Bukan semua pasangan bertuah dan bernasib baik untuk mempunyai anak sendiri secara semulajadi. Ada yang perlu melalui rawatan kesuburan seperti IVF untuk mendapatkan anak. Namun demikian potensi untuk menentukan kejayaan rawatan IVF ini juga bergantung pada umur seorang ayah.
Satu kajian mendapati bahawa umur seorang ayah memainkan peranan penting bagi meningkatkan potensi mendapatkan anak menggunakan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF), lapor portal berita MailOnline semalam.
Kajian itu dibuat berdasarkan analisis data secara rawak yang diperoleh daripada pihak berkuasa persenyawaan Britain, Pihak Berkuasa Persenyawaan dan Embriologi Manusia.
Pengaruh Besar Peluang Dapat Anak
Analisis yang dilakukan ke atas hampir 19,000 kitaran IVF itu mendedahkan bahawa bagi wanita yang berumur bawah 35 atau lebih 40 tahun, usia pasangan mereka memberi pengaruh yang besar terhadap peluang mendapatkan anak.
Ads
Bagi wanita dalam lingkungan umur tersebut, kadar kelahiran hidup didapati menurun daripada 32.8 peratus (apabila umur ayah di bawah 35 tahun) kepada 27.9 peratus (apabila umur ayah antara 40 hingga 44 tahun).
Sekiranya umur pasangannya melebihi 55 tahun pula, kadar kelahiran hidup terus merosot kepada 25 peratus.
Ads
“Jelas di sini bahawa amat penting agar kita tidak boleh mengambil ringan faktor umur si ayah apabila memberi penjelasan kepada pasangan mengenai hasil rawatan kesuburan.
“Usia seorang wanita sememangnya memainkan peranan terpenting, namun fokus tidak seharusnya hanya diberikan kepada jam biologi jantina itu semata-mata,” kata salah seorang pengarang kajian, Profesor Geeta Nargund.
Mingguan Wanita: Jadi buat pasangan yang berhasrat untuk melakukan IVF diharap jangan berputus asa atas faktor umur. Paling penting berjumpa doktor dahulu untuk lakukan pemeriksaan lengkap.
Sesungguhnya tiada perkahwinan yang dibina ingin berakhir dengan perceraian. Namun jika perpisahan adalah jalan yang terbaik, ada sebabnya tak perlu terlalu yakin sangat bahawa anak-anak pasti ok, faham dan boleh terima sepenuhnya perceraian ini. Ini kerana perceraian mak ayah pastinya menggores hati anak-anak ini dan mampu beri kesan buruk pada emosi mereka.
Bila tengok video temuramah Janna Nick tu, yang dari broken family memang akan faham dan tahu apa yang dirasai. Dia ibarat menyampaikan tentang “hati” dari sudut seorang anak. Dalam masa sama dia tak benci atau salahkan orang tua dia.
Bila bercerai tak perlu la yakin sangat kata everything is ok 100% , anak-anak semua ok je, diorang ok boleh faham boleh terima.
Tapi percayalah mesti akan ada bila sampai “waktunya” hati mereka tu akan mula berkata , persoal dan sedikit iri dengan apa yang mereka dah mula rasa.
Tapi tak terluah bicara.
Walau mulut mereka menidakkan apa yang mereka rasa bila disoal. Tapi dalam diri tu, ada titik pilu yang sebenarnya dia tak suka dengan apa yang jadi dalam hidup dia.
Mungkin ada yang kata ala cerai masa anak kecik takpe je anak tak paham.Jadi kalau cerai masa anak dah besar pasti anak akan 100 peratus terima tanpa ada rasa -ve, tanpa sedih atau tanpa persoal?
Jangan terlalu yakin tentang perasaan yang anak tu “everything is ok” je dengan keputusan.
Ye betul lebih baik cerai kalau itu yang terbaik untuk hubungan yang tak boleh nak ada rasa berkasih sayang lagi. Dari asyik gaduh depan anak tak sudah baik cerai jela dari anak tengok perangai buruk mak bapak.
Tapi tuan puan, sebagusnya bila bercerai sila la baik-baik je perangai & sikap walau dah jadi “bekas”.Bukan dengan cara bermusuh, letak anak-anak dekat rumah atok mereka, abaikan nafkah, abaikan tanggungjawab, mengaibkan pasangan dekat semua orang.
Yang tau je tau macam mana kesan buruk dekat mental bila dari broken family.Anak-anak yang dibesarkan dengan sikap mak bapak yang buruk, bergaduh sentiasa , bukan dibesarkan dengan kasih sayang, tak tunjuk sisi agama yang baik, tapi lebih dengan kekasaran disebabkan benci pada pasangan masing-masing?
Teruk kesannya tuan puan.
Sebab tu kena jaga tingkah laku bila ada masalah dengan pasangan. Jaga mulut jaga percakapan jaga tindakan.Bukan ditunjuk semua depan anak-anak.
Jangan ingat anak-anak yang kecil bila mereka dah besar nanti mereka lupa dengan segala perkara pahit sedih mereka lalui.Akan jadi parut dalam diri dan dibawa hingga mereka dewasa. Percayalah. Ada kesannya.
Dan yang tau je tau macam mana rasa sakit, sedih, irinya tengok keluarga orang lain boleh gembira sama-sama, raya sama-sama, makan di kedai sama-sama, ambil gambar lengkap sama-sama tersenyum gembira.
Tapi “kita” cuma tengok je & syaitan pun bisik “Kesian kau kan, kau tak macam diaaa… “ “Kesian kau kan, family kau tak macam tuu “
Dan sejuta kali lah anak-anak ini pujuk diri sendiri ” Dugaan hebat untuk orang yang hebat “ ” Sabar … Sabar… “ ” Jangan sedih… “
Aku juga dari broken family. Tidak membenci emak atau ayah. Tapi sejujurnya beri kesan pada mental aku.Dulu aku takut nak kawen , takut gagal macam mak ayah aku.
Aku tak suka dengar anak nangis. Sebab dulu aku dah biasa kena pukul teruk, kena pijak belakang badan, tak rasa disayang bila dididik cara macam tu.
Tapi aku tau , sebab “masalah” mereka , aku cuma jadi tempat luah emosi. Mental abuse
Allah baik , dia bagi aku anak tak kuat menangis. Sebab bila anak menangis sesekali pun aku dah mula trigger “something”. Tak pernah Nayla menangis lebih 1 minit sepanjang aku jaga dia. Syukur.Allah pun tau , kalau aku dapat anak kuat menangis mesti aku boleh jadi “gila”.
Mak bapak bergaduh , tapi yang anak sulong ni jadi mangsa. Mental aku banyak corrupt. Aku jadi introvert teruk. Tak suka nak bergaul dengan orang. Circle aku kecik.
Aku jadi pendiam. Tak reti berbual rancak walau dengan parent sendiri. Sebab bila pandang mereka aku akan terimbas-imbas nampak perkara yang lama.
Mak ayah dah berpisah , aku lega.Tapi tak sepenuhnya lega sebab ada “something” tak boleh move on dari dalam ni.
Susah.. sangat susah..
Susah nak lenyapkan
Nak sangat pergi umrah , nanti kat sana aku nak mengadu puas puas nak mintak Allah lenyapkan ” rasa terpendam” tu dan minta kurnia bahagia dengan suami dan anak sepanjang hayat.
Sebolehnya taknak anak rasa apa aku rasa.Biarlah anak dibesar dengan kasih sayang & lebih sempurna dari ku. Diberi didikan yang baik dari kami suami isteri.
Orang lain tak lalui, mungkin takkan FAHAM.
Walau mereka buat buat FAHAM.
-omma-
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat suami isteri, selagi perkahwinan boleh diselamatkan berusahalah pertahankan rumahtangga demi masa depan anak-anak. Namun jika perpisahan adalah jalan terbaik, jagalah hubungan baik dengan bekas pasangan. Jangan sesekali mengambil ringan dan yakin anak-anak mudah terima dan boleh faham keadaan apabila mak ayah bercerai, keran lukanya pasti ada.
‘Panjat bonet kereta, tangkap suami curang.’ Tindakan nekad, bila hati seorang wanita disakiti. Begitulah wanita bila suami curang sanggup lakukan apa saja.
Kadang-kadang terlalu nekad hingga tidak mampu berfikir panjang hingga membahayakan keselamatan sendiri. Semoga wanita ini baik-baik saja dan urusannya dipermudahkan.
Sebuah klip video tular di media sosial Vietnam kerana memaparkan tindakan nekad seorang isteri memanjat bonet sebuah kereta kerana mahu menangkap suaminya yang curang, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di wilayah Thai Nguyen, utara Vietnam.
Rakaman menunjukkan seorang wanita berbaju ungu memberhentikan sebuah kereta merah lalu memanjat ke atas bonet kenderaan tersebut.
Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar suami dan perempuan simpanannya di dalam kereta.
Melihat tindakan wanita itu, polis tempatan segera campur tangan dan memintanya turun daripada bonet kereta.
Wanita itu turun dan memohon maaf kepada polis. Dia memaklumkan bahawa dia ingin merakam gambar sebagai bukti suaminya curang.
Dia juga menunjukkan sijil perkahwinan yang membuktikan bahawa lelaki di dalam kereta itu adalah suaminya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Mesti hancur perasaan kakak itu,” kata seorang netizen.
“Walaupun beremosi, masih tetap tenang,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Jangan dikutuk tindakan wanita ini. Mungkin akibat terlalu geram dan sakit hati, dia bertindak senekad itu untuk mempertahankan haknya.
Ternyata Allah lebih menyayangi Nurafiamikayla, tempoh tiga tahun tentu dirasakan terlalu singkat apabila anak yang dibelai sepanjang masa kini sudah tiada di depan mata.
Perkongsian pengguna TikTok, melissajefri iaitu ibu kepada arwah adik Afia meruntun hati semua orang apatah lagi melihat wajah comel yang tidak berdosa ini akhirnya pergi buat selamanya setelah mempunyai masalah kesihatan sejak dilahirkan.
Menurut ibunya, arwah mempunyai masalah saluran jantung sempit dan terbalik sejak dilahirkan lagi. Namun siapa sangka, walaupun pembedahan yang dilaluinya berjalan lancar.
Tetapi ternyata Allah lebih sayangkan dia dan tanggal 16 Julai yang lalu, adik Afia pergi buat selamanya. Benarlah, ajal dan maut di tangan Tuhan, kita sebagai hamba-Nya harus reda dengan Ketentuan-Nya.
Apa yang membuatkan hati semua orang lebih tersentuh apabila anak kecil ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Rata-rata netizen mendoakan agar ibu dan ayah Adik Afia kuat menerima takdir ini. Sesungguhnya kehilangan anak bukanlah sesuatu yang mudah ditelan oleh ibu bapa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Mingguan Wanita : Salam takziah dan semoga ibu dan ayah Adik Afia terus kuat menempuh hari-hari mendatang tanpa Afia di sisi. Al-Fatihah.