Pelawak yang kini bergelar penyampai radio dan juga usahawan, Johan menegaskan bahawa segala usaha dan titik peluhnya selama ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada isteri tercinta, Ozlynn Waty bukan untuk diwariskan kepada anak-anak. Kenyataan berani ini mencetus inspirasi tentang erti sebenar pengorbanan suami dan tanggungjawab seorang ayah.

Johan Dedah Kekayaan Bukan Untuk Anak, Tapi Demi Isteri Tercinta Ozlynn
Kredit foto: Johan menekankan pendidikan dan ilmu untuk anak-anak, sementara rezeki perniagaan difokuskan untuk isteri. – Foto NSTP / Fathil Asri

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim Mohamad Aziz, 41, sebagai bapa dia sudah memberikan bekalan pendidikan yang cukup kepada enam orang anaknya untuk mencari kekayaan sendiri tanpa bergantung pada harta ibu bapa.

Johan Utamakan Isteri Dalam Segala Usaha

“Saya bekerja keras baik sebagai penyampai radio dan usahawan sebab maklumlah anak kami ramai. Kami tanggung segala perbelanjaan mereka. Mereka nak apa, kami berikan. Tiada subsidi.

“Tetapi saya tidak harapkan balasan daripada mereka. Saya hanya pastikan mereka dapat pendidikan yang terbaik, itu tanggungjawab saya sebagai bapa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran GGR X Johan di Melawati Square, baru-baru ini.

Tambah bekas peserta Raja Lawak musim pertama itu, beliau tidak pernah bercita-cita untuk mewariskan legasi perniagaan kepada anak-anak kerana percaya mereka perlu mencari arah dan kejayaan berdasarkan minat serta kemampuan sendiri.

Johan Dedah Kekayaan Bukan Untuk Anak, Tapi Demi Isteri Tercinta Ozlynn

“Kekayaan Saya Untuk Isteri, Bukan Untuk Anak-Anak”

“Apa yang saya cari hari ini bukan harta untuk anak cucu saya, sebaliknya untuk isteri. Sebab saya sudah bekalkan kepada anak-anak dengan tiga perkara penting iaitu pendidikan, ilmu dan pelajaran.

“Dengan tiga perkara ini, saya mahu mereka keluar dan cari kekayaan sendiri. Kalau nak kekayaan saya juga, lebih baik jadi pembantu peribadi. Saya berikan rumah, kereta semua,” jelas Johan.

Ads

Katanya lagi, anak-anak tidak akan memperoleh hartanya selama dia masih hidup kerana dia percaya keenam-enam anaknya perlu berdikari mendapatkan sesuatu atas usaha sendiri.

“Selagi saya hidup, kekayaan saya bukan untuk mereka. Saya mahu mereka belajar berdikari dan faham nilai usaha. Lagipun, anak tidak semestinya minat apa yang kita minat. Kita kena terima dan galakkan mereka teroka minat sendiri.

“Sebab itu, bila balik rumah lepas penat kerja, saya cari isteri saya dahulu. Anak-anak nanti membesar dan keluar rumah bila berkahwin. Akhirnya saya akan hidup dengan isteri saya sahaja. Saya mahu biasakan perkara itu dari sekarang,” katanya.

Johan Fokus Bisnes Motor Elektrik Bersama GGR

Dalam perkembangan lain, Johan dilantik sebagai rakan kongsi strategik kepada syarikat permotoran tempatan, GGR, yang aktif dalam pembangunan motosikal elektrik (EV) dan ekosistem mobiliti hijau.

Syarikat itu bukan sahaja mengeluarkan motosikal elektrik, malah membina ekosistem selepas jualan termasuk bengkel, rakan niaga dan kemudahan pemasangan kenderaan.

Ads

Galeri jualan dan pusat servis GGR dibuka bersebelahan restoran miliknya, Itik ke Ayam?, dan beliau sendiri akan turut serta menguruskan khidmat pelanggan.

Inisiatif Johan Dalam Dunia Usahawan Bumiputera

“Saya akan layan pelanggan sendiri untuk servis. Paling penting, saya mahu majukan perniagaan bumiputera, khususnya anak muda.

“Saya percaya rakyat Malaysia akan mula beralih ke motor EV kerana ia lebih mesra alam, berbaloi dari segi harga, servis dan kualiti. Motor ini juga tidak menggunakan petrol, jadi lebih menjimatkan wang,” kata Johan dengan yakin.

Kisah Johan bukan sekadar tentang hiburan, tetapi tentang tanggungjawab, kasih sayang dan prinsip hidup yang menjadikan beliau antara figura selebriti paling disegani dalam dunia seni dan keusahawanan tempatan.

Ads

Sumber: Kosmo online dan Berita Harian 

Kredit foto: Instagram Johan & Ozlynn

Artikel lain: Tip Rumah Tangga Bahagia Cara Johan, Yang Pertama, Kau Kena Tahu Perempuan Selalu Betul

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI