Ads

Kalau Ada Anak Buah Masih Kecil Tanpa Ayah, Ambil Peduli Bukan Sekadar Wang Ringgit Tapi Termasuk Didikan

anak buah
anak buah

Kalau ada anak buah masih kecil tanpa ayah, ambil peduli bukan sekadar wang ringgit tapi termasuk didikan.

Dalam kehidupan semakin mencabar, ada yang kais pagi makan petang. Adakala tidak makan. Ada anak-anak yang tidak sekolah. Ada yang bekerja di bawah umur. Apa tindakan yang sepatutnya? Okay, jemput baca perkongsian daripada saudari Farizal Radzali ini dan kita sama-sama pikul tanggungjawab yang sebaiknya.

Kalau Ada Anak Buah Masih Kecil Tanpa Ayah

Kalau Ada Anak Buah Masih Kecil Tanpa Ayah, Ambil Peduli Bukan Sekadar Wang Ringgit Tapi Termasuk Didikan

Bila ditanya mana ayahnya? Ada yang dah meninggal. Ada yang masuk penjara. Masuk pusat serenti. Ada yang hilang. Ada yang ketagih dadah. Bila ditanya mana keluarga dia. Katanya keluarga dia susah. Bila ditanya mana keluarga suami.

Jawapannya mereka tak ambil tahu. Pernah cuba dihubungi tapi kena marah, kena perli. Contoh ayat,

“Dah tau adik aku tu penagih, kau nak jugak kahwin dengan dia kenapa? Kau la yang cari pasal.”

Pesanan buat para lelaki. Jika anak lelaki atau adik-beradik lelaki kalian:

1. Sakit teruk yang tidak membolehkan dia mencari nafkah untuk keluarganya, atau meninggal dunia.

2. Berada di tempat yang membataskan pergerakannya (contoh masuk penjara), atau tak bertanggungjawab.

3. Dia masih ada atau meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Ads

Ambil Peduli Bukan Sekadar Wang Ringgit Tapi Termasuk Didikan

Kalau Ada Anak Buah Masih Kecil Tanpa Ayah, Ambil Peduli Bukan Sekadar Wang Ringgit Tapi Termasuk Didikan

Tanggungjawab menanggung isterinya (sepanjang iddah jika cerai hidup & cerai mati) dan anak-anaknya sehingga habis persekolahan, adalah di bawah tanggungan anda.

Andai anda juga susah dan tak mampu, mohonlah kepada isteri dan anak-anaknya untuk halalkan tanggungjawab yang dilepaskan tersebut.

Jika mampu, tanggunglah anak-anaknya. Jangan duduk diam buat tak tahu. Atas alasan, aku pun susah. Aku pun ada keluarga nak ditanggung. Ehhhhh apasal aku pulak??

Kepada para isteri yang suaminya berada dalam kategori di atas, jangan larang suami bantu menanggung anak-anak saudara mereka, sebab itu tanggungjawab dia selagi dia mampu.

“Awak yang kerja susah siang malam, apasal nak tanggung anak-anak dia pula? Anak-anak kita pun tak tertanggung. Suruhlah adik beradik awak yang lain tu tolong. Eh, apasal awak pulak kena tolong, mak dia kerja biarlah mak dia yang tanggung anak-anak dia.”

Ads

Jangan ya.
Suami kita dah salah,
Jangan kita pun ikut salah.

Ada sahaja para balu yang mampu hidup sendiri dengan anak-anaknya, tapi bukan bermaksud mereka perlu terus di’buang’ dari keluarga. Andai tak dihalalkan di dunia, susah nak jawab kat akhirat nanti. Hak anak yatim, jangan nafikan.

Hilang Tempat Bergantung

Kalau Ada Anak Buah Masih Kecil Tanpa Ayah, Ambil Peduli Bukan Sekadar Wang Ringgit Tapi Termasuk Didikan

 

Anak yang kematian ibu, belum dipanggil anak yatim. Sebab tanggungannya adalah di bawah bapanya bukan ibunya. Dia masih ada tempat bergantung.

Ads

Seorang anak akan menjadi yatim setelah kematian bapanya. Kerana dia hilang tempat bergantung. Maka tanggungannya akan jatuh kepada datuk & adik beradik lelaki sebelah bapa.

Maaf cakap ya. Risau tengok sekarang, bila suami tak mampu (sakit atau tak bertanggungjawab), keluarga sebelah suami menjauhkan diri. Buat tak tahu. Ada isteri yang melarang suami mereka ambil tahu, kononnya jangan campur tangan hal rumahtangga orang lain.

Kebiasaannya, kalau terjadi apa-apa kat keluarga macam ini, keluarga sebelah isteri yang banyak membantu, walau mereka pun susah. Sedang keluarga di sebelah suami hidup senang lenang. Siap canang kat medsoc tentang percutian dan makan mewah.

Lagi satu, jika ada adik beradik perempuan yang belum berkahwin, jangan lepaskan tanggungjawab walau dia dah besar dan ada duit sendiri.

Jangan cakap “Alah, dia dah besar, pandai-pandai dia lah.”

Tanggungjawab itu bukan sekadar wang ringgit, tapi didikan dan sikap ambil tahu. Sekurang-kurangnya tanya khabar. Tak perlu tunggu raya atau kenduri atau berjumpa baru nak tanya ‘kau ok ke’.

Ini hukum agama, bukan hukum suka-suka.

Begitulah sebaiknya kita perlu bertindak dalam hal keluarga, semoga perkongsian ini dapat membuka hati sesetengah pihak yang masih ragu-ragu untuk menolong anak buah sendiri yang perlukan ‘tangan-tangan’ yang sudi.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

10 Tahun Baru Tukar Cat, Aliff Syukri Akui Kos RM250,000...

Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!