimewanya, anggota KRU, Edry Abdul Halim, 42, bakal membawa keluarganya memulakan hidup baharu di Eropah bagi membolehkan anak ketiganya yang menghidap autisme menerima pendidikan terbaik.
Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dengan seluruh ahli keluarga selepas Emery yang bakal mencecah usia 10 tahun masih belum boleh bertutur dan ia dilakukan untuk membantu perkembangan anaknya itu.
“Selama ini, kerja saya mengajar orang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak saya tumpukan perhatian penuh kepada anak istimewa sendiri. Demi masa depannya, kami sekeluarga sedia berhijrah, mungkin untuk setahun dua dahulu.
“Saya dan isteri belum putuskan lagi lokasinya, tetapi di Eropah. Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap.
“Sepatutnya kami bertolak bulan depan, sehari selepas Konsert Gergasi KRU 25. Disebabkan puasa dan raya sudah dekat, kami tangguhkan pemergian selepas Aidilfitri,” katanya.
Terdahulu, pada acara sama, KRU yang turut anggotai dua abangnya, Datuk Norman dan Yusry membuat pengumuman untuk membubarkan kumpulan itu secara rasmi pada hari terakhir konsert iaitu 6 Mei ini.
Persembahan mega selama tiga malam sempena ulang tahun ke-25 penubuhan KRU akan diadakan di Istana Budaya turut menjadi konsert selamat tinggal mereka.
Edry berkata, mereka sepakat bersara kerana sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar, selain ingin menumpukan perhatian terhadap komitmen masing-masing.
“Kami tidak pernah merancang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada nyanyian selepas 25 tahun bersama, tetapi sudah tiba masanya kami berundur. Saya sendiri ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga terutama Emery.
“Dari segi bisnes, kami tetap usahakan bersama-sama dengan bantuan teknologi. Segala tugasan penerbitan dan sebagainya akan tetap diteruskan seperti biasa. Terima kasih kepada semua yang menyokong KRU sejak 25 tahun lalu,” kata bapa kepada empat cahaya mata Emil Edry,18 Edylia Edry,15 dan Emery Edry,10, dan Elya Edry,8.
Selamat berhijrah ke luar negara Edry dan keluarga, semoga segala perancangan untuk anak dipermudahkan dan berjalan dengan sempurna.
Bila anak tak sihat, mulalah mak-mak tak ‘senang duduk’. Kejap check suhu, lapkan badan. Kiranya mak-mak dalam tempoh berjaga-jaga, takut makin teruk.
Masa ini jugalah, bila anak tak sihat, rasa nak keluar berjalan pun tak berani dan selesa duduk rumah saja. Begitulah mak-mak kerisauan yang boleh buat tak tidur malamlah.
Sebenarnya, jangan takut nak bawa keluar rumah bila anak tak sihat. Inilah masanya, ikhtiar baru untuk anak selain daripada pengambilan ubat doktor. Tak kiralah anak demam, batuk atau selesema. Fahami apa yang dikongsikan oleh Mazliana Mazlan ini.
Anak Tidak Sihat, Bawalah Keluar Tengok Matahari, Tanah
Bawa anak keluar cari matahari dan tanah bila batuk dan selsema.
Kalau dulu kita tak berani bawa anak keluar rumah bila sakit, sekarang kita kena ubah pula. Lagi anak tak sihat, lagi kita bawa keluar. Tapi masih dalam keadaan berjaga gitu.
Cari ikhtiar baru, kalau anak asyik batuk tak henti-henti, hidung pulak berair selalu.
Baru ni anak saya batuk. Seharian jemur kat luar. Dari pagi sampai petang. Waktu terik sangat, duduk bawah pondok dan dia tidur. Masih di luar rumah.
Masya Allah, dalam masa 3 hari je dah selesai batuk berkahak dia. Fuh, hebatkan Allah ciptakan alam pun boleh jadi asbab penyembuhan buat anak.
Ubat Paling Power
Kalau nak tahu, matahari dan tanah inilah ubat paling power. Percuma pula tu. Rugi sangat kalau kita tak ambil peluang kan.
Lebih masa di luar rumah, lebih terdedah dengan matahari, lebih banyak vitamin D yang kita dapat, lebih cepat anak nak sembuh, insya Allah dengan izin dariNya.
Bila bersentuhan dengan tanah pulak, berlakunya perpindahan cas-cas antara tanah dan tubuh badan. Dapat kurangkan keletihan dan keluarkan hormon bahagia buat anak.
Bila bahagia dan tak stress, cepatlah sembuh bila sakit kan.
Boleh cuba tau. Ramai sangat tanya pasal anak tak sihat. Apa saya share, kadang menjadi, kadang mungkin tak menjadi. Ikut keserasian dengan anak-anak kita.
Kalau mak-mak dah buat semua, tapi masih tak menjadi, jom cuba bawa anak cari nikmat matahari pulak. Mana tahu di situ ada penyembuhan buat anak-anak kan.
Kita cuba sama-sama ya, carikan jalan terbaik untuk penyembuhan anak secara menyeluruh, insya Allah.
Mingguan Wanita : Kita sekadar berusaha. Tapi jangan lupa kena dapatkan rawatan doktor juga kalau tidak ada apa-apa perubahan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Wahai suami, sila hadamkan ini. Ada beza antara TANGGUNG JAWAB kepada anak isteri dengan KEWAJIPAN kepada anak isteri. Bila dapat bezakan ini, anda adalah tergolong dalam kategori ciri suami yang baik.
Sebelum itu kena hadam dulu apa bezanya. Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani berkongsi nasihat. Yang asalnya, ditanyakan oleh seorang pengantin baru. Dan ilmu ini, pun boleh diguna pakai untuk pengantin lama juga.
Apa Ciri-ciri Suami Yang Baik
Kasih sayang dan cinta tidak akan pernah subur seumpama sekebun bunga mawar kecuali setelah disirami dan dibajai dengan tanah keilmuan, cahaya kepercayaan, air keikhlasan serta udara kesungguhan.
“Ustaz, nak tanya sikit, apa ciri-ciri suami yang baik ye?” Tanya seorang pengantin baharu kepada sang faqir, sambil sudah siap dengan pen dan buku notanya.
Jawab sang faqir, “ciri-ciri suami yang baik nie banyak. Nak cerita sepenuhnya panjang senarainya. Yang saya boleh share adalah KUNCI kepada ciri-ciri tersebut. Nak tahu tak?”
“Ok, kunci yang Pertama adalah AQIDAH. Kena ajar anak isteri Aqidah yang sohih. Kenalkan ALLAH dan Rasul kepada mereka. Ini kunci paling utama dan tiada lagi lebih utama dari ini.
“Yang kedua, perlu ajar anak isteri dengan SOLAT dan yang terkait dengannya. Apa yang terkait dengannya? Bab thoharah iaitu bersuci.
“Yang ketiga kena ajar anak isteri dengan Al Quran, Itu juga amat penting sebelum mereka diajar dengan pembelajaran lain terutamanya akademik.
“Paling utama, pakaian bagi sekalian ilmu itu adalah ADAB atau AKHLAK, itu kita akan dapati dengan memahami dan mendalami tasawuf yang haq.”
Inilah KUNCI dalam menjana ciri-ciri seorang suami dan juga ayah yang baik. WAJIB. Tidak boleh tidak.
Kena Bezakan Maksud Tanggung Jawab Dan Kewajipan
Jangan anggap beri makan, beri minum, beri pakai, beri rumah, itu sudah cukup sebagai menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Itu semua tanggungjawab, Mesti kena tunai. Yang kunci tadi tu adalah kewajipan.
“Ada bezanya tu. Faham tak?” Sang faqir meminta kepastian.
Pengantin baharu tadi mengangguk perlahan, ” faham ustaz. Cuma, terfikir, boleh ke saya buat semua tu? Saya tak pandai, tak Alim, macam mana nak ajar anak isteri. Rasa takut pula.”
“Kenapa perlu takut? Jangan takut. Sebab takut atau bimbang bukan dah lagi perkara yang perlu awak hadap, yang perlu awak hadap adalah belajar.
“Nak ajar anak isteri, tidak perlu jadi alim. Yang penting belajar, tahu dan faham. Boleh kongsi dan cerita semula pada mereka.
Jangan Pernah Berhenti Untuk Belajar Ilmu
“Jika Alim adalah syarat untuk tarbiyyah anak dan isteri, maksudnya hanya Alim Ulama sajalah yang boleh bernikah. Faham? Jika rasa diri tidak tahu, maka, belajar dan terus belajar.
“Kerana hakikat kita, mula tak tahu. Akhir pun tak tahu. Jadi tiada orang yang memang sedia tahu, melainkan hanya ALLAH sahaja. Sedia tahu. Belajar Ye. InsyaALLAH. Saya doakan awak dan sekalian keluarga hidup dalam tauhid, beramal dalam tauhid, dan mati dalam tauhid. Aamiin.” Sang faqir menenangkan pengantin baharu tadi.
Perbualan kami selesai beberapa ketika selepas itu.
Semoga ALLAH memandu sekalian kita menuju ke arah Hidayat Dan Taufiq NYA.
Para suami. Para ayah. Bezakanlah Tanggungjawab dan Kewajipan supaya jelas Perlakuan Dan Perakuan.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!