Dalam dewan penuh kegembiraan meraikan kejayaan para graduan, langkah seorang kakak menaiki pentas dengan hela nafas yang tertahan telah membuatkan ramai tersentuh.

Wan Aishah Wahidah, 24, terpaksa menggagahkan diri menerima skrol ijazah milik adiknya, Allahyarham Wan Adlin Nadhilah Wan Nasrul Hakim, yang pergi menghadap Ilahi hanya beberapa hari sebelum hari paling dinantikan dalam hidupnya.

“Kaki terasa sangat berat… terketar, tapi saya tetap teruskan juga naik pentas ambil skrol arwah adik”

Perjalanan dari Alor Setar ke Bangi dirasakannya sangat panjang, seolah-olah setiap kilometer membawa kembali detik pilu menerima berita pemergian adik tersayang pada 15 November lalu.

“Saya gementar… sangat gementar. Sepanjang perjalanan pun rasa tak tentu arah. Bila teringat saat terima berita kematian dia… saya jadi kaku. Masa tu tak rasa apa sebab terlalu terkejut,” luahnya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-53 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Dewan Tun Abdul Razak.

Aishah hadir sebagai wakil untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan bagi pihak adiknya yang berusia 23 tahun.

“Kaki terasa sangat berat… terketar, tapi saya tetap teruskan juga naik pentas ambil skrol arwah adik”

Ads

Adik Sebilik, Teman Paling Dekat

Bagi Aishah, pemergian Wan Adlin bukan sekadar kehilangan seorang adik, tetapi kehilangan teman sebilik sejak kecil, tempat bercerita, bergurau dan berkongsi segala rasa.

“Kami memang rapat… tidur sebilik sejak kecil. Kali terakhir jumpa dia sebulan lalu masa satu keluarga hantar saya ke Alor Setar untuk praktikal.

“Malam sebelum kejadian, kami sempat bermesej. Saya tanya pasal skincare saja… tapi dia tak balas. Sampai pagi pun tak dibalas. Saya tak sangka itu ‘perbualan’ terakhir kami,” katanya dalam nada yang tertahan.

“Kaki terasa sangat berat… terketar, tapi saya tetap teruskan juga naik pentas ambil skrol arwah adik”

Ads

Kini, kepulangan ke rumah menjadi satu episod baru yang sangat menyakitkan.

“Balik rumah… bilik tu sepi. Baju dia, make up dia semua masih ada. Sekali pandang pun terus terbayang dia. Saya memang belum kuat nak tengok semua tu,” ujarnya.

Kasih Ibu Yang Tak Pernah Putus

Ibu Allahyarham, Fatin Sharina A. Halim, 46, turut memendam rasa yang sukar diterjemahkan. Namun atas semangat kasih seorang ibu, beliau tetap hadir ke majlis konvokesyen demi memenuhi cita-cita terakhir arwah yang begitu teruja menantikan hari ini.

Ads

“Kaki terasa sangat berat… terketar, tapi saya tetap teruskan juga naik pentas ambil skrol arwah adik”

“Kami sepakat pilih Aishah untuk naik pentas sebab mereka paling rapat. Saya… saya tak mampu naik. Suami pun sebenarnya tak mahu datang, tapi saya gagahkan diri juga,” katanya sambil beberapa kali menyeka air mata.

Beliau mengakui hubungan dengan arwah sangat dekat.

“Kalau saya outstation, berjam-jam kami bersembang melalui panggilan telefon atau video. Dia anak yang sangat baik.”

Pada minggu lalu, Wan Adlin terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 126 Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, berhampiran simpang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Insiden itu meragut nyawa si bongsu kesayangan keluarga, hanya beberapa hari sebelum hari konvokesyennya.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads