Kalau Betul-Betul Nak Diet, Elak Ambil 6 Bahagian Ayam Ini

Share

Berat badan semakin bertambah. Macam-macam cara digunakan untuk turunkan berat badan. Sampaikan langsung tak ambil nasi dan fokus pada makanan sihat. Menu untuk diet pula, ambil ayam atau lauk pauk sahaja.

Bercerita tentang ayam ini, semua orang memang suka makan ayam. Ada juga yang suka bahagian tertentu. Contohnya, bahagian yang banyak tulang atau ada juga suka bahagian isi. Malah, ada bahagian organ dalaman yang menjadi kegemaran.

Walau bagaimanapun, kena ingat! Bagi anda yang nak serius untuk berdiet dan turunkan berat badan, mesti awasi bahagian ayam tertentu. Bimbang nanti bukan semakin kurus tapi bertambah gemuk.

Dikatakan bahagian ayam yang terbaik untuk anda yang ingin berdiet dan boleh dimakan adalah bahagian dada. Ini kerana ia memberi protein yang tinggi dengan kalori dan lemak yang sangat rendah.

Jadi, kalau nak betul-betul diet dan turunkan berat badan, pastikan anda elak daripada mengambil 6 bahagian ayam ini. Antara perkongsian oleh Hisyamlois Health Consultant yang boleh dijadikan panduan bersama.

Elakkan 6 Bahagian Ini

Sesetengah bahagian ayam mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Antara bahagian ayamnya ialah:

1. Paha ayam

2. Tongkeng


3. Kepak

4. Kaki

5. Kulit

6. Organ Dalaman

Boleh dikatakan inilah bahagian yang paling digemari. Jadi, mulai sekarang kalau nk pastikan berat badan turun, kurangkan atau langsung tidak mengambil bahagian ini

MW: Moga ia memberi manfaat dan selamat berdiet.

Sumber: Hisyamlois Health Consultant

IKLAN