Virus HFMD iaitu penyakit tangan, kaki dan mulut semakin menular ketika ini dan dilaporkan jumlah kes HFMD didapati meningkat secara mendadak di Pulau Pinang.
Terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan virus HFMD dikesan pada pemegang troli dan kenderaan mainan kanak-kanak yang disediakan di pasar raya.
Penyakit HFMD boleh tersebar melalui hingus, air liur, najis dan cecair dari orang yang dijangkiti. Antara simptom-simptom yang dihidapi oleh pesakit HFMD adalah seperti demam, sakit tekak, ulser mulut, ruam dan kelesuan. Penyakit ini sangat cepat menular dalam kalangan kanak-kanak.
Jadi untuk selamatkan anak-anak daripada diserang penyakit ini, mak-mak kena selalu sediakan barang khas seperti yang Doktor Hani Mynis sediakan kepada anaknya.
Beg Jalan Aqil (& pencegahan HFMD)
Sekarang ini musim HFMD tengah sakan merebak kan? Selepas insiden Aqil kena HFMD kali ketiga (dia dah pernah kena HFMD tiga kali berturut-turut dalam tempoh lima bulan 2016) dulu-dulu, Hani jadi sedikit paranoid dengan kebersihan sekeliling Aqil kalau kitorang bawa dia berjalan terutamanya ke pasar raya atau taman permainan dalam kompleks membeli belah (kesian anak ibu, paranoid punya pasal setahun lebih ibu ayah “haramkan” dia dari jejak “indoor playground”).
Oleh itu, kitorang pastikan beg jalan Aqil lengkap dengan peralatan/barang yang kitorang perlukan untuk pastikan sejarah tak berulang. Ingat tak hani pernah kongsi ‘Medical kit Aqil’ haritu? Medical kit Aqil ni memang hani wajib bawa kalau balik kampung atau berjalan jauh-jauh/melancong. Tapi kalau setakat berjalan dekat-dekat ke pasaraya, atau ke taman permainan, “beg jalan Aqil” lah penyelamat. Beg jalan Aqil ni memang ditinggalkan je sangkut dalam kereta jarang bawa masuk rumah kecuali nak ‘restock’ barang dalam beg. Sebab tak nak ada risiko beg tertinggal dan keluar berjalan tanpa beg ni.
Memandangkan ada yang tanya apa yang wajibkan bawa dalam beg jalan Aqil ni, hani buatkan post panjang lebar ni khas untuk awak
Barang Yang Perlu Bawa Dalam Beg Anak
#throwback #2016 Aqil kena HFMD kali ketiga (paling teruk berbanding dua kali sebelumnya). Ibu rasa heartbroken sangat masa ni tengok dia menangis sambil gigit tangan dia sebab sakit mulut dia penuh ulser.
Beg jalan Aqil
Hani masukkan semua barang yang penting dalam ni. Beg yang kecil boleh dipegang/ disangkut pada troli atau Aqil boleh pakai.
Antibacterial wipes
Ni kiranya barang paling penting yang wajib ada dalam beg jalan Aqil. Hani gunakan untuk lap troli, ‘baby chair’ kat restoran atau kedai makan, atas meja makan kat restoran/kedai makan pun hani lap kadang-kadang terutamanya kat kawasan Aqil akan pegang.
Ads
Dalam beg ni juga ada tisu basah.
Hand sanitizer
Benda kedua penting. Hani lebih suka Hand sanitizer jenis spray macam ni. Senang nak guna. Hani sembur kat tangan dia sejurus dia masuk kereta dari mana-mana tempat yang kitorang pergi (dari pasaraya/taman permainan/indoor playground) sebab dia dalam kereta suka makan biskut lah apa.
Bonus: bauan dia wangi yang hani suka.
Gel aloe vera
Untuk pelbagai kegunaan macam hani pernah share dalam post “medical kit Aqil” sebelum ni. Punyalah berkesan, untuk medical kit Aqil pun ada untuk beg jalan Aqil pun ada benda alah ni.
Ads
Terutamanya untuk merendahkan suhu badan dia kalau badan dia dedor dalam kereta atau demam dalam perjalanan ke klinik.
Pembalut / penampal luka / hansaplast
Ini lebih kepada kes kecemasan kalau budak bertuah tu main kat taman permainan lari-lari jatuh terluka lutut ke (nauzubillah, semoga selamat je lah anak-anak kita)
Iv kids/ minyak angin anak
Untuk kegunaan emergency dia juga, kalau tetiba dia sakit perut ke kembung perut atau selsema.
Sapu tangan / napkin
Ads
Ekstra lampin pakai buang – jika anak masih memakainya
Boleh sediakan botol spray berisi air paip, just incase pampers anak penuh terpaksa tukar pampers dalam kereta
Ekstra satu set pakaian
Stokin anak
Kalau anak sejuk dalam kereta atau tetiba anak nak singgah ke “indoor playground” ke ? (sekarang larangan ke indoor playground dah ‘lifted’ haha sebab Aqil dah besar, macam kesian pulak dia pandai minta nak main dalam tu)
Tapi sekarang ni tengah musim hfmd merebak mmg tak lah ibu nak benarkan dia main kat indoor playground.
Plastik sampah (bonus kalau wangi)
Untuk masukkan pampers anak yang dipakai, atau masukkan baju kotor
Lagi-lagi tengah musim HFMD sekarang tenga merebak, kalau terpaksa, Sebelum dudukkan anak dalam troli, boleh lap dulu kat pemegang atau tempat yang boleh tercapai oleh anak je dulu dengan antibacterial wipes. Hani spray tangan aqil dengan hand sanitiser sebelum duduk troli dan sejurus masuk dalam kereta lepas shopping ni.
Rupa Anak Masa Kena HFMD
Sekarang tengah musim ni, kalau boleh elakkan lah bawa indoor playground especially anak kecil bawah 3 tahun. Huhu mereka paling mudah terjangkit sebab antibodi masih lagi belum berkembang sepenuhnya. Lagi-lagi kalau Anak jenis yang masukkan semua barang dalam mulut, bola-bola dalam “ball pit” tu pun dia nak masukkan dalam mulut.
Semoga bermanfaat buat mak-mak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Benarlah kan anak perempuan tetap menjadi ‘cinta hati’ seorang ayah walaupun dah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Jika sebelum berkahwin, anak perempuan banyak bergantung pada ayahnya sendiri, selalu dimanjakan, rasa dilindungi, menjadi penyelesai segala masalah yang ada.
Begitulah juga harapan isteri selepas berkahwin, berharap segala ‘perasaan’ tersebut di ambil alih oleh insan bernama suami. Suami diharap menjadi tempat pengganti bagi tanggungjawab ayah selama ini.Bukan hanya dalam urusan kasih sayang dan emosi, namun juga dalam membantu urusan rumahtangga.
Jemput baca catatan perkongsian oleh Mohd Fhais ini;
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.
Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.
Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,
Dia minta tolong,
Dia suruh kita buat macam-macam.
Suami Pengganti Ayah
Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat pengganti ayah dia dulu.
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.
Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.
Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Follow & See First ? Mohd Fhais supaya anda tak terlepas tips dan info tentang kekeluargaan, keibubapaan dan hubungan suami isteri di wall saya setiap hari.
MW: Pesanan buat para suami, usah mengeluh dan rajin-rajin lah menolong isteri dalam urusan rumahtangga. Ia bermakna isteri percaya dan menunjukkan suami seorang yang boleh diharap.Semoga rumahtangga yang dibina harmoni dan berkekalan hingga ke syurga!
Seni melipat kertas atau Origami ini asalnya dari Jepun dan berkembang menjadi satu seni moden. Ada yang diperbuat dari kertas malah kain membentuk flora dan fauna yang bersegi-segi.
Ianya satu hasil kerja yang berseni, tapi ketika mak-mak bermain dengan anak-anak, kita layankan saja bentuk-bentuk yang anak hasilkan. Puan Hayati Nawawi berkongsi 9 kebaikan aktiviti Origami bersama anak-anak.
Bentuk Perkembangan Anak-anak
Origami adalah seni melipat kertas yang berasal dari negara Matahari Terbit. Seni origami sebenarnya banyak membantu perkembangan anak-anak. Membuat origami bersama anak -anak bukanlah kita mencari kesempurnaan. Tetapi asas kepada proses anak-anak melembut dan melakukan gerak-geri halus.
Sebagai permulaan membantu ibu bapa melipat kain baju juga adalah latihan awal sebelum di ajar origami. Biasakan anak-anak melipat kain baju seawal umur 3 tahun.
Kelebihan Origami
Ini antara kelebihan beraktiviti dengan anak dengan melakukan aktiviti origami
Origami mengajar anak untuk mengendalikan bahan yang halus dan rumit dengan berhati-hati. Seni lipatan origami ini memahirkan tangan anak-anak untuk melipat dengan sabar dan berhati-hati bagi membolehkan lipatannya berhasil menjadi objek yang diingininya.
Origami mengajar anak keseimbangan dan simetri. Lipatan-lipatan origami memerlukan latihan agar anak-anak mahir melipat dan memastikan lipatan tersebut betul-betul simetri bagi menghasilkan objek yang sem[urna.
Origami meengajar anak ilmu matematik berkaitan geometri, setengah , seperempat bentuk dan saiz. Sambil kita menjalankan aktiviti ini bersama anak, ringan-ringankanlah mulut kita untuk bersembang dan menerangkan kepada anak-anak akan proses tersebut.
Membuat origami adalah salah satu cara mendidik anak melaksanakan sesuatu tugasan itu dengan tertib dan sempurna. ‘Step by step’ cara lipatan tersebut harus di ikut sehingga sempurna terhasilnya objek tersebut.
Walau macamana jua hasilnya hasil daripada lipatan mereka. Biasanya kita akan lihat keterujaan dan kesungguhan mereka. Hasil yang indah pada pandangan mereka hasil dari lipatan tersebut pasti menjadi keseronokan. Lebih-lebih lagi jika mendapat pujian dan kata-kata semangat darui ibu bapa.
Prosedur, tahap demi tahap dalam membuat lipatan tersebut secara tak langsung mengajar anak disiplin dan mengikut peraturan.
Kreativiti yang terhasil daripada aktiviti lipatan kertas origami ini mampu membentuk ketrampilan, kreativiti dan imaginasi anak-anak.
Origami memiliki bahasa pendidikan yang menyeluruh @ universal, mudah di fahami dan disukai orang diseluruh dunia dari pelbagai budaya, agama dan status sosial.
Origami juga boleh dijadikan aktiviti santai bersama keluarga atau kawan-kawan
Boleh Cari Origami Di..
Aktiviti origami ini tidak memerlukan kos yang mahal.
Saya biasa membeli kertas origami ini di kedai Mr DIY atai Daiso di AEON.
Untuk tutorialnya pula saya biasa lihat di Youtube.
Untuk anak-anak kita mulakan peringkat beginner dahulu dengan lipatan-lipatan yang mudah.
Sumber: Blog Hayati Nawawi via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas berpisah ayah tetap perlu tunaikan nafkah pada anak-anak. Walaupun susah berpisah dengan isteri dan bergelar suami tetapi anda masih tetap “ayah” kepada anak-anak.
Jangan sesekali terlupa tanggungjawab ayah-ayah kepada anak ya. Mereka masih berada di bawah tanggungan anda walaupun mereka di bawah jagaan mak mereka. Jangan ambil mudah dan lepas tangan bab nafkah, jika ayah-ayah culas akan disoal kelak di akhirat sana.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami baik-baik iya:
Kita mungkin bukan lagi seorang suami, tapi kita masih seorang ayah…
Ini adalah tanggungjawab yang sering dilupakan lelaki selepas berpisah…
Nafkah anak ini, bukan hanya ketika kita hidup bersama sahaja kita kena bagi, tapi bila sudah tidak hidup bersama, sudah berpisah pun tetap kena tunaikan nafkah anak ini sebab hukumnya adalah WAJIB…
Dalam jagaan atau pun bukan dalam jagaan, nafkah ini tetap kena bagi… Apa yang dimaksudkan dengan nafkah anak?
Makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan mengikut kemampuan kita…
Tak ramai lelaki yang masih meneruskan kewajipan ini setelah berpisah… Ramai yang lepas tangan dengan beranggapan, si anak dalam jagaan ibunya, maka ibunya lah yang perlu menanggung kesemuanya…
Jangan Dilupa Tunaikan Nafkah Anak
Bila bekas isteri tidak menuntut nafkah ini, maka nafkah ini terus dilupakan si ayah…
Ada yang menuntutnya di mahkamah, sudah kluar arahan untuk tunaikan sekian-sekian nilai, tapi culas…sekejap bagi, sekejap tak bagi…
Sesuatu yang diwajibkan dalam Islam, bila tak buat, hukumnya adalah BERDOSA…
Banyak mana pun amalan yang kita buat, kalau di akhirat nanti ianya ditimbang dengan “dosa” ini, dan jika dosa tidak menunaikan nafkah anak ini lebih berat daripada amalan yang kita buat, maka agak-agaknya di manakah pengakhiran untuk kita…
Renung-renungkan…
MW: Jangan jadikan perpisahan anda dengan bekas isteri memerdekakan seorang ayah daripada tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak-anak. Memberi nafkah kepada anak-anak adalah wajib dan jika tidak ditunaikan berdosa. Ingat tu!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!