Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tersayang, hasrat pelakon jelita, Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Perkongsian Hannah Adlina Blackburne Birch, 27, dalam Instastory miliknya menyatakan keadaan terkini dirinya di samping perkongsian menyuntik semangat kepada wanita lain yang berhadapan situasi serupa agar tidak patah semangat.
Ads
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah keguguran.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami ramai wanita tetapi tidak dikongsi.”-Hannah Delisha
Sebelum itu, aktres kelahiran Singapura itu memuat naik foto yang menunjukkan dirinya sedang dirawat di hospital, namun tidak mendedahkan sebarang infomasi.
Ads
Hannah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah atau Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 35, pada 18 Februari 2021.
“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini dapat beri kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian,” katanya menerusi aplikasi X.
Menerusi ciapan sama, Hannah turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan dan kekuatan selain berharap dapat bertemu permata hatinya di syurga kelak.
Ads
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati dengan ketenangan. Insya-Allah jumpa di syurga nanti sayang,” tulisnya.
Bahang Ramadan yang bakal menjelang telah memberi inspirasi buat Ratu Rock, Ella melancarkan Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ untuk tahun 2024. Ia merupakan satu penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.
Diinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella sendiri, koleksi ini membawa intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.
“Koleksi ‘Kasih’ terinspirasi dari keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati dari nilai-nilai murni dalam budaya kita, ia membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih,” ujar Ella.
Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu ‘Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gayanya dalam seharian dan menyambut lebaran.
Lebih dari sekadar fesyen, ‘Kasih’ menjadi seruan kepada inti kemanusiaan kita yang bersama. Dalam saat-saat kegembiraan kita, janganlah kita lupa kepada saudara kita di Palestin yang menghadapi tantangan yang menguji keadaan mereka.
Mengusung semangat ‘Kasih’ sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan kita, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.
Kempen kali ini istimewanya menampilkan Ella sendiri bersama-sama dengan suami tercinta Captain Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen ini. Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi ‘Kasih’ sebagai metafora yang mendalam, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, sementara kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.
Kuda – dengan kehadirannya yang kuat dan megah, menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih dari peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan. Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.
Kempen ini bertambah mendalam intipatinya apabila diiring dengan alunan susunan baru bagi lagu Kasih nyanyian Ella sendiri.
Ella menekankan pentingnya untuk mengenang saudara-saudara kita di Palestin yang menghadapi cabaran yang sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.
“Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada saudara-saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai,” ujarnya dengan penuh empati. “Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua.
Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan yang penting di sekitar kita. Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak semua untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.
Koleksi ini mempersembahkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain, semuanya dalam nuansa hitam dan putih, koleksi ini diberi sentuhan yang penuh makna.
Rockqueen ‘Kasih’ Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi ‘Kasih’, kunjungi www.rockqueen.com.my
“Setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia” itulah antara luahan hati dari pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta.
Kes wanita penyondol semakin membimbangkan apatah lagi melibatkan golongan selebriti.
Menurut Che Ta sememang wujud segelintir wanita yang kebulur untuk memiliki hak orang lain dan ada yang sanggup melihat kaumnya sendiri jatuh dan terluka.
“Macam inilah, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas.
“Selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.
“Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda milik suami kita, jadi hati-hatilah.
“Macam saya tiada kawan perempun, semua pondan.
“Jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-duanya.
“Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia,” ujar Che Ta seperti mana dipetik Harian Metro.
Menyentuh tentang kepercayaannya pada suami tercinta, Zain Saidin, Che Ta menjelaskan dia memberi kepercayaan penuh kepada suaminya.
“Saya memang percayakan suami, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga.
“Saya memang tiada masa nak periksa mesej yang masuk dalam telefon suami, tapi Zain sendiri tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan.
“Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu. Tiada penerangan yang saya akan terima,” ungkap Che Ta.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu Aliff Aziz luah rasa sedih, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak tidak dapat ditandingi dengan apa sekalipun. Apa yang berlaku kepada anak lelakinya sememangnya sangat berat. Namun ibu kepada Aliff Aziz serahkan Semua ujiannya kepada Allah.
Terbaru ibu Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil menerusi Insta Storiesnya meluahkan rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap anaknya. Seperti yang diketahui umum, Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Akur dengan kejadian yang berlaku, Siti Hafiza berkongsi luahannya;
“Ada hari akan rasa sedih dan ada hari gembira, jangan putus asa. Apabila hidup susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.
“Anda telah melalui hari-hari yang baik sebelum ini dan anda akan merasainya lagi selepas ini dengan rahmat-Nya,” katanya.
Hafiza turut meluahkan dan percaya doa adalah jalan terbaik merawat segala perkara dihadapi ketika ini. Akurnya berkongsi masalah dialami juga dapat membantu mengurangkan beban di dalam dada.
“Berhenti berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan anda akan merasakan nikmat damai turun ke atas anda. Yakinlah pada Allah.
“Lebih baik bercakap dengan orang tentang masalah anda untuk mendapatkan pandangan dan kepastian mereka. Terima kasih juga kepada Allah atas segala-galanya,” sambungnya lagi.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beradik pelajar vokasional maut langgar MPV rosak di Lebuhraya PLUS Sungai Petani menghala ke Bertam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batas Ubi, Teroi, kira-kira jam 3 petang hari ini.