Sebenarnya banyak lagi khasiat dan kebaikan buah yang dikenali dengan nama saintifiknya psidium guajava ini. Buah jambu batu kaya dengan vitamin C, likopena dan antioksidan yang baik untuk kulit. Jambu batu juga kaya dengan mangan yang mampu membantu tubuh untuk menyerap zat-zat lain daripada makanan yang kita makan.

Sifat-sifat antipenuaan

Jambu batu kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan antioksidan seperti karotena dan likopen yang dikatakan mampu membantu melindungi kulit daripada kedutan.

Wajah cerah dan segar semula

Jambu batu dikatakan mampu membantu mengembalikan semula kecerahan dan kesegaran wajah. Ini kerana jambu batu mengandungi sumber vitamin K yang mampu membantu mengurangkan masalah kulit tidak sekata, tompok gelap,  kemerahan dan iritasi akibat jerawat.

Kandungan astringen yang tinggi dalam jambu batu juga dikatakan boleh digunakan untuk menegang dan mengetatkan wajah. Caranya adalah dengan menyapu ramuan daun dan buah jambu muda yang telah dihancurkan pada wajah anda.

Perangsang kekebalan

Tahukah anda jambu batu salah satu buah yang kaya sumber vitamin C? Jambu batu memiliki 4 kali kandungan vitamin C jika dibandingkan dengan oren. Vitamin C membantu memperbaiki kekebalan dan melindungi tubuh daripada jangkitan dan pathogen.

Merendahkan risiko kanser

Likopena, quercetin, vitamin C dan polifenol lain bertindak sebagai antioksidan yang akan meneutralkan radikal berbas yang dihasilkan dalam tubuh, sekaligus mencegah pertumbuhan sel-sel kanser.

IKLAN

Mesra diabetes

Jambu batu kaya serat dan rendah indeks glisemik. Ia dikatakan mampu mencegah perkembangan diabetes. Sementara itu, rendahnya indeks glisemik menghalang kenaikan tahap gula dalam darah secara tiba-tiba. Kandungan serat memastikan tahap gula teratur dengan baik.

Menyihatkan jantung

Jambu batu memperbail keseimbangan garam dan potassium tubuh sekaligus mengatur tekanan darah bagi peskit yang mengalami hipertensi. Jambu batu turut membantu merendahkan tahap trigliserid dan kolesterol jahat (LDL) yang menyumbang kepada pembentukan penyakit jantung. Jambu batu memperbaiki tahap kolesterol baik.

Merawat sembelit

Sebagai salah satu buah yang kaya sumber serat pemakanan jika dibandingkan dengan buah-buahan lain, hanya sebiji jambu batu memenuhi 12 peratus nilai pengambilan serat yang dicadangkan untuk tubuh. Sebab itu jugalah jambut batu baik untuk kesihatan pencernaan. Kunyah dan makan biji jambu batu kerana ia mampu bertindak sebagai penjulap baik.

IKLAN

Memperbaik penglihatan

Berikutan dengan kehadiran vitamin A, jambu batu terkenal sebagai perangsang kesihatan penglihatan.  Ia mampu mencegah kemerosotan penglihatan dan mampu memperbaik penglihatan. Ia juga mampu memperlahankan kemunculan katarak dan kemerosotan macular. Walaupun jambu batu tidak kaya vitamin A seperti lobak merah, tetapi ia masih mengandungi sumber zat yang terbaik.

Baik untuk wanita hamil

Wanita banyak mendapat manfaat apabila memakan jambu batu kerana buah ini mengandungi folat, sejenis mineral yang mampu membantu merangsang kesuburan. Jambu batu mengandungi asid folik atau B9. Ia disyorkan untuk wanita hamil kerana ia dikatakan boleh membantu dalam pembentukan sistem saraf bayi dan melindungi bayi yang lahir daripada masalah neurologi.

Penentang tekanan

Kehadiran magnesium dalam jambu batu mampu membantu merehatkan otot-otot dan saraf-saraf tubuh.

IKLAN

Baik untuk minda

Jambu batu mengandungi vitamin B3 dan vitamin B6, yang turut dikenali sebagai niasin dan pyridoxine. Ia dikatakan mampu memperbaiki peredaran darah ke otak, merangsang fungsi kognitif dan menenangkan saraf.

Mengurangkan berat badan

Makan buah jambu jika mahu mengurangkan berat badan. Ini kerana jambu batu mampu mengurangkan berat dan mengatur metabolism anda tanpa menjejaskan pengambilan protein, vitamin dan serat. Paling penting, jambu batu kurang gula jika dibandingkan dengan buah-buahan lain.

Apa lagi. Jom makan jambu batu!

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI