Hari ini Mingguan Wanita Talkshow membawakan isu Natijah Kahwin Muda yang dikelolakan oleh hos Naufal Hatta dan juga Nurul Syuhada. Apa yang menariknya mengenai definisi kahwin muda ini melibatkan pasangan yang berkahwin seawal usia 16 tahun masih wujud senarionya di Malaysia hari ini.

Majoriti yang berkahwin muda akan menggunakan alasan untuk mengelak daripada melakukan maksiat bagi membolehkan mereka bernikah. Tetapi tak semudah itu, remaja berusia 16 tahun ke atas untuk berkahwin.

Merujuk kepada laman sesawang http://www.ilkap.gov.my/ ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi oleh pasangan muda ini perlu lalui sebelum mereka dibenarkan berkahwin.

Bagi orang Islam pula had umur yang ditetapkan di bawah Enakmen ialah 18
tahun bagi kedua-dua kanak-kanak lelaki dan perempuan. Enakmen yang
dipinda pada tahun 2018 telah memperuntukkan seksyen baru 8A yang
memperuntukkan syarat bagi seorang yang berumur di bawah 18 tahun untuk
berkahwin. Di antaranya—
(i) Pemohon samada lelaki atau perempuan boleh memfailkan permohonan
ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah bagi berkahwin di bawah
umur 18 tahun.
(ii) Permohonan oleh ibu atau bapa atau penjaga bakal pengantin yang
disokong dengan affidavit ibu atau bapa atau penjaga dan juga affidavit
daripada bakal isteri atau bakal suami.
(iii) Perlu dinyatakan juga alasan untuk berkahwin, kemampuan bakal suami
untuk memberi nafkah kepada bakal isteri, pernyataan berhubung tahap
kesihatan dan samada bakal suami atau bakal isteri ada mempunyai
rekod jenayah.
(iv) Mahkamah hendaklah mengarahkan bakal suami dan bakal isteri untuk
menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital Kerajaan, pusat
kesihatan Kerajaan atau institusi kesihatan Kerajaan yang lain dan satu
laporan perubatan dikeluarkan yang menyatakan tahap kesihatan bakal
suami (mental, fizikal dan psikologi) dan bakal isteri (mental, fizikal,
psikologi dan reproduktif).
(v) Satu laporan sosial oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyatakan
latar belakang sosio-ekonomi bakal suami atau bakal isteri yang berumur
kurang daripada lapan belas tahun itu.                                                                          (vi) Suatu laporan berkenaan dengan rekod jenayah bakal suami dan bakal
isteri yang berumur kurang daripada lapan belas tahun, jika ada, daripada
Polis DiRaja Malaysia.
(vii) Mahkamah hendaklah menjalankan suatu siasatan setelah semua
laporan yang perlu dikemukakan oleh semua pihak yang dinyatakan di
atas, diterima. Siasatan bertujuan untuk menentukan samada bakal
suami dan bakal isteri itu bersedia untuk berkahwin dan bersetuju untuk
berkahwin dengan rela. Mahkamah juga berkuasa untuk memanggil
mana-mana saksi bagi tujuan siasatan ini.

Jangan Timbul Fitnah Pada Agama, Kahwin Muda Sebab Nak Cerai
Kahwin ini memerlukan persediaan bukan sahaja kerana nak elakkan diri daripada maksiat semata-mata

Hanya setelah Mahkamah berpuas hati, kebenaran boleh diberikan kepada bakal suami atau bakal isteri yang berusia 18 tahun itu untuk berkahwin. Dengan mengarahkan agar bakal suami dan bakal isteri menjalani sesi rundingan cara kekeluargaan. Selanjutnya, mahkamah juga boleh membuat perintah berhubung dengan nafkah bagi bakal isteri yang berusia 18 tahun dan apa-apa perintah lain yang difikirkan wajar bagi menjaga kebajikan bakal suami atau bakal isteri yang di bawah 18 tahun itu.

Turut mengulas isu Natijah Kahwin Muda ini adalah saudara Tuan Mohammad Syarafie yang juga merupakan Perunding Keluarga Islam Dan Guaman Syarie. Antara alasan klise yang digunakan oleh pasangan muda untuk cepat-cepat bernikah adalah ‘nak elakkan diri daripada melakukan maksiat,’ sudah dewasa dan sedia nak hidup berdikari, serta bila dah kahwin akan jadi manusia yang lebih bertanggungjawab.

IKLAN

“Nak elakkan dari buat maksiat, nak jadi lebih dewasa dan boleh hidup berdikari serta bila kahwin nanti kita menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab antara alasan klise yang digunakan bagi menghalalkan matlamat mereka untuk kahwin awal.

“Tetapi harus diingat Malaysia punya undang-undand. Di Selangor contohnya pasangan muda yang nak berkahwin harus ke mahkamah terlebih dahulu dan perlu melalui prosedur yang ditetapkan. Hanya setelah mendapat kelulusan daripada mahkamah baru meraka boleh bernikah seperi biasa.

Tambah beliau lagi, perkahwinan yang dibina ketika usia masih muda lazimnya berakhir dengan penceraian.

IKLAN

“Lazimnya pasangan ini akan mula berdepan dengan masalah apabila usia perkahwinan berusia tiga ke empat tahun. Ketika itu, mungkin masing-masing sudah tak tahan lagi berdepan dengan masalah dan antara masalah yang sering dibangkitkan adalah masalah kewangan. Akhirnya mereka bercerai. Rata-rata kes perceraian di kalangan pasangan muda akan terjadi sebelum lima tahun pertama perkahwinan,”ulasnya mengenai senario perceraian di kalangan pasangan muda yang sering menjadi berlaku.

Jangan Timbul Fitnah Pada Agama, Kahwin Muda Sebab Nak Cerai
Ibu bapa perlu beri penjelasan mudah, bagi menerangkan pada anak-anak realiti sebenar alam kahwin itu tak semuanya indah dan mudah

Nak kahwin cepat sebab terpengaruh dengan drama televisyen – SYAMSUL DEBAT

Ada remaja yang tidak faham perkahwinan ini hal yang besar dan perlu dilalui dengan kerjasama dan kesediaan kedua belah pihak dari pelbagai sudut. Jangan kerana terpengaruh dengan asyiknya kisah percintaan seperti yang ditonton dalam drama televisyen jam 7 petang, ramai yang tak sabar nak kahwin dan membayangkan kehidupan fantasi seperti yang diimpikan.

IKLAN

“Kahwin ini memerlukan kesediaan dan rasa tanggungjawab antara kedua belah pihak. Jika kita didatangi anak yang nak maklumkan hajatnya untuk berkahwin. Gunakan pendekatan psikologi bagi memberi lebih memahami realiti sebenar rumah tangga.

“Jangan kerana nak hidup macam mana dalam drama televisyen sepertimana yang ditonton jam 7 petang itu, menjadikan ramai yang tak sabar nak kahwin. Terangkan kepada anak-anak, perkahwinan itu umpama kita memerlukan persiapan untuk perjalanan jauh. Cara mudah yang lebih difahami untuk menyempurnkan perjalanan itu kita perlukan wang untuk kos minyak, tol, penginapan dan perlu juga berfikir banyak mana pakaian harus dibawa sepanjang percutian kita.

“Kahwin ini perlu ada ilmu dan saya juga yakin ia satu ibadah. Berkahwin itu perlu ikhlas. Jangan fikir kemampuan batin itu (hal urusan di katil semata) tetapi skopnya lebih luas termasuk memberikan didikan agama yang baik kepada pasangan. Apabila berumah tangga, tingkah laku haruslah berubah ke arah kebaikan. Memang betul wang bukanlah segalanya, tetapi realiti kehidupan hari ini…segalanya memerlukan wang. Satu lagi pesan saya, jangan timbulkan fitnah kepada agama Islam…kahwin muda hanya nak cerai selepas itu. Pendek kata sebab itu kita perlu bersedia dari pelbagai segi dan ada ilmu sebelum bersedia berumah tangga,”pesan Syamsul Debat ketika dihubungi oleh MWTalkShow.

Bagi yang terlepas topik menarik hari ini; Natijah Kahwin Muda. Jangan lupa saksikan kupasan menarik padat dengan nasihat ulangannya jam 8 malam ini di Astro Prima 105 dan Prima HD 121. MW juga nak maklumkan mulai minggu hadapan siaran langsung MWTalkshow akan ditangguhkan penyiarannya bagi menghormati PKP dan memandangkan negara sedang menangani isu pandemik ini. MWTalkShow akan kembali bersiaran kelak dan dari masa ke masa, nantikan pengumuman tarikh rasmi siaran program ini daripada pihak Astro.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI