Kalau anak kedua ada sindrom anak kedua, anak sulung juga ada peelnya yang mak kena jaga-jaga. Biarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah-rendahkan kebolehannya depan adik-adik mahupun orang lain.
Pantang tersilap sedikit, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap! Kata orang sekarang. Sebenarnya ada sebab kenapa anak sulung berperangai semacam itu.
Ini Penyebabnya…
1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah
Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak.
Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik.
Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini.
Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.
Ads
2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat
Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggung jawab.
Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.
3. Jatuhkan Standard Dalam Diam
Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah.. dia cium pipi adik dengan geram.
Ads
Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi.
Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain.
Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi denfan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung saja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.
Ads
Nota
Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya.
Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung.
Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya.
Ingat! Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.
Tomato Ceri memang selalu digunakan dalam masakan, dimakan begitu sahaja mahupun dicampurkan dalam salad. Mudah rupanya nak tanam Pokok Tomato Ceri sendiri, semai daripada biji benih, 4 bulan dah boleh dapat hasilnya.
Mak-mak yang suka bercucuk tanam, nak cuba semai sendiri pokok tomato ceri di rumah boleh cuba ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin ini. Paling penting bebas baja kimia, lebih organik dan jimat kos belanja dapur. Petik segar terus je dari pasu.
3 Cara Mudah Tanam Tomato Ceri dan dapat hasil dalam masa 4 bulan
Cara-Caranya:
1. Hiris tomato ceri lepas tu letak hirisan tomato dalam bekas semaian(aida guna container dia je).
2. Lembapkan tanah dan letak tempat gelap (sebenarnya lupa sedar-sedar dah bercambah macam dalam gambar selepas 9 hari.
3. Biarkan anak pokok besar sikit dan alihkan macam biasa ke tempat yang sesuai.
4.Aida letak dalam polibeg. Siram pagi dan petang.
Info Ekstra:
Sebenarnya ni pun lambat sebab lambat alih rasanya kalau orang lain tanam mesti lagi cepat dapa hasilnya.
Tomato ni memang perlu air yang banyak. So siram la 2 atau 3 kali sehari kalau tak nanti pokok jadi cepat kering.
Dalam masa 4 bulan ni Aida pun tak jaga sangat. Siram je kejenya.
Kalau perasan dalam setiap polibeg ada daun bawang putih. Aida tanam bersama pokok ni bawang putih sebab binantang tak suka kan bau dia. Kita tak nak ada putih-putih bena tu nanti rosak pokok dan daun jadi kecut.
Perlu kena matahari juga tapi awal-awal bagi tempat teduh. Saya letak baja bahan dapur.
Boleh juga letak Baja air compost. Iaitu compost pereputan dari bahan-bahan yang kita buang dalam tong compost.Tong compost tu tak boleh bubuh buah-buah citrus dan tulang-tulang ikan, ayam, kulit udang semua sebab nanti busuk.
Sebab tong compost ni kita guna macam sayur-sayur yang buruk, busuk kita layerkan dengan tanah yang ada bakteria. Ambil masa dalam 2-3 bulan untuk bahan-bahan tu mereput dan compost.Dalam masa tu air tu kita buang dan boleh guna untuk siram pokok.
Pelakon Izara Aishah ternyata lembut hati dalam menunaikan permintaan seorang suami orang untuk membahagiakan isterinya dengan sudi berkongsi tutorial dalam menggayakan selendang.
Ia susulan permintaan suami tersebut bertanyakan gaya tutorial yang dipakai oleh pelakon ini dalam gambar satu sesi fotografi baru-baru ini.Ini kerana isterinya ingin mencuba gaya yang sama pada hari raya nanti.Memang nampak manis dan sopan gaya tersebut.
Susulan permintaan ikhlas suami tersebut buat isteri tersayang, Izara Aishah yang juga pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah, 30 ini rasa ‘terpanggil’ untuk menunaikan hasrat tersebut.
Penampilan terkini yang manis bertudung labuh, Izara mengakui dia masih dalam proses belajar menggayakan hijab dengan sempurna dan kemas.
Gaya pelakon yang pernah membintangi drama Ombak Rindu The Series ini ternyata cukup sopan selepas berhijrah mengenakan hijab. Malah cukup lemah lembut dalam berkongsi video tutorial selendang yang digayakan.
Ibu kepada Irisa Alaia, 2 ini berkata selendang yang digayakan adalah jenis bidang besar dan ditempah khas, namun boleh juga cuba selendang saiz biasa untuk menggayakan stail yang digayakannya. Gaya ini juga memerlukan pin tudung yang banyak untuk lebih kemas.
Berikut video penuh Tutorial ‘Shawl’ Gaya Izara Aishah seperti yang dikongsikan.
Mingguan Wanita: Baiknya hati Izara Aishah tunaikan permintaan suami ini untuk membahagiakan isterinya. Malah memang nampak manis dan sungguh sopan penampilan terbaru Izara selepas berhijrah ini. Moga kekal istiqamah.
Dari setiap pergerakan kita dari hujung tangan hingga hujung kaki, ada fungsinya. Begitu juga bila kita buat gerakan tertentu, ia akan membantu kita untuk mengurangkan masalah yang dialami.
Bukan percayakan dengan buat gerakan, tapi sekadar berusaha untuk kita tahu tahap kesihatan diri kita. Selebihnya, kenalah dapatakn rawatan lanjuk daripada hospital atau klinik.
Perkongsian daripada Bos_ding ini mungkin boleh membantu untuk melihat otak kita sihat atau tidak. Maksudnya, dengan buat gerakan ini boleh membantu untuk mengetahui tahap otak kita dan masalah kesihatan lain. Video yang cukup viral di tiktok untuk buat gerakan ini. Kena cuba.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.