Kehilangan suami tersayang memberi ‘tamparan’ besar buat penyanyi Nora dalam meniti kelangsungan hidup hari-hari mendatang.Terlalu sukar untuk melupakan insan yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup. Hampir setahun pemergian suami tercinta, penyanyi popular, Nora Ariffin, mengakui masih belum dapat menerima hakikat lelaki yang disayanginya itu sudah kembali menemui Maha Pencipta.
Separuh Jiwa Dibawa Bersama
Bukan menafikan takdir yang sudah ditentukan, cuma kata Nora, pemergian mengejut suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, ketika masih dahagakan kasih sayang dan perhatian membuatkan dirinya dihambat kesedihan.
Perasan luluh dan ralat masih membekas dalam hatinya, malah akui Nora, ada ketika jiwanya terlalu rapuh, terutama apabila perasaan rindu terhadap arwah datang mengetuk pintu hati.
“Jujur saya akui, sampai hari ini saya masih tak percaya arwah sudah tiada. Kenapa semua ini berlaku kepada saya? Bukan menolak takdir, cuma pemergiannya yang mengejut membuatkan saya berasa seperti separuh daripada jiwa turut dibawa bersamanya.
“Selepas pemergiannya, hidup saya berendam air mata sehingga ia memberi kesan kepada daya penglihatan. Bulan depan, genap setahun Johan meninggalkan kami dan tiada satu saat pun saya melupakan arwah.
“Apabila teringat dan perasaan rindu menjelma, selain mendoakan yang terbaik untuknya di alam sana, saya jadikan jubah yang pernah dipakainya sebagai selimut untuk menemani tidur,” tutur Nora perlahan dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Bertemu Dalam Mimpi
Johan yang juga komposer terkenal meninggal dunia pada tanggal 24 Mac lalu, jam 6.30 pagi, akibat serangan jantung. Pemergiannya pada hening Subuh Jumaat itu mengejutkan semua pihak, terutama karyawan dan peminat seni.
Ads
Terpisah dalam dunia yang berbeza, namun kata Nora, mimpi menjadi perantara mereka bertemu, sekali gus meleraikan rindu yang tidak tertanggung.
“Saya selalu berdoa semoga kami dipertemukan dan Tuhan memperkenankan permintaan itu apabila arwah datang dalam mimpi. Arwah memeluk, memberi kucupan dan sering menghadiahkan senyuman. Apabila terjaga, saya anggap semua itu sebagai petanda arwah mahu saya tahu semangatnya tetap menemani, walaupun jasadnya tiada di sisi.
“Dari situ, timbul kekuatan untuk saya bangkit dan berjuang meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta,” cerita pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin ini dalam nada sebak.
Tempoh Edah Fasa Paling Sukar
Walaupun cuba menahan diri daripada menitiskan air mata, Nora gagal melawan kesedihan apabila manik jernih itu gugur juga.
Membiarkan seketika Nora larut dalam emosi sebelum menyambung semula perbualan, bekas pemenang Bintang HMI 1991 ini berkata, tempoh edah adalah fasa paling sukar dalam hidupnya.
Ads
Kata Nora, jiwanya kusut kerana tidak tertanggung dengan bebanan ujian yang dihadapinya ketika itu.
“Sebelum ini, saya banyak bergantung kepada arwah suami dalam pelbagai perkara, terutama dari segi kerjaya. Kini, semuanya saya terpaksa lakukan sendiri, termasuk kerjaya, bisnes dan menguruskan rumah tangga.
“Ia membuatkan saya tertekan. Pernah suatu ketika, terlintas di fikiran untuk saya pergi jauh membawa diri dan tinggalkan anak-anak. Seorang teman bagaimanapun, menasihatkan supaya saya fikirkan anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan yang menjanjikan kebahagiaan sementara,” cerita ibu kepada empat cahaya mata ini.
Promosi Single Terbaru
Kehadiran Nora ke Balai Berita, baru-baru ini, turut membawa hajat untuk mempromosikan single terbarunya, Ada Dalam Tiada, hasil ciptaan Sirkhan Danial dan lirik nukilan Habsah Hassan.
Ads
Cerita Nora, lagu itu terhasil atas saranan Habsah atau lebih mesra disapa Kak Chah dalam kalangan penggiat seni.
“Saya bertemu Kak Chah untuk membincangkan soal royalti kerana ketika itu, saya dalam proses menyiapkan album kompilasi, Tribute Johan Nawawi 30 Tahun. Apabila saya memberitahunya perkara itu, Kak Chah menyarankan supaya merakamkan lagu baharu sebagai pelengkap.
“Lagu ini menyaksikan kali pertama saya bekerja dengan komposer baharu dan muda. Memang seronok kerana kami saling menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun saya penyanyi berpengalaman, dia berhak menegur jika ada kekurangan dalam nyanyian saya. Anggap saja saya seperti orang baharu,” katanya.
Bercerita lanjut, album itu akan memuatkan 29 karya ciptaan Johan, termasuk lagu daripada penyanyi terkenal lain seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Mengikut perancangan awal, album ini sepatutnya diterbitkan tahun lalu sempena sambutan ulang tahun ke-30 Johan dalam bidang seni. Hasrat itu tidak kesampaian dan saya cuba lunaskan juga projek impiannya itu,” kata penyanyi lagu Hanyalah Satu ini.
Buat Nora, semoga terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan ini. Bukan mudah untuk bangkit selepas kehilangan orang tersayang, banyakkan bersabar dan jadikan anak-anak sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.
Macam sudah menjadi satu stigma dan perkara yang menggerunkan bila mentua tinggal dengan menantu perempuan. Tiada keserasian dan selalu ada masalah, tidak bersefahaman antara mereka.
Menantu salahkan mentua dan mentua pula salahkan menantu. Pasti ada saja yang tak kena di mata mentua.
Jangan nak salahkan menantu perempuan semata-mata. Kena tengok juga sikap mentua macam mana terutamanya bila tinggal dengan menantu, barulah nampak ‘true colur’.
Pesanan atok ini boleh dijadikan panduan. Betul apa yang dikatakan. Mentua tinggal dengan menantu kenalah jaga mulut. Nampak menantu salah, semua nak dijaja pada orang luar. Tka perlu buka aib sebab dia jugalah yang jaga anak kita.
Inilah antara pesanan daripada atok yang viral di tiktok tentang tip mentua tinggal dengan menantu. Mungkin menantu lelaki tidak banyak ‘hal’ sebab yang perempuannya anak kita.
Tapi kalau tinggal dengan menantu perempuan, janganlah diceritakan serba serbi kekurangan menantu.
Salah satu mulut tak jaga, ia boleh jadi menantu jadi benci dan marah.
Mingguan Wanita : Kalau dah berlaku dan baru nak ubah, rasanya dah terlambat.
Kurus tak semestinya cantik dan setia. Jadi tak kisahlah isteri tak solid macam model, tapi dia tetap sihat menguruskan rumah tangga dan keluarga. Paling penting dia juga masih setia dan berada di sisi suami.
Tapi jika isteri ada tanam niat untuk kurus, sebagai suami sokonglah jika niat baiknya hanyalah untuk kesihatan diri. Jangan pula perlekehkan cita-citanya untuk kurus.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami sebaiknya :
Saya tak harap isteri kurus, solid macam model… Cukuplah kalau dia sihat walafiat dan masih berada di sisi…
Sudah bertahun dia cuba hendak kurus… Ingat senang ke hendak kurus ni?
Suami Menjadi Punca
“Malam ini abang hendak beli burger, awak nak?”
Tak nak, kolesterol…
“Abang hendak beli nasi lemak, awak nak roti canai?”
Tak nak, banyak minyak…
Bila kita dengan anak-anak makan, dia tak makan… Bila tanya, jawabnya tengah DIET… Tak tahan punya pasal, keluarlah ayat,
“Awak gemuk pun tak apalah yang ooii, jadi besar pun abang ok… Asalkan sihat sudah…”
Terus makan burger, terus makan roti canai…
Stres Suami Tak Membantu
Stres betullah tengok itu tak boleh makan, ini tak boleh makan… Nak beli itu tak nak, hendak beli ini tak nak… Bawa keluar dinner, tapi dia tak order… Sudah kenapa…
“Abang tahu tak yang makan malam boleh membuatkan kita gemuk???
Dia tanya kita pulak… Dia ingat kita kisah?
Kalau nak jaga badan, buat untuk kesihatan diri sendiri… Jangan niat semata-mata sebab tak mahu pasangan LARI…badan solid pun kena tinggal juga dengan lelaki ini…
Sudah nama pun lelaki…
Setiap lelaki berbeza… Ada yang permintaannya hendak isterinya jaga badan, ada yang langsung tidak hiraukan… Asalkan SIHAT dan KEMAS cukup…
Nak gemuk itu senang saja, tapi ingat senang ke hendak kurus? Bagi yang sedang berusaha untuk kurus itu, teruskan usaha anda… Untuk kesihatan anda juga… Nanti bila sudah kurus, jangan pula keluar rumah dengan pakaian menjolok mata… Kurus untuk pasangan, bukan orang awam…
MW: Paling penting, mak-mak betulkan niat untuk kurus. Kurus untuk sihat dan bukannya untuk nampak cantik dan pakai baju ketat-ketat. Kalau untuk suami, insyallah dapat pahala.
Sumber: Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh rujuk post, Firdaus Shakirin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sweetnya pasangan suami isteri jaguh Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo ini. Walau sudah 7 tahun mendirikan rumahtangga, Chong Wei tetap ingat hutang bulan madu yang tak sempat ditunaikan.
“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.”
Salah satu faktor kegagalan bawa isteri ‘honeymoon’ itu disebabkan jadualnya sebagai atlet badminton yang memerlukan banyak latihan dalam menyertai pelbagai kejohanan.
“Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu. Kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa.”
Bagaimana pun bapa kepada dua cahayamata ini, Kingston Lee dan Terrence Lee memaklumkan yang dia akan bercuti bersama keluarganya. Kata Chong Wei lagi, dia mahu tebus semula bulan madu mereka yang tertangguh dan akan meluangkan lebih banyak masa dnegan anak-anaknya.
Chong Wei Akan Rindu Itu Akak Cuci Tandas
Persaraannya itu akan membuatkan dirinya bakal merindui akademi badminton BAM. Malah, orang sekeliling yang banyak menaikkan dirinya sehingga ke hari ini, termasuk pekerja pembersih tandas yang sering ditemuinya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang media terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.”
“Dan saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akak sapu lantai dan staf-staf lain dalam BAM kerana banyak tolong saya.”
“Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia.”
Bagaimana pun, Chong Wei tetap akan menabur baktu dalam sukan badminton selepas bersara.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...