jus ini mampu bantu singkirkan lemak degil di hari raya

Mak ai! Baru sehari dua beraya, berat badan dah naik berkilo? Sesuatu yang ‘mengerunkan’ bagi kebanyakan daripada kita, tak kira lelaki atau wanita.

Ya, antara masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang selepas raya ialah berat badan yang makin bertambah! Ada yang berjaya menurunkan berat badan ketika berpuasa, tapi sebaik saja tiba Syawal, berat kembali meningkat bahkan ada yang berganda daripada berat asal.

Perlu Bijak Pilih Diet Tepat

Aduh, pening dibuatnya. Dalam mengamalkan diet, kena bijak memilih jenis diet yang sesuai dengan diri sendiri dan jangan sesekali mengikut orang lain. Apa kata anda cuba tiga jus berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengikis lemak daripada menempel di badan anda! Lagi selamat dan belanja pun lebih murah…

Amalkan Tiga Jus Ini Untuk Bantu Singkir Lemak Degil Selepas Raya

Jus Lobak Merah

Bahan-bahan:

2 batang lobak merah
1 biji limau nipis
1 sudu teh jus lemon
1 inci halia – kupas
50 ml air masak

Cara Membuat:
1. Cuci lobak merah dan limau nipis hingga bersih, kupas lobak merah dan potong dadu.
2. Masukkan ke dalam pengisar minuman.
3. Kupas limau nipis, buang biji dan masukkan dalam pengisar minuman. Masukkan air.
5. Tambahkan 2-3 titik jus lemon.
6. Masukkan halia dan kisar semuanya hingga halus.
7. Tapis dan buang hampasnya.
8. Jus sedia dinikmati. Tambah ais jika ingin sejuk. Ia sangat tinggi serat dan bahan-bahannya mengandungi antioksidan yang dapat membantu kita dalam detoksifikasi tubuh dengan sangat cepat.

IKLAN

Amalkan Tiga Jus Ini Untuk Bantu Singkir Lemak Degil Selepas Raya

Jus Peria

Bahan-bahan:
2 biji peria katak (buang isi, cuci bersih)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan madu
1 gelas air suam

Cara Membuat:
1. Siapkan semua bahan, potong kecil-kecil peria kemudian kisar halus.
2. Kemudian masukkan serbuk kunyit, madu dan air, kemudian kisar lagi.
3. Tapis dan tuang ke dalam gelas.
4. Minum secara rutin setiap pagi atau malam sebelum tidur. Nutrisi yang terkandung di dalam peria sangat baik untuk menghilangkan lemak dalam tubuh. Kunyit dan madu pula bermanfaat meningkatkan sistem metabolisme tubuh.

Amalkan Tiga Jus Ini Untuk Bantu Singkir Lemak Degil Selepas Raya

IKLAN

Smoothies Bayam

Bahan-bahan:
1 mangkuk daun bayam hijau segar
1 batang lobak merah
1 gelas ais
2 sudu makan madu

Cara Membuat:
1. Ambil satu mangkuk daun bayam segar dan lobak merah. Cuci bersih.
2. Kisar halus menggunakan pengisar minuman.
3. Masukkan ais dan kisar lagi.
4. Setelah itu, untuk menambah kesedapan, tambah sedikit madu di dalamnya.
5. Sedia dinikmati.

Jaga Apa Minuman Yang Diminum!

Dipetik daripada laman boldsky.com, selain menjaga pemakanan ketika diet, perlu juga mengambil berat tentang apa yang diminum. Ada beberapa minuman enak yang dipercayai boleh membantu anda sukses dalam diet. Antaranya:

IKLAN

1. Air Putih
Daripada semua minuman, air putih adalah minuman paling sihat. Ini juga kaya akan nutrisi yang membantu tubuh sentiasa fit dan berat badan terjaga dengan baik. Minum air putih membantu tubuh terhindar daripada risiko dehidrasi. Tapi ingat, mengambil air putih berlebihan juga tidak bagus buat kesihatan.

2. Kopi
Minuman kedua yang berkesan membantu mengurangi berat badan adalah kopi. Meski pun tidak melakukan apa-apa aktiviti, setelah meminum kopi, kalori pada tubuh mampu terbakar dengan sendirinya. Kopi yang boleh diminum untuk program diet disarankan tidak lebih daripada 400 mg setiap hari.

3. Teh Hijau
Sejak zaman dulu, teh hijau menjadi minuman utama yang dipercayai sangat menyihatkan. Teh hijau juga kaya manfaat dan mampu menjadi ubat. Para pakar bahkan percaya dengan meminum teh hijau secara rutin dengan jumlahnya tepat, dapat membantu mengurangi berat badan yang berlebihan.

4. Cuka Epal
Studi yang dilakukan di Jepun menyatakan, jika mengambil satu sudu makan cuka epal yang dicampurkan dengan segelas air putih suam, akan membantu menjayakan program diet. Ia juga menyihatkan sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisme tubuh. Semoga informasi ini bermanfaat dan selamat menjalankan diet sihat lagi tepat ya.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI