Perempuan cukup stres kalau tetiba seluar yang biasa dipakai tak muat, itu tanda besar lemak dah makin membesar.
Hah, sekarang ada dua pilihan. Sama ada nak cari seluar baru atau kecilkan punggung dan peha yang dah makin besar.
Ok, kalau betul nak kuruskan bahagian badan ini, mak-mak boleh amalkan senaman ini. Sambil tengok Tv pun boleh jadi. Jangan risau!
Senaman Kecilkan Punggung
1. Sandar di dinding
Mudah sangat, mak-mak cuma perlu bersandar pada dinding, pastikan belakang kepala, badan dan punggung anda betul-betul rapat pada dinding seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas.
Luruskan kaki anda dan sedikit ke depan. Jarak posisi kaki anda lebih kurang 45cm dari dinding.
Turunkan badan anda secara perlahan-lahan seperti anda sedang duduk di atas kerusi. Pastikan kaki anda tidak bergerak dan tahan selama 30 saat.
Selepas itu kembali ke posisi asal dengan bersandar di dinding.
Ulangi proses ini selama 10-15 kali.
2. Naik Tangga
Berdiri tegak di sebelah tangga. Silangkan kaki kiri dan letak di anak tangga yang lebih tinggi dari kaki kanan. Sila rujuk gambar.
Naiki tanga dengan menggunakan kaki kiri anda sehingga kaki kanan anda sedikit terangkat. Kemudian kembali ke kedudukan asal.
Kemudian tukar ke kaki sebelah kanan pula.
Ulangi proses ini sebanyak 20 kali.
3. Lunge
Berdiri tegak sambil meletakkan kedua-dua belah tangan di pinggang anda.
Kaki kiri langkah ke depan dengan keadaan peha anda kelihatan mendatar. Pada masa yang sama, pastikan lutut kaki kanan tidak melebihi kaki kiri dan anda juga mestilah dalam posisi badan yang tegak.
Kemudian kembali ke posisi asal berdiri tegak.
Selesai kaki kiri, tukar kaki kanan pula.
Ulangi proses ini sebanyak 10 ke 15 kali.
Macam mana mak-mak, senangkan senaman ini? Bila-bila masa pun kita boleh buat. Yang penting disiplin. Sekiranya setiap hari anda lakukan 3 senaman yang saya kongsikan ni.
Pastinya tak ada masalah lagi nak pakai seluar kesayangan sebab dah dapat cara nak kecilkan punggung dengan cepat dan mudah!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI