Kuih Onde-Onde Bijan atau lebih dikenali Kuih Bom memang ramai yang suka. Rasanya sedap lembut kenyal dan inti manis lemak kacang hijau. Nak buat kuih ni memang mudah, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Namun yang selalu jadi masalah bila waktu nak menggoreng kuih ni. Salah caranya, kuih ni mudah meletop-letop dalam minyak panas di dalam kuali.
Puan Liza Rahmanada kongsikan resipi dan tip untuk membuat kuih onde-onde bijan ini agar tak meletop dalam kuali.
1/2 cawan Tepung gandum
2 cawan Tepung pulut
1 sudu besar Gula
1 sudu kecil Garam
(Air secukupnya…jangan lembik sangat atau keras sangat macam kita buat buah melaka. Kalau terlembik masukkan tepung pulut dan gandum ya)
Bahan Inti:
2 cawan Kacang hijau
(Kacang hijau rebus hingga kembang kemudian tapis buang air)
1 cawan Kelapa parut
2 cawan Gula merah
1/2 cawan Gula putih
(Atau ikut kemanisan masing-masing)
Masak dengan secawan air dan daun pandan.
Cara Membuat:
1. Masak air gula, bila air gula mendidih masukkan kacang yang dah direbus dan kelapa parut.
Ads
2. Bila dah agak kering masukkan segengam tepung gandum, masak hingga kering.
3. Bila sejuk boleh bulat-bulatkan supaya senang nak masukkan nanti.
Tips:
Bila dah siap bulat-bulatkan dan salut bijan, masukkan dalam peti ais sekurang kurangnya 1/2 jam.
Ads
Masa nak mengoreng, masukkan minyak kemudian masukkan terus onde-onde ke dalam minyak. Jangan tunggu minyak panas, API perlahan aja dalam 5 – 10 minit.Lepas tu baru kuatkan sedikit api dan goreng hingga garing supaya tak meletop dalam kuali.
Hanya penggemar sambal belacan, yang tahu betapa nikmatnya makan sambal belacan setiap hari tanpa jemu. Stok sambal belacan mesti kena ada selalu sebagai pembuka selera ketika makan. Untuk dapat sambal belacan yang sedap dan ‘kaw’ kena letak parutan limau kasturi, tapi ada cara-caranya agar ia tak pahit.
Ini antara resipi yang mak-mak ‘hantu’ sambal belacan boleh cuba, perkongsian dari Cik Ca.Menurut wanita ini, lebih lama disimpan sambal belacan ini, makin sedap.Paling penting, hanya masukkan parutan kulit limau bahagian hijau sahaja dan jangan sesekali termasuk biji dan tangkainya.Ia buatkan sambal belacan jadi pahit nanti.
Berikut antara perkongsian resipi daripada beliau;
CA sekeluarga ni jenis hantu sambal belacan.Sekali buat stok tu dia.Resepi ada CA bagi boleh tengok.Buat cicah dengan ikan sardin goreng,ulam.Aduhhh pekat kaw.Makan dengan semua benda sambal ni.
Tak guna air kosong.Dari air bawang,cuka,air asam limau kasturi.Ni CA buat 5 kali ganda sukatan.Kalau nak buat banyak pon,just gandakan je lah ea sukatan di bawah.Sambal ni pedasnya level rendah sebab guna cili merah besar banyak dari cili hijau thai.
Sambal ni tak perlu tumis ya. Memang kaler dia cantik camtu sebab dia akan masak perlahan-lahan sendiri hasil air perahan limau .Makin lama makin sedap.Resepi CA bagi ni untuk 1 sukatan senang nak buat sikit.CA buat dalam pic tu 5 kali ganda .
Bahan-Bahan:
4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay 2 dah cukup )
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar juga ( alur air jgk sblum bakar )
5-6 biji cili merah besar
9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
3 sudu besar Gula putih
2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil perasa
2 sudu kecil cuka makan
9-10 biji asam limau kasturi saiz kecil kalau saiz sederhana besar 6/7 biji je
1 sudu besar gula perang untuk cantikkan sambal.
Cara Membuat:
1.Alur air (basuh bawah air paip ) bawang merah dan bawang putih sekejap,belah dua dan bakar atas pan sampai perang.Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi amek masa lama sikit tuk masak.Takpe bagi dia hangit kulit tu.Nanti nak blend baru kupas.Tak perlu basuh dah.
2.Potong cili ,alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering.Boleh lap dengan tisu juga.Itu tips juga tu nak bagi sambal sedap.
3.Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili.Bawang bakar tadi, gula,garam gula perang,air perahan limau kasturi,belacan,bawang putih,cuka. Tapis ketika perah limau kasturi tuk elak biji masuk.Lepas tu kisar bagi lumat.
4.Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai.Kisar ikut tahap lumat yang nak mahu.
5.Lepas tu tabur kulit limau yg diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka.CA suka camni.Lepas tu rasa dan adjust ikut tekak untuk final taste kalau ada terlebih terkurang.
Sambal belacan ni tak tumis atau masak atas dapur.Letak kulit limau parut guna lapisan hijau je.Tapis air limau dab jangan bagi biji masuk walau satu pun utnuk elak pahit.Ini 5 kali ganda sukatan yang diberi sebab CA mmg buat banyak sekali.
Simpan kat luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap.
Bila nak buat BBQ, perkara yang paling penting adalah pes perapannya perlulah sedap, secukup rempah dan rasa. Buat mak-mak yang bercadang untuk buat bbq bersama anak-anak dan keluarga, boleh cuba resipi pes perapan simple tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar ini.Lebih jimat, sedap, dijamin halal dan bersih tak perlu beli pes perapan lagi.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Sepertimana yang Kak Za janjikan hari tu, Kak Za nak share pasal pes perapan untuk bakar bakar ayam, daging, ikan, sotong dan udang.Ramuan rahsia ni memang simple je tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la.”
“Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.”
Ok, jom kita tengok bahan bahannya.
Bahan-Bahan:
2″ Lengkuas *
3″ Halia *
6 ulas Bawang putih *
5 ulas Bawang merah *
4 labu Bawang besar *
3 batang Serai *
2 cawan Gula perang/ brown sugar *
6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar Serbuk rempah sup *
2 sudu besar Serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
Cara Membuat :
1.Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2.Dah boleh perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3.Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Ok, selamat mencuba.
Nak #Share dipersilakan. Kak Za izinkan. Semoga dapat bantu jika nak berBBQ atau nak makan cara sihat. Bakar bakar je dah siap.
#NOTA PERAP :
Kalau suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa is okay.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang mencari resipi pes perapan simple tapi sedap dan sesuai sangat jika nak buat BBQ. Selamat Mencuba!
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...