Jauhi media sosial ketika emosi tak stabil! Sekali tulis negatif, orang akan terus menilai yang kini sering bermasalah.
Rumah tangga yang aman sentiasa, pasti ada naik, turunnya. Hari ini mak, ayah bahagia bergelak ketawa. Esok, lusa mungkin diuji duka. Semuanya adlah ujian buat mak ayah sepanjang berkongsi hidup dengan pasangan.
Lumrah manusia, tidak semua kepahitan dan kesedihan mak ayah dikongsi, pasti ada sisi-sisi yang perlu disembunyikan daripada mata orang luar.
Jauhi Media Sosial
Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
“Saya tengok ustaz dengan isteri gembira saja, memang tak bergaduh eh?”
Allahu.
Ngeri juga dengar soalan macam tu. Kalau boleh nak doakan jadi betul keadaan itu pun bagus juga. Hahaha.
Ketika Emosi Tak Stabil!
Kawan-kawan,
Manusia cuma melihat apa yang kita tunjuk. Sama ada kita tunjuk gambar, kita tulis status atau kita bercerita dekat ruangan komen. Itu sahaja tahap penilaian manusia lain terhadap hidup kita.
Ads
Kalau kita cuma kongsikan kebaikan, maka itu sahajalah yang orang lain akan nampak. Kalau kita selit dengan emosi marah kita, dekat situ orang akan lihat lah marah kita.
Begitulah selalunya. Sebab cuma setakat itu mereka boleh melihat kita.
Sekali Tulis Negatif
Jadi, untuk setiap apa yang kita kongsikan, fikirkan dahulu akibat dan kesannya. Tapis apa yang kita nak kongsikan secara umum. Tulis yang bahagia, orang akan nampak bahagia. Muat naik gambar yang gembira, kita akan turut bawa emosi bahagia kepada orang lain.
Ingat, jauhi media sosial ketika kita dalam emosi yang tidak stabil. Ketika marah, ketika merajuk, ketika tak puas hati, ketika penat sangat. Waktu-waktu begini, jauhi platfom facebook dan semua media sosial.
0rang Terus Menilai
Sebab kita akan menulis tanpa pertimbangan emosi yang betul.
Sekali dah tulis status beremosi negatif, orang akan terus menilai. Jadi, hati-hati ya.
Berbalik kepada kami suami, isteri. Mana ada rumah tangga tak diuji emosi dan hati. Setiap hari kak, setiap masa bang. Kah… kah…
Ads
Tapi kita atasilah baik-baik. Simpan antara kita dan pasangan. Tak perlu cerita ke orang lah hal kita tengah terasa hati semua ni. Biar antara kita dengan dia, dan antara kita dengan Tuhan.
Itu lebih baik.
Menjawab kan? Terima kasih.
Firdaus Mokhtar,
Yang baik-baik saja.
Mingguan Wanita : Tidak perlu terbuka berkongsi segalanya di media social kerana tidak semua orang kenal mak, ayah luar dan dalam. Lagi satu benda yang buruk atau sensitif simpanlah baik-baik dan selesaikan berdua dengan pasangan. Bukankah lebih manis?
Ingat tak masa anak kecil, mak ayah boleh tengok dan suka lihat gelagat anak-anak. Kadang-kadang apa yang anak buat masa kecil dibiarkan sahaja. Kononnya, dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
Sedangkan masa anak kecil inilah mak ayah kena main peranan dan tunjuk contoh yang baik supaya kelakuan anak-anak tidak terbawa-bawa bila dewasa nanti.
Perkongsian daripada Fariza Nurbaya ini ada benarnya. Anak umpama kain putih dan mak ayahlah yang kena mencoraknya, sama ada kain itu cantik, contang canting dan sebagainya.
1. Kenapa seorang anak boleh memukul ibunya? Sebab semasa anaknya masih kecil, ibu hanya ketawa dan gelak-gelak sahaja apabila anak memukul-mukulnya dan tidak memberitahu anaknya bahawa perbuatan tersebut adalah salah.
2. Kenapa anak remaja sekarang begitu gemar mencarut dan menggunakan kata-kata kasar seperti babi, bodoh, bangang dan sebagainya? Sebab sewaktu kecil ibu dan bapanya hanya gelak-gelak dan ketawa sahaja semasa anak yang masih kecil itu menyebut perkataan-perkataan tersebut, malah tidak menegur kesalahan anaknya. Kata ibu bapanya, lucu dan pandai anakku!
3. Kenapa anak-anak remaja berani keluar pada waktu malam? Sebab dari kecil lagi ibu bapa tidak menghalang anak-anak mereka keluar dan tidak menetapkan peraturan bahawa anak-anak wajib berada di rumah pada waktu malam. Apabila segalanya sudah menjadi kebiasaan kepada anak-anak, maka sudah tentu sukar bagi ibu bapa untuk membetulkan kesilapan tersebut.
Kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Untuk anak-anak muridku yang telah bergelar ibu atau bapa, ingat pesan guru tua ini.
1. Bercakaplah dengan bahasa yang baik dan sopan dengan anak-anak. Tegur dan berikan hukuman semerta jika anak-anak mengeluarkan kata-kata kesat.
2. Jangan benarkan anak-anak kecil bermain hp. Berikan buku atau permainan yang sesuai dengan umur anak-anak.
3. Jangan dibiarkan televisyen terpasang 24 jam di rumah anda. Hadkan masa menonton, contohnya pada waktu petang sahaja. Malam ialah masa untuk anak-anak mengulang kaji dan bermesra dengan ahli keluarga. Jika anak-anak tidak dibenarkan menonton televisyen, ibu bapa juga hendaklah mengorbankan keinginan sendiri untuk tidak menonton tv juga.
4. Jangan benarkan anak-anak menunggang motosikal apatah lagi memberikan motosikal kepada anak-anak. Biarlah kita yang menghantar dan mengambil mereka jika mereka mahu ke mana-mana. Susah sikit tak apa. Alah bisa tegal biasa.
5. Tiada hp adalah lebih baik. Benarkan anak-anak memiliki hp apabila anak-anak sudah bijak, matang dan dapat memanfaatkan penggunaan hp dengan baik.
6. Solat berjamaah dengan anak-anak terutama pada waktu Subuh, Maghrib dan Isyak sama ada di rumah atau masjid.
7. Waktu antara Maghrib dan Isyak sangat sesuai untuk membimbing anak-anak mengaji al-Quran.
8. Ambil tahu perkembangan pendidikan anak-anak. Semak buku-buku latihan dan kerja rumah anak-anak.
MW: Amat bagus untuk dijadikan panduan mak ayah. Moga bermanfaat.
Kahwin bukan untuk sehari dua tapi ingin bahagia dan bersama selamanya hingga ke hujung nyawa. Pernah dengar, usia perkahwinan sudah mencecah berpuluh tahun, tapi akhirnya bercerai dengan alasan tiada persefahaman.
Ada beberapa tip yang boleh kita jadikan panduan an praktikkan agar kebahagiaan rumah tangga berkekalan.
RANCANG CUTI BERSAMA
Dalam kesibukan kerja dan menguruskan anak, cubalah ambil masa dengan merancang percutian berdua atau pun dengan anak-anak. Sekurangnya, ia dapat memenangkan fikiran dari aktiviti yang kita lakukan setiap hari.
HADIAH ISTIMEWA
Tidak perlu memberikan hadiah yang mahal untuk membuatkan suami atau pasangan kita tersenyum lebar. Kejutan dengan sebuah hadiah yang kecil seperti minyak wangi, lilin aroma terapi, bunga dan sebagainya pun sudah cukup. Tentu sekali pasangan anda tersenyum lebar melihat hadiah istimewa dari pasangan.
SURAT CINTA
Kadang-kadang lebih mudah untuk kita mengungkapkan rasa cinta melalui tulisan daripada berkata secara lisan. Cuba tulis menulis surat cinta pada pasangan. Walaupun ada teknologi yang canggih sekarang ini, kita boleh gunakan cara ini. Selitkan surat pada beg kerjanya, tentu pasangan tersenyum sendirian.
DENGAR MUZIK KEGEMARAN
Rasanya mesti anda mempunyai lagu kegemaran. Cubalah pasang lagu kegemaran berdua ketika makan malam atau menghabiskan masa berdua. Lagu ini dapat meningkatkan mood dan membuatkan suasana menjadi lebih menyenangkan untuk anda berdua nikmati waktu indah bersama.
KENA JUJUR
Jujur dengan pasangan dan anak-anak perlu, namun kenalah lihat pada situasi. Contohnya, jika pasangan penat, adalah lebih baik anda diam seketika atau jika anda sekeluarga yang tidak mempunyai masalah, adalah lebih baik anda mengamalkan sikap jujur dari awal lagi.
BERI PERHATIAN
Bukan sekadar mendengar, tetapi dengarlah dengan mata dengan penuh perhatian. Jangan mendengar sambil lewa kerana ia boleh beranggapan bahawa mereka tidak penting.
KASIH SAYANG SETIAP HARI
Ambillah sekurangnya satu kali dalam sehari dengan menunjukkan ekspresi kasih sayang pada pasangan dan anak-anak. Contohnya, memeluk, mencium, membelai dan sebagainya.
PERCAYA PADA PASANGAN
Ramai pasangan lebih percaya mendengar orang lain berbanding pasangan sendiri. Ketidak percayaan boleh menyakitkan pasangan anda.
RENUNG MATANYA
Berikan ekspresi ketika mendengar luahan pasangan. Dengarlah tanpa prasangka. Ketika bertengkar, jaga perkataan, bertenang dan duduk. Hati-hati ketika mengeluarkan kata-kata dan jangan terlalu emosi.
RAHSIA HUBUNGAN
Sebaiknya, jangan ceritakan tentang perkara yang boleh membuatkan pasangan dan anak-anak merasa malu, sakit hati dan sebagainya.
SEIMBANGKAN RUMAH TANGGA & KERJAYA
Seimbangkan rumah tangga dengan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bukan bererti kita tidak boleh melakukan. Contohnya, semasa berada di pejabat dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Pastikan kita berada di pejabat pada waktu itu. Jika lewat sekalipun kerana urusan kerja. Waktu selepas itu adalah waktu bersama keluarga pula.
MAKAN DAN MINUM BERSAMA
Minum kopi atau teh pada waktu pagi atau setiap malam, bukan sahaja untuk kebahagiaan tetapi untuk mengeratkan kasih sayang. Menurut Fawn Weaver penulis dari buku laris ‘Happy Wives Club’ mengatakan banyak pasangan yang melakukan dan mempertahankan hubungan dengan mengamalkan kebiasaan ini setiap hari.
UCAPAN TERIMA KASIH
Menghantar anak-anak ke sekolah, mahupun dengan hanya melakukan perkara kecil seperti membuang sampah, membasuh pinggan dan sebagainya, ucaplah terima kasih kepada pasangan. Ucapan ini akan membuatkan pasangan senang, dihargai dan hubungan yang dibina lebih erat dan harmonis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang gadis nekad batalkan pernikahannya tiga bulan sebelum majlis kerana tidak mahu bermadu dan jadi perampas suami orang.
Dirinya tidak mahu membina bahagia atas kehancuran rumah tangga orang lain.
Tindakan nekadnya harus dipuji pabila dia tidak terlalu mengikut perasaan dan memikirkan impak daripada perkahwinan yang bakal dibina.
Nekad Batalkan Pernikahan
Seorang gadis jelita di Indonesia meraih simpati pengguna media sosial apabila berkongsi kisah dirinya yang hampir berkahwin dengan seorang ustaz di kota suci Mekah tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
Menurut portal berita Suara.com, rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @milkiyahamira mendedahkan gadis tersebut membatalkan perkahwinannya selepas mengetahui bakal suaminya sudah beristeri.
Gadis Ini Tidak Mahu Bermadu Jadi Perampas Suami Orang
“Saya pernah dilamar oleh seorang ulama tersohor dari Batam dan kami sepatutnya bernikah. Namun, tiga bulan sebelum majlis pernikahan, saya nekad membatalkan perkahwinan kami.
“Dia merayu-rayu agar saya mengubah fikiran sehingga sanggup mencium kaki saya tetapi saya tidak boleh menerima kenyataan ditipu untuk menjadi isteri kedua,” tulis keterangan video itu.
Tambah gadis itu, dia tidak sanggup bermadu dan bukanlah seseorang yang mahu membina rumah tangga dengan merampas suami orang.
Tindakan Terpuji
Keputusan tegas gadis itu mendapat pujian netizen yang percaya jodohnya pasti lebih baik daripada suami orang.
“Anda sangat luar biasa kerana memilih untuk tidak saling menyakiti kaum hawa. Pasti ada jodoh lebih baik menanti,” komen seorang pengguna TikTok.
“Anda cantik dan memiliki keperibadian yang bagus. Jodohnya juga harus orang yang baik-baik tanpa perlu berebut,” tulis seorang lagi. – Agensi
Mingguan Wanita : Poligami itu tidak salah, namun sedari awal lelaki ini tidak berlaku jujur kerana menipu status yang sebenar. Wajarlah jika niatnya untuk bernikah lagi tidak kesampaian. Nak cantik seperti gadis ini, BELI DI SINI.
Arwah Nurhazwani, pensyarah UiTM yang hamil 3 bulan, bukan meninggal dunia akibat lemas tetapi pengsan secara tiba-tiba ketika mandi di kolam renang. Suaminya cuba menyelamatkan, namun takdir Allah mendahului.