biji kolestrol

Faham tak kenapa biji kolestrol mula menyerang di kulit wajah? Haaa… Jangan nak kaitkan dengan salah pakai produk ya, sebab antara punca biji kolestrol ini boleh muncul di kulit wajah ada dalam perkongsian Doktor Khairul Faizie kali ini.

Nah, jemput hadam sebelum tertipu dengan produk di pasaran.

Punca Biji Kolestrol

Aku pernah jumpa satu page FB yg jual produk untuk hilangkan biji kolestrol.

Biji kolestrol yang korang risau ni, namanya pun ada kolestrol. So, tolong jangan mudah-mudah beli produk untuk disapu di biji kolestrol ini. Tolong jumpa doktor terlebih dahulu.

Kenapa?

Di page yg jual produk dinyatakan sebab-sebab adanya biji kolestrol, antaranya “pemakanan yang berminyak”.

Ok, ini boleh di anggap fakta.

Tapi dinyatakan juga punca biji kolestrol ni ialah sebab “udara kotor” ?? Dan “kesan pemakaian barang kosmetik”?? Dan “tak cuci muka dengan betul” ?

Ini semua bukan fakta, tidak betul.

IKLAN

Untuk mudah faham, biji kolestrol ni ialah pengumpulan lemak di kulit. Ia terjadi bila level kolestrol jahat dah tinggi dalam badan.

Tu sebab kena jumpa doktor, untuk buat ujian darah check level kolestrol. Kena mulakan rawatan ubat kolestrol, bukan sebarangan sapu krim.High cholesterol lagi serius bermakna saluran darah anda tersumbat ➡️ penyakit jantung/ heart attack/ stroke.

Dan terkeluarnya ” biji kolestrol ” ni ada jenis nya yg ada kaitan dengan penyakit diabetes. Ada yg ada kaitan dengan penyakit keturunan kolestrol tinggi,Familial Hypercholestrolemia, ada yg berkait dengan penyakit hati seperti Primary Biliary Cirrhosis.

Kalau Naik Biji Kolestrol, Jumpa Doktor Dulu

Nampak? Tu sebab tolong JUMPA DOKTOR, bukan selamba beli produk. Penyakit-penyakit yang ada kaitan tu, kalau tak dikesan dan dirawat cepat, memang berisiko cepat masuk kubur.

Dan, produk yg dijual guna bahan kimia( ubat) apa? Berapa dos nya? Kekuatan nya? Aku tak tuduh produk ini guna bahan terlarang ya, cuma, kalau korang nak tepek sapu ubat cream kat kulit, tolong lah ambil cakna apa benda yang korang sapu. Ubat krim untuk biji kolestrol ni kalau doktor pakar kulit guna, dia tahu dos yang sesuai, kekuatan yang sesuai, berapa lama perlu sapu, dan expected side effect yg ada,jika berlaku.

Korang beli produk ni, penjual ada nasihatkan tak benda-benda ni? Kalau ada, mana dia dapat info nasihat tu? Adakah yang jual krim biji kolestrol ni seorang doktor pakar kulit? Ini isu yang korang perlu cakna.

IKLAN

Penyakit terkumpul nya lemak pada kulit sampai kita nampak, di panggil XANTHOMATA. Ia berasal dari bahasa Greek, xanthos yang bermaksud kuning.

Sebab warna lemak / biji kolestrol tu kekuningan atau kuning keorenan.

Ada banyak jenis Xanthomata.
Xanthomata lebih byk terjadi pada perempuan.

1) Xanthelasma.
Ini ialah jenis xanthomata yg paling biasa. Plak kolestrol tu banyak di kawasan kelopak mata, atas bawah.

2) Tendon xanthoma.
Selalu jadi di kawasan yg ada tendon atau ligamen. Di jari, di kaki atau tangan.

3) Tuberous xanthoma.
Selalu terjadi di pressure area macam lutut, siku, tumit dan punggung.

IKLAN

4) Eruptive xanthoma.
Jenis yg ni biasanya gatal, dan mungkin sakit jika di tekan. Biasa di kawasan punggung, bahu, lengan.

5) Plane xanthoma.
Boleh berlaku dimana mana bahagian badan.

6) Palmar xanthoma.
Macam jenis plane xanthoma, tapi di kawasan tapak tangan.

So nampak tak? Banyak jenis dan rupa ” biji kolestrol ” ni.

Dan sebab banyak jenis dan lokasi, maka rawatan nya pelbagai. Tapi satu rawatan yg pasti kena buat, ialah ubat utk kurangkan kolesterol jahat ( LDL, Triglyceride).

Rawatan lain, yangg mana ikut kesesuaian:

➡️ Teknik freezing ( cryosurgery)
➡️ Laser
➡️ Surgery
➡️ Guna bahan kimia, sapu eg Trichloroacetic acid.

Rawatan-rawatan ini pun mungkin ada side effect, contohnya parut. Ataupun perubahan warna kulit. So doktor pakar akan pantau betul betul masa sesi rawatan. Korang beli produk, kalau jadi side effect, macam mana?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI