Sekarang semua mak, ayah panik apabila stok vaksin influenza rata-rata sudah habis. Bukannya habis terus, tetapi stok akan sampai dalam jangka waktu terdekat. Maklumlah masing-masing mula panik dan semua beria-ria mahu kebalkan anak-anak dengan vaksin influenza, tengah wabak.

Tetapi sebenarnya selain dapatkan vaksin, anda juga boleh mula mencegah penularan influenza ini dengan cara lain. Mula-mula bawa bertenang dan jangan panik.

Ikuti dan fahamkan perkongsian Dr Erna Nadia ini:

JANGAN PANIK NA
Vaksin influenza ini sebenarnya sudah lama ada cuma orang kita sahaja yang belum cakna sebab belum ada wabak sebegini. Terakhir rasanya masa tahun 2009. Selepas itu kita mudah lupa dan alpa. Ini adalah biasa, kan?

Macam orang yang beria-ia benar boikot makanan segera bagai ketika tsunami tetapi selepas setahun bila lihat balik restoren makanan segera sentiasa penuh.

Jadi, sekarang bila influenza tengah wabak, maka berduyun-duyunlah yang mahu mendapatkan vaksin kerana risau akan kesihatan diri dan anak-anak serta orang tersayang.

IKLAN

Stok vaksin yang selama ini tidak pernah di order lebih pun kehabisan. Sebab manalah kita tahu bila akan wabak, kan?

Atas sebab inilah stok vaksin yang ada kehabisan hampir di kesemua klinik dan hospital swasta di Malaysia. Maka, kita perlu bersabar menunggu stok vaksin yang baru masuk

Harapnya kali ni pencegahan kita tidak lagi hot hot chicken shit seperti sebelum ni.

Ambillah vaksin influenza setiap tahun untuk mencegah dari mendapat penyakit ini.

IKLAN

Belajar Dari Kesilapan

Dan kita belajar daripada kesalahan.
Mungkin selama ini kita jarang pentingkan soal kebersihan dan adab-adab bila batuk atau bersin.

Harapnya lepas ini, orang kita makin cakna untuk cuci tangan sebelum makan, cuci tangan selepas berbuat apa-apa aktiviti, tutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, pakai topeng muka jika kena penyakit berjangkit, duduk diam-diam dalam rumah jika doktor suruh kuarantin dan kurangkanlah aktiviti di tempat awam yang ramai jika anak-anak tidak sihat. Di sini, moral yang kita dapat adalah tidak mementingkan diri sendiri.

Untuk pengetahuan semua, bukan kes influenza sahaja yang menular. Kes denggi dan chikugunya juga makin berleluasa. Kes kematian akibat denggi juga makin bertambah.

Please please please periksa kawasan rumah
Check kalau ada air bertakung sila buang, jangan buang sampah merata, jangan biarkan parit atau longkang tersumbat, sembur ubat nyamuk kalau kawasan rumah banyak nyamuk.

IKLAN

Dan yang paling penting adalah jika anda tak sihat, tolonglah dapatkan rawatan doktor ya. Jangan menangguh dan jangan bertanya di media sosial tentang petua petua

Demam panas
Sakit sakit badan
Batuk selsema teruk
Muntah
Cirit-birit
Sakit kepala
Tumbuh ruam di badan
Tak lalu makan

Jika ada tanda begini, datanglah periksa ya
Pstt : Yang penting, jangan panik. InsyaAllah semua wabak ini akan pulih. Sama sama kita jaga kesihatan diri kita dan orang lain ya

Dr. Erna Nadia
Prevention is always better than cure

MW: Ambil nafas, paling penting bila mak ayah atau anak-anak tidak sihat berjumpalah doktor. Dapatkan nasihat, makan ubat dan jalani rawatan yang sepatutnya di klinik atau hospital. Paling penting, kalau sakit mengakulah sakit bukannya masih lakukan aktiviti harian seperti biasa. Kasihan orang lain, takut dijangkiti nanti.

Sumber: Erna Nadia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI