Harga bawang semakin mahal ni, memang kena berjimat dalam menggunakannya. Terutamanya jika mak-mak jenis yang selalu masak, masak hari-hari di rumah boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Boleh kawal banyak mana bawang yang diperlukan, malah memudahkan dan menjimatkan masa memasak. Jadi tak perlulah nak kupas kulit bawang hari-hari, kisar je semua dengan minyak, boleh tahan 2 minggu dan tak mudah rosak mahupun berkulat.
“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.”
Kredit Gambar : Shanishaiza Sabdin
Bahan Diperlukan:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
Ads
Cara Membuat:
Kisar kasar bawang putih dan bawang besar dengan minyak masak.
Ads
Info Ekstra!
*Boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
* Campur minyak sampai bawang tenggelam. Agak-agak blender tu boleh pusing.Kalau tak boleh pusing tambah air sikit-sikit.
*Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepas tu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*Cara begini jimat bekas dan ruang boleh tahan 2 minggu setakat ni.
*Zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan. Kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
MW: Semoga perkongsian tip dapur ini bermanfaat. Bila buat macam ni, bolehlah berjimat sebab kita boleh kawal banyak mana bawang yang di perlukan dan paling penting memudahkan waktu memasak.
Sekarang ini, nak jumpa tandas yang dibina di luar kediaman sangat rendah peratusannya. Rata-rata kediaman sekarang, binaan tandas kalau tak dibuat dalam rumah, disekalikan pula tandas dalam bilik tidur.
Rupanya ada sebab kenapa tandas sebaiknya dibina tidak bercantum dengan bilik tidur. Dan sekiranya tandas siap dibina dalam bilik tidur atau dalam rumah, ada adab bagaimana memastikan ianya patuh syariah.
Perekabentuk, penulis dan pengkarya kediaman (rumah islamik), Khairunnisa Hamzahberkongsi cara menjadikan tandas dalam bilik tidur mak ayah patuh syariah. Seterusnya, melahirkan sebuah keluarga yang tenang lagi harmoni.
Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.
Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.
Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!
Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.
Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : “Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat”
Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti”
Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.
Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?
Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.
Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.
1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624) 2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)
Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.
Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.
Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”
Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.
“Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat“.
“Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke”
Seronok dokter bila kita bagi idea.
Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.
MW : Lepas ini amalkan baca doa sebelum dan selepas masuk tandas, dan pastikan tutup pintu tandas dalam rumah tu.
Ramai wanita yang memang suka kumpul dan pakai barang kemas sebagai perhiasan.Jika ada bajet lebih, beli barang kemas baru.Kalau takde bajet pakai je yang sedia ada.Namun barang kemas lama, terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak berkilat dan tak berseri.
Bila dah nampak kusam, ramai yang suka cuci di kedai untuk kembalikan serinya. Sebenarnya ada petua jimat dan cara semulajadi untuk cuci barang kemas ni agar nampak berkilat macam baru dibeli. Paling penting selamat, berkesan dan tanpa bahan kimia, dengan hanya menggunakan beberapa bungkus uncang teh.
“Pengumpul barangan kemas lepas ni dah tak payah susah-susah nak pergi kedai cuci. Boleh cuci sendiri saja, kos cuci pon tak perlu.Cara cuci emas selamat dan berkesan, tanpa bahan kimia”.
2,3 uncang teh
Berus Gigi
Air Suam
1. Rendam teh 2, 3 uncang dalam air suam.
2. Rendam barang kemas kira-kira 30 min atau lebih.
3. Gosok dengan berus gigi terpakai, berus gigi baru pun boleh.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat rujukan mak-mak yang nak cuci barang kemas. Cara semulajadi yang jimat kos, jadikan emas kembali bersih bersinar dan berkilau macam baru beli.
Sumber: Anis KakNik
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap kali bercuti ke Cameron Highland mesti terbayangkan buah strawberi yang sedap, masam-masam manis.Buah strawberi sangat baik untuk kesihatan, kaya dengan antioksidan dan bagus diamalkan selalu.kalau nak beli di pasaraya boleh tahan juga harganya berbelas ringgit sekotak.
Sebenarnya mak-mak boleh tanam buah strawberi sendiri di beranda rumah. Jika selalu tanam tapi payah nak hidup pokok ni, rupanya kena pastikan semai benih local barulah senang tumbuh.
“Cara paling mudah untuk buat benih strawberi.Boleh cuba sendiri di rumah.Sangat mudah. Make sure benih local (lowland breed) supaya senang tumbuh.”
1. Kupas kulit strawberi dan letakkan di atas kertas tisu.
2. Biarkan selama beberapa hari sampai ia betul betul kering. Saya tak jemur bawah panas, hanya dalam rumah.
3. Asingkan benih dari kulit perlahan-lahan. Sekiranya betul-betul kering, biji benih akan tanggal sendiri.
4. Tadaaa siap kumpul.
5. Selepas minggu ke 3 ni dah siap bercambah gitu. Saya hanya guna tanah hitam biasa yang ada jual kat nursery. Tapi saya tambah sikit campuran hampas sabut kelapa.
6. Sebaiknya tanam di balkoni,tak nak ‘direct sunlight’ tau.Cahaya matahari sehingga jam 11 pagi aja tau, dan siram air seminggu sekali aje. Hanya gunakan benih ‘local’ ya.