Setelah seharian bekerja, melakukan perbagai urusan, waktu tidur adalah saat yang paling dinantikan untuk memulihkan kembali keletihan. Waktu tidur merupakan waktu yang penting dalam kehidupan ia adalah waktu rehat terbaik untuk proses penggantian sel badan.

Ada yang selesa tidur dalam posisi meniarap, terlentang, tangan disisi, peluk bantal, menyilangkan kaki, bergaya bebas dan sebagainya.Rupanya posisi gaya tidur, juga dapat menentukan personaliti sebenar seseorang.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Penilaian dan Penasihat Tidur, Professor Chris Idzikowski, posisi semasa tidur banyak menceritakan tentang personaliti diri seseorang.

Berikut adalah antara posisi semasa tidur dan hubungannya kepada personaliti individu itu:

1. Melengkung Seperti Bayi

Mereka yang tidur dalam keadaan ini memberi rasa selamat semasa tidur. Individu yang tidur dalam posisi ini dikatakan sensitif dan sukar ditafsirkan. Mereka pemalu pada pertemuan pertama, namun sebenarnya peramah dan senang untuk berborak.

2. Tidur Kedua Tangan Di Sisi

Anda mungkin seorang yang senang, sosial dan mudah percaya orang tidak dikenali. Akibatnya, anda senang ditipu oleh sesiapa sahaja.

IKLAN

3. Tidur Peluk Bantal

Dikatakan mereka yang tidur peluk bantal adalah orang yang penyayang, romantik dan menghargai setiap hubungannya sesama insan.

4. Tidur Meniarap

Tidur seperti ini boleh mendorong kepada sakit belakang. Individu yang tidur dalam keadaan ini dikatakan tegas dan rumit. Mereka berani dalam banyak perkara, tetapi sukar juga menerima kritikan dan sensitif.

IKLAN

5. Tidur Tegak Bagaikan Askar

Tidur dalam posisi ini menunjukkan anda seorang yang pendiam, dan ada pendirian sendiri.

6. Tidur Gaya Bebas

Juga dilabel sebagai ‘tidur buas’, individu dengan tidur gaya bebas ini merupakan orang yang aktif dan tidak terikat dengan mana-mana perkara dalam hidup. Anda gemar melakukan apa sahaja, asalkan ia membahagiakan anda.

IKLAN

Selain daripada enam gaya tidur yang popular diatas, ada banyak lagi posisi tidur dan penerangan personaliti individu tersebut seperti yang diterbitkan dalam kajian Sleeping Position Personality Analysis.

Baca Lagi Di Sini:
Isteri Penat Guna Emosi, Mental, Sebab Itu Suami Kena Pastikan Isteri Cukup Tidur

Suami ‘Sedekahkan Masa’ Untuk Isteri Tidur 20 Minit, Bagi ‘Recharge’ Tenaga Dan Emosinya

Bimbang, Andai Tak Bangun Semula Esok, Neelofa Buat 4 Amalan Ini Sebelum Tidur

MW: Tak sangka rupanya gaya posisi tidur pun boleh terangkan personaliti seseorang tu bagaimana. Tak kisahlah tidur macam mana pun, yang penting sebelum tidur amalakan doa dan adab-adab tidur terlebih dahulu.

Sumber: EraFM, Reader’s Digest, Kaodim