Rupanya nak simpan daging pun kena ada caranya, tak boleh ambil cuci bersih dan potong sesiap letak dalam peti ais.
Malah kalau nak cairkan daging yang beku pun kena ada petua. Tak boleh sesuka hati rendam dalam air.
Jadi kalau nak daging segar itu tahan lama, mak-mak boleh cedok tip daripada Chef Mawi.
CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Ads
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Ads
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Ads
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan keluarga selebriti popular, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan puteri tunggal mereka, Lara Alana. Keletah comel, anak kesayangan pasangan ini sering berjaya menarik perhatian ramai dan ada sahaja aksinya yang mencuit hati.
Baru-baru ini, keluarga bahagia ini ada meluangkan masa bercuti di Tokyo, Jepun. Ia juga bersempena menyambut dan meraikan hari ulangtahun kelahiran Awal Ashaari yang ke 37 tahun pada 6 Ogos.
Malam tadi, Awal Ashaari ada memuat naik video comel mereka sekeluarga didalam IG.Video tersebut memaparkan perbualan antara Awal dan anaknya Lara Alana,4. Apa yang menarik perhatian ramai apabila video tersebut dirakam secara amatur oleh Lara sendiri dengan gaya tersendiri sambil menyanyikan lagu ulangtahun hari lahir buat Awal.
Awal juga ada mengusik Lara apa hadiah yang akan dia akan belikan buat dirinya.Jawapan spontan Lara, ‘pensil warna’ cukup mencuit hati dan membuatkan ramai terhibur dengan ‘hadiah ikhlas’ tersebut dari hati seorang anak.Comel sungguh Lara ni.
Video ini istimewa bukan sebab ‘subjek’ (orang yang diambil gambar) tapi kerana orang yang mengambil gambar disebalik kamera. Boleh tahan bagi seorang amatur.
Terima kasih atas ucapan harijadi. Jumpa di KL nanti.
Mingguan Wanita mengucapkan Selamat Hari Jadi buat Awal Ashaari, semoga bertambah dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan terbaik dan diberi kebahagiaan dalam kehidupan bersama keluarga tersayang!.
Setiap ibu yang melahirkan bayinya baik secara normal atau pembedahan, akan rasa keinginan untuk menyusukan anak. Sayangnya, bukan semua ibu bertuah dapat menyusukan bayinya dengan tenang dan penuh kegembiraan.
Lagi-lagi selepas melalui proses bersalin yang bukan sekejap. Menghadapi pula proses kontraksi yang panjang. Pasti ibu akan melalui pengalaman menyusukan anak dengan bermacam cabaran.
Ibu muda ini, Ameera Zaini, 29 tahun berkongsi pengalaman breastfeeding anak sulungnya, Mateen. Kini usia Mateen setahun lebih. Dalam tempoh itu, Ameera atau nama sebenarnya, Nor Ameera Zaini tak sekali berenggang dengan si kecilnya demi memenuhi keperluan makanan terbaik untuk anaknya itu, iaitu menyusukan badan.
Selepas melahirkan anaknya Mateen secara pembedahan dan melalui proses kontraksi dekat 20 jam membuat tubuhnya teramat lemah.
Masa tu pukul 4-ish in the morning. Nurse datang dan tanya, “Puan nak susukan baby?”
Doctor baru je keluarkan Mateen pukul 2.39 am. Czer pulak tu and mommy contraction 20 jam sebelum tu mana ada energy dah. Lembik.
“Takpelah saya rasa saya tak larat, nak rehat.” Pastu siap muntah lagi. Bayangkan dengan perut baru lepas kena belah tu.
Tapi beberapa jam lepas tu, walaupun masih lemah mommy ambik Mateen. Allah susu tak keluar! Sebab tak skin to skin right after bersalin tu kot? Jadi Mateen menangis je setiap kali masuk bilik mommy. Sebab Mateen dah minum susu formula so Mateen tak puas nak hisap susu badan.
Mommy push juga, sambil menangis minta susu keluar. Sekali yang keluar darah, bukan susu! Tapi mommy teruskan juga sampailah setitis colostrum keluar and mommy sapu kat lidah Mateen. Bahagianya tengok setitis tu.
Balik rumah, mommt tak ada susu spare. Sebab mommy dah niat nak susu badan je tapi malam tu Mateen nangis kuat sangat so mommy bagi juga susu formula daddy pergi beli. Mommy okay je asalkan Mateen kenyang.
Mommy continue usaha, mommy bangun setiap jam susukan Mateen, pump susu walaupun setengah Oz pun tak sampai. Sampailah daddy terlepas cakap “Sikitnya, cukup ke ni.”
Daddy tak sengaja tapi mommy sensitif sangat so mommy nangis dari pukul 4 petang sampai tengah malam and end up mommy macam bentan. Sejuk menggigil-gigil, badan bisa-bisa, kaki tak boleh jejak tanah. Doctor kata mungkin terlalu stress and masih dalam pantang.
So mommy decided untuk tak pump susu and directfeeding je sebab mommy stress tengok quantity Oz yang sedikit tu. Alhamdulillah sebabkan tak stress tu mommy dapat susukan Mateen sepenuhnya walaupun Mateen nak ngempeng every 40-60 minutes.
Masa Mateen dah 3 bulan mommy sambung jadi host. Mommy bawak Mateen ke hulu hilir, sebab Mateen tak nak botol. Jadi setiap kali ada gap in between makeup, pakai baju or shoooting tu mommy akan susukan Mateen walaupun sebelum sampai tu Mateen dah susu. Mateen manja.
Memasuki usia 3 bulan, Mateen semakin pandai berdikari. Walaupun sibuk, tanggungjawab memberi susu badan pada anaknya tak pernah sedikitpun Ameera abaikan.
“Sampailah bila Mateen dah boleh tinggal kat office, mommy akan berulang every 2-3 hours to nurse you. Walaupun Mateen dah makan, Mateen tetap nak susu mommy banyak-banyak.”
Mommy letih, tapi mommy puas hati. Kalau mommy terlambat mommy akan bengkak susu sampai demam. Sakit sangat-sangat.
Sekarang Mateen dah 1 tahun setengah. Mateen masih menyusu badan, kalau ada mommy Mateen nak susu setiap jam siang malam macam masa baby. Setiap malam mommy bangun every hours to nurse you.
“Mommy sakit badan, macam nak patah pinggang. Mommy masuk hospital pun mommy tetap susukan Mateen walaupun Mateen nak cabut branula kat tangan mommy. Sambil tawaf tujuh pusingan mommy carry Mateen sambil menyusukan Mateen sebab Mateen penat dan lapar.”
And sekarang mommy perasan susu mommy dah tak banyak sampai Mateen dah mula gigit-gigit sampai luka. Jadi mommy terpaksa beli fresh milk, susu formula untuk bagi kat Mateen walaupun Mateen cuma minum sehirup dua setiap kali mommy sediakan. Sorry Mateen kalau Mateen tak suka.
Mateen, mommy minta maaf sangat-sangat sebab kadang-kadang mommy mengeluh susukan Mateen. Mommy tak pernah kata susu lain tak bagus. Ini pilihan mommy. And pilihan Mateen untuk reject bottle. Pilihan kita.
Terima kasih sebab gembirakan hati mommy setiap kali Mateen menyusu. Sekurang-kurangnya mommy dapat tengok muka Mateen, dapat rasa yang Mateen perlukan mommy.
Janji Ameera, “Mommy akan teruskan bagi Mateen susu mommy sampai Mateen 2 tahun walau sikit macam mana pun.”
To all mommies out there yang tanya tips, jawapannya jangan mengalah. Buatlah apa yang termampu, makan lah apa sahaja yang membantu asalkan tidak mengalah.
“My breastfeeding journey bukannya setiap hari berjaya, ada juga air mata yang jatuh. Sampai Meera pun tak pasti macam mana Meera boleh buat. Mungkin semangat tu datang setiap kali tengok muka anak.”
Happy world’s breastfeeding week to all mommies. Tahniah kepada yang berjaya susukan baby sampai hari ini tak kiralah berapa hari pun. To mothers who do not BF your baby, tahniah juga sebab kalau tak kerana you yang decide to give them other than BM, mungkin anak tu takkan kenyang dan sihat. BM or FM, we are mothers and apa sahaja yang kita buat semuanya dari hati kita yang penuh dengan kasih sayang.
Kalau tetiba serangga masuk telinga, anda jangan kalut masukkan air dalam telinga semata-mata harapkan binatang itu keluar balik. Atau nak mencuba keluarkan serangga itu dengan cutton bud, AWAS! Boleh jadi hasilnya telinga jadi makin sakit!
Jadi apa yang perlu anda buat apabila telinga dimasuki serangga?
Nah, ikut saranan Dr Ezairy M.Sallih ini, moga mak ayah boleh kurangkan sakit kalau telinga anak-anak dimasuki serangga.
Sakitttt!!
Tiba-tiba anak anda mengadu sakit telinga teramat sangat. Anda ‘suspect’ ada serangga masuk ke dalam telinga. Terasa ada objek atau hidupan bergerak-gerak.
1. Bertenang. Ini paling penting.
2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!
3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.
4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.
5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.
6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.
TIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.
Haaaa… lepas ini kalau tengok gaya anak kecil macam pelik main telinga siap menangis, sila bawa jumpa doktor dengan segera!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!