Barangan lama yang dah usang, jika kreatif dan pandai membaik pulih hasilnya memang sangat cantik dan masih boleh digunakan. Seperti gerobok lauk ni, bila baik pulih dan cat hitam, terus nampak elegan dan berseri. Jika ada almari di rumah, boleh jadikan idea yang dikongsikan oleh Encik Alied Wahabini sebagai rujukan.
Projek PKP 3.0. Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni”. Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat dihati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.
Cara-Caranya:
1. Saya buang jaring, bersihkan bersawang.
2. Saya letak filler tutup aib yang ada.
3. Sander dengan kertas pasir bagi halus.
4. Saya buat para rak dalam almari tu
5. Saya cat dengan warna hitam mati (Timber shade)
Info Ekstra!
Bahagian bawah kaki almari saya ada potong sikit, lepas ganti dengan rubber beli di Shopee.
Saya akan letak cermin, buat masa ni PKP kedai cermin tutup lagi.
Pemegang pintu juga beli di Shopee.
Shelf dalam tu beli dekat hardware, kayu solid. Rm45 sepapan, panjang 12 kaki. 2 papan juga untuk gobok ni.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau ada almari lama dekat rumah boleh baik pulih ikut idea dan tip yang dikongsikan ini. Terus nampak lawa macam baru beli.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Sekejap sahaja dah masuk pertengahan Ramadan, tak lama lagi kita nak beraya. Memang setiap kali tibanya Ramadan rutin harian mak-mak ini bertambah busy. Kalau dahulu lepas Subuh baru bangun, segelintirnyalah sebab ada di kalangan mak-mak yang memang jenis 4.30 pagi dah bangun sediakan keperluan keluarga.
Disebabkan rutin yang berubah ini buatkan mak-mak mengalami keletihan melampau hingga satu tahap letak jer kepala, terus terlelap. Oleh itu akan berlakunya kejadian tragis apabila tak terbangun sahur. Kadang-kadang dah set alarm di tiga hp berbeza, tetapi tetap juga tidak terjaga. Kejadian ini bukanlah selalu tetapi mungkin akan berlaku dua kali dalam sebulan Ramadan.
Tetapi perasaannya hanya Allah yang tahu apabila suami dan anak-anak tak bangun bersahur gara-gara kita tak terjaga. Suami kurang sikit rasa bersalah sebab dia dah besar panjang. Tetapi bila tengok muka anak memang rasa kasihan. Lagi-lagi anak yang baru belajar puasa, dari selalu ceria bermain, boleh tidur meniarap gara-gara tak makan sahur.
Kala itu bermain di fikiran, suruh jelah anak berbuka. Kasihan. Tetapi tidak semua kanak-kanak mahu tinggal puasa, jadi berterusan lah sampai ke waktu berbuka dia menjadi lembik macam kain buruk.
Tak bangun sahur satu hal, terlupa masak nasi waktu berbuka satu hal. Mak-mak kan banyak benda nak fikir, kadang-kadang dah masak nasi, lupa pula tekan suisnya. Time nak hidang makanan, baru tersedar bila senduk cecah air dalam periuk nasi.
Sebenarnya kejadian-kejadian tragis ini berlaku sebenarnya nak menguji sejauh mana kesabaran kita dalam berpuasa. Tak ke gitu, nak menutupi rasa bersalah sebenarnya. Hahaha… time tulah nak tengok suami dan anak-anak mampu tak berpuasa tanpa bersahur. Kalau mampu, kuatlah imannya. Begitu juga kala berbuka bila nasi belum masak, sabar tak suami telan air dahulu. Paling penting setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, mak-mak pun sering lakukan kesilapan tanpa sengaja. Maafkan ye, salam 0-0.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim Buah Cempedak ni, ramai yang suka goreng cempedak untuk minum petang. Bukan apa, kalau nak beli cempedak goreng ni, boleh tahan mahal harganya. Sebenarnya memang lebih jimat dan berbaloi bila goreng sendiri di rumah, puas hati makan.
Ada cara dan resipinya untuk buat tepung bancuhan cempedak goreng yang sedap ni. Berbanding guna air sejuk, guna air biasa pun boleh, serdak kriuk kriuk nya tetap jadi rangup, garing dan tahan lama jika ikut resipi ni.
Mak-mak bolehlah buat untuk makan sendiri di rumah atau pun di buat niaga juga nanti.
Ikut resipi yang digunakan oleh Puan Tiahsa Ariffin ini.
Berapa ramai penggemar cempedak goreng? Kriuk, kriuk kena lebih.
Bahan-Bahan:
5 cawan Tepung beras
3 sudu Tepung jagung
1 biji Telur
Garam sikit
Air + ais (air dalam peti ais pon boleh)
Pewarna kuning
Sedikit air kapur
Cara Membuat :
1. Campur kesemua bahan-bahan dan adun bagi sebati.
2. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Goreng dalam minyak yang cukup panas.
Tip Ekstra!
Kalau tak nak guna ais atau air dalam peti ais, guna air biasa pun boleh, Insha allah jadi juga kriuk-kriuk tu.
Mingguan Wanita : Begini rupanya nak buat adunan untuk cempedak goreng, guna air biasa pun boleh rangup sampai ke petang dan menjadi serdak kriuk kriuk nya. Boleh cuba nanti.
Pesawat bawa aktivis GSF selamat tiba di Istanbul. Sebuah penerbangan yang membawa kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang sebelum ini diserang serta ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Istanbul pada petang Sabtu.