Terlalu banyak kes terutamanya dalam hubungan suami, isteri menjadi parah apabila salah seorang pasangan mengambil jalan mudah mendedahkan masalah yang dihadapi di media sosial. Perkara ini menjadi isu biasa sama ada di kalangan masyarakat mahu pun selebriti.

Sesungguhnya membuka pekung di media sosial bukanlah jalan penyelesaian dalam satu-satu masalah rumah tangga.

Kadang kala hanya sekadar berkongsi rasa dan akhirnya hubungan suami dan isteri menjadi keruh gara-gara komen daripada kenalan terdekat atau netizen yang tidak memahami masalah sebenar yag dialami.

“Jangan menyelak kain di media sosial, pilih jalan lain.”- Tauke Jambu
Sumber: Instagram

Tauke & Isteri Hampir Berpisah

Tauke Jambu merupakan salah seorang selebriti yang berhadapan dengan kemelut rumah tangga apabila isterinya Nadia mengeluarkan kenyataan yang mereka telah berpisah.

IKLAN

Kenyataan tersebut telah membuatkan ramai netizen mencerca Tauke dan memberi impak negatif kepada mereka berdua. Namun begitu, Nadia selepas itu memohon maaf secara terbuka kepada Tauke dan menjelaskan bahawa apa yang terjadi adalah berpunca daripada dirinya sendiri gara-gara menurut perasaan marah.

“Saya dan isteri hampir berpisah gara-gara meluahkan perasaan di media sosial. Apa yang dapat saya katakan jika berhadapan dengan masalah jangan luahkan pada orang lain atau media sosial sebaliknya jalan terbaik adalah luahkan pada Tuhan. Allah kan ada.

IKLAN

“Dengan apa yang pernah berlaku kepada saya dan pengalaman yang saya lalui sebelum ini, saya dan isteri telah sama-sama berjanji untuk tidak meluahkan di media sosial lagi. Tetapi sebagai manusia biasa, kaang-kadang kita tidak boleh kawal perasaan, akhirnya tersalah langkah.

“Sebaiknya  setiap kali ada masalah beringatlah jika kita selak kain pada orang malulah. Jadi fikirlah dahulu sebelum meluahkan apa-apa di media sosial. Lagi satu sebaiknya jika suami atau isteri lakukan salah, cuba cover atau back up suami. Insyallah isteri akan dapat ganjaran pahala pabila menjaga aib suami,” jelas Tauke.

“Jangan menyelak kain di media sosial, pilih jalan lain.”- Tauke Jambu
Sumber: Instagram

Nasihat Tauke

Nasihat Tauke pada pasangan suami isteri di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah, jangan sesekali membuka pekung atau membuka aib suami sebaliknya cuba selesaikan cara baik agar kebahagian rumah tangga dapat dikekalkan.

IKLAN

Tambahnya, selain menjaga keharmonian rumah tangga, ingatlah bahawa tidak kiralah sama ada kita kaya atau kita miskin, keluarga paling penting dan tindak boleh dibeli.

Bagi mereka yang ketinggalan menonton Mingguan Wanita Talkshow 12 tengahari tadim jangan lupa saksikan siaran ulangan pada jam 8 malam di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 dengan topik “Membuka Pekung”.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI