Jangan risau kahwin lambat, tiada anak! Pedulikan kata orang, kita manusia hanya mampu berusaha sebaik mungkin. Selebihnya hanya Allah yang tentukan.
Soal jodoh dan zuriat semuanya di tangan Tuhan. Sebagai hamba-Nya bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya.
Jangan Risau Kahwin Lambat, Tiada Anak!
Kongsi Adam Corrie, jangan risau kahwin lambat atau dapat anak lambat.
Saya dapat bertemu jodoh ketika usia 40 tahun, manakala bidadari 30 tahun.
Kemudian dikurniakan zuriat ketika usia 50 tahun dan bidadari saya ketika itu 40 tahun, isteri empat kali mengalami keguguran sebelum dapat Adam Fateh Lee.
Pedulikan Kata Orang
Tak ada jodoh bukannya kita tak boleh bahagia.
Malah dikurniakan masa untuk berbakti kepada keluarga dan masyarakat
Ada anak pun rezeki, tiada anak pun rezeki.
Bahagia itu ada pada diri kita kalau kita terus bersyukur apa yang kita ada..
Mingguan Wanita : Bersyukurlah dengan setiap apa yang Allah kurniakan barulah bahagia dan hati merasa tenang. Insyallah. Berusaha dan jangan putus berdoa pada Allah. Tiba masanya, Allah akan berikan yang terbaik pada hamba-Nya.
Komunikasi diantara suami isteri sangatlah penting dalam hubungan perkahwinan. Tak kiralah apa juga topik, penting atau remeh rajin-rajinlah ringankan mulut berborak dengan pasangan. Isteri akan lebih gembira bila suami saling berkongsi cerita dengannya. Ia membuatkan isteri rasa lebih dihargai, dipercayai dan disayangi berbanding orang lain.
Perkongsian daripada Dr Mahyuddin Mohamed ini boleh dijadikan panduan pasangan suami isteri;
Teman 80:20
Malam ni saya berborak dengan isteri. Berkongsi cerita & mengenang kisah lama.
Ada suami yang tidak suka berborak dengan isteri. Lebih suka berkongsi dengan kawan. Dengan isteri, semuanya RAHSIA.
Pada saya itu adalah kesilapan yang besar. Jika kita ada masalah, berkongsilah dengan isteri. Wanita ni lain fikiran dia. Dia pasti ada sisi pandang yang berbeza. Ada masanya isteri kita nampak penyelesaian yang kita tak nampak.
Jadi Pendengar Yang Baik
Buat para isteri pula, jadilah pendengar yang baik. Elakkan daripada menyampuk atau membebel pula. Hargai suami anda yang berkongsi kisah atau masalah beliau.
Paling tidak pun, berkongsi dengan isteri ni therapeutics. Lega bila dah luah perasaan. Percaya cakap saya. Isteri gembira bila anda berkongsi dengannya. Beliau rasa dihargai, dipercayai & disayangi.
80:20
Saya ingat pesanan Prof. Muhaya, suami ni dia berkehendakkan 80 peratus hormat daripada isteri & baki 20 peratus lagi ialah kasih sayang. Isteri pula sebaliknya. Isteri perlu 80 peratus belaian kasih sayang. Jadi suami perlu zahirkan dengan ucapan & belaian.
Hubungan suami isteri yang berkasih sayang akan melahirkan suasana rumahtangga bahagia yang kondusif untuk pembesaran anak-anak yang sihat emosi & berakhlak mulia.
Pesan saya, berkongsilah dengan suami dan isteri anda jika anda ada sebarang masalah. Itulah perkahwinan. Jika anda hadapi sendiri kelak memakan diri sendiri nanti.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat para suami, rajin-rajinlah berborak dan berkongsi cerita dengan isteri.Memang ada benarnya, ia mampu buat isteri bertambah bahagia dan lebih gembira.
Taraf mak saudara dikatakan lebih tinggi daripada mak mentua? Betulkah? Berapa ramai daripada kita yang rapat dengan mak saudara? Tak ada rasa kekok atau segan pun.
Jadi, tak mustahil juga sesetengah kita cukup rapat dengan mak saudara sebelah mak atau rapat dengan kedua-duanya (mak dan ayah). Walau bagaimanapun, tak kiralah sekalipun, itulah mak saudara yang kita ada. Tiada galang gantinya seperti mak ayah kita juga.
Dalam perkongsian video tiktok yang dikatakan oleh Ustaz Badli Shah, menyarankan supaya menjaga hubungan dengan mak saudara ini. Tak bermaksud bila berkahwin, kita kena buang mak mentua pun tapi taraf mak saudara itu lebih tinggi dari mentua, hanya dia seorang dunia akhirat.
Antara mak saudara dengan mak mentua mana yang lebih penting untuk jaga hubungan. Inilah ulasan yang diberikan oleh Ustaz Badli Shah.
Kalau dibincangkan hukum, mak saudara dengan mak mentua, mana lebih penting untuk jaga hubungan. Sudah tentulah mak saudara.
Sebab mak saudara itu adalah adik beradik mak atau ayah kita. Sudah tentulah anak saudara boleh bersalam dengan mak saudara. Tapi berapa ramai anak saudara yang rapat dan baik dengan mak saudara.
Bukan Buang Mentua
Tarafnya tak boleh lawan dengan mak mentua sebab mak mentua boleh dicari bila kahwin lain, dapatlah mak mentua baru tapi mak saudara itu, hanya dia seorang yang kita ada. Tiada galang gantinya.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikongsikan ini. Bukan nak buang mak mentua, dia pun sama taraf seperti mak kita juga tapi itulah, kalau kahwin baru dapat mentua baru. Paling penting adalah jaga hubungan sesama kita.
Ya Allah, sebaknya hati seorang ibu bila mengetahui anak gagal peperiksaan walau tahu anak dah cukup usaha sehabis mampu. Sedih dan kecewa bercampur-baur. Saya amat pasti inilah perasaan ibu dan ayah yang berdepan dengan situasi tersebut.
Tapi soalan saya, sampai bila nak bersedih? Kebanyakan ibu bapa bila anak gagal dalam peperiksaan, mereka larut dalam perasaan kecewa. Ada yang menghukum anak kerana kegagalan ini. Jadi tidak hairanlah anak-anak ada yang dirotan tak kurang juga didenda. Walaupun sudah dihukum, anak-anak ini tidak juga menunjukkan peningkatan dalam pelajaran.
Daripada terus menyalahkan anak, apa kata sebagai ibu dan ayah kita siasat kelemahan diri. Mungkin kegagalan anak sebenarnya berpunca daripada sikap kita sendiri.
10 tip ini membantu kita membimbing anak-anak yang gagal agar berjaya dalam pelajaran
1. Sediakan keperluan belajar anak secukupnya. Ramai ibu bapa yang tidak memeriksa keperluan belajar anak dari semasa ke semasa. Pastikan alat tulis anak lengkap, buku tambahan, baju sekolah dan beg sekolah. Paling penting, pastikan semuanya berada dalam keadaan baik. Kadang ibu bapa tak perasan baju sekolah anak sudah terkoyak, ia menyebabkan anak diejek rakan dan mereka menjadi malu serta tidak berkeyakinan.
2. Pantau kerja sekolah anak dan semak surat daripada pihak sekolah. Kita juga kena spotcheck beg anak supaya tiada barangan yang bukan-bukan. Dengan cara kita dapat pantau kerja sekolah anak dan pastikan anak berada di landasan yang betul.
3. Jangan pandang rendah pada anak, letakkan harapan yang tinggi dan sentiasa beri motivasi kepada anak untuk berjaya.
4. Jika anak gagal, jangan menyindir atau memperlekehkan anak. Beri dia semangat untuk berjaya.
5. Jangan dedahkan kekurangan anak di depan kawan-kawannya. Pendek kata, jangan malukan anak. Mereka juga ada perasaan jadi jaga maruah anak!
6. Buat jadual belajar. Ramai ibu bapa yang mengharapkan anak membahagi masa antara pelajaran dan aktiviti mereka seperti bermain. Dalam usia ini, anak belum mampu untuk melakukan semua itu sendiri. Bantu mereka mengatur masa.
7. Puji anak jika dia berjaya atau melakukan perkara yang baik. Perbuatan ini membakar semangat anak untuk lebih berjaya.
8. Beri ganjaran bila anak dapat keputusan yang bagus.
9. Lupakan junk food atau makanan segera. Makanan ini bukan sahaja boleh memudaratkan kesihatan malah membuatkan anak pelupa. Beri makanan sunah seperti kismis dan makanan berkhasiat agar membantu anak cergas.
10. DOA, DOA dan DOA! Selepas berusaha doalah kepada Allah agar anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Doa ibu yang paling afdal, sebutkan nama penuh anak dan bermohon dengan sepenuh hati kepada Allah agar anak yang kita kandung menjadi anak yang hebat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...