Untitled design(138)

Baju baru beli di kedai, nyata nya nampak bersih di pandangan mata. Realitinya tak ya, mak ayah. Penjelasan Mohd Fhais ini akan buka mata kita.

Betapa, seramnya bila mak ayah tak basuh dulu baju-baju baru dibeli tu sebelum di pakai. Bayangkan, baju yang nampak bersih tu rupanya ada macam-macam kejadian dah terjadi ke atasnya.

Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli

Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.

Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di Bangladesh tahun lepas.

Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?

Itu la kain-kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan-bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau ditutup rapi.

Saya jadi tertanya-tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas serangga ke? (tanya dalam hati)

Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.

Owner Kilang Kain Dedahkan Sendiri..

“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”

Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.

Saya pun tanya lagi,

“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”

Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.

Sebab Itu Baju Baru Beli Kena Basuh Dulu Sebelum Pakai

Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.

Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.

Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!

Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.

MW : Haa.. dah boleh buang habit pakai terus baju baru beli tu ya. Apa-apa pun kena basuh dulu. Sama macam buah baru beli.. kena basuh dulu baru makan.

Sumber/Foto : Mohd Fhais , Mata nampak bersih tak semestinya bersih.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI