kidal

Agak mengejutkan apabila individu bertangan kidal dikaitkan berisiko mengalami masalah mental. Satu kajian ke atas orang ramai yang menggunakan tangan kiri atau kidal mendapati, mereka cenderung untuk mengalami penyakit mental yang teruk atau skizofrenia.

Menurut kajian yang diterbitkan jurnal Sage Open itu, sebanyak 40 peratus individu bertangan kidal mengalami masalah mental.

Penyelidik dari Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS), Dr Jadon Webb, berkata, keputusan daripada kajian institusi itu menunjukkan, mereka yang bertangan kidal merupakan antara pesakit yang mengalami gangguan mental.

Bagaimanapun, hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk dunia bertangan kidal.Antara kenamaan dan selebriti yang kidal adalah Putera William, Presiden AS, Barack Obama; Perdana Menteri Britain, David Cameron; Nicole Kidman dan Angelina Jolie.

IKLAN

Kajian Dedahkan Individu Bertangan Kidal Risiko Alami Masalah Mental!

Masalah Skizofrenia

Seorang pakar sakit jiwa, Nick Craddock dari Universiti Cardiff berkata, kaitan antara penggunaan tangan dan gangguan mental dapat membantu penyelidik memahami perkembangan dan sambungan dalam otak berhubung masalah skizofrenia.

IKLAN

Jelas Craddock lagi, ia adalah satu permulaan yang penting untuk membangunkan rawatan yang lebih baik.

IKLAN

“Selain itu, kajian tersebut dapat membuktikan bahawa penyakit psikiatri yang teruk seperti penghidap skizofrenia mempunyai asas fizikal yang sebenar di dalam otak dan badan, dan bukan semuanya ‘di dalam minda’,” katanya.

Bagaimanapun di sebalik kaitan itu, kebanyakan penghidap penyakit skizofrenia bukanlah mereka yang bertangan kidal dan kebanyakan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit itu.

Sumber: Utusan, healthline, TIME

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI