
Jangan terlalu banyak melepaskan tanggungjawab pada isteri, risau dia rasa suami macam tak wujud. Kadang isteri tak meluah, tetapi dia banyak memendam dan sampai satu tahap akan meletup!
Ya, ini sangat bahaya. Boleh membawa kepada isu berpisah. Yang terima nasibnya, anak-anak yang masih kecil.
Jangan Terlalu Banyak Melepaskan Tanggungjawab Pada Isteri

Silap seorang suami adalah dia terlalu banyak melepaskan tanggungjawabnya pada isteri. Dia tahu isterinya serba serbi boleh. Masak, jaga anak. Kemas rumah, kemas dapur. Tukar pampers anak. Bersihkan tandas, gosok baju.
Semua urusan disandarkan terus pada isteri kerana isteri pandai berdikari. Maka suami kerap lepas tangan dan biarkan isteri terkontang kanting buat sendiri.
Risau Dia Rasa Suami Macam Tak Wujud

Hingga pada satu masa nanti, isteri sampai tidak menganggap suaminya itu wujud dalam rumahtangga.
Apa beza suami ada jika semua hal isi rumah, bergantung penuh pada isteri. Kes semacam ini memang banyak datang pada Tok Abah. Ada yang masih boleh diselamatkan dan ada yang si isteri tak tahan dan minta pisah.
Buat para suami di luar sana, kalian pasti bangga ada ‘superwoman’ di rumah yang urus sendiri. Tetapi, sekuat mana seorang isteri, tetap juga dia perlukan kehadiran dan bantuan kamu disisi.
Saling Membantu Apa Yang Patut

Rumahtangga terbentuk dari dua insan yang bergerak seiringan. Namun jika hanya seorang sahaja yang bergerak, maka tak runtuhlah dan hilanglah bahagia. Kena sentiasa beringat, mengurus rumahtangga itu pemimpinnya adalah suami. Isteri hanya menyokong dan membantu sahaja.
Jangan lepas beban ke isteri ya. Bukan mencari salah tetapi ini nasihat umum untuk semua lelaki yang memegang status suami.
Semoga semua suami yang membaca tulisan ini adalah suami-suami yang soleh, yang mewarisi akhlak seperti akhlak Rasulullah.
Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




