Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair! Betul Ke? Apa Kata Doktor
Gambar sekadar hiasan

Jangan mandi malam nanti paru-paru berair! Sejak kita kecil itulah peringatan yang sering keluar daripada mulut mak ayah bila lihat anaknya mahu mandi pada waktu malam.

Benarkah apa yang dikatakan oleh mak ayah ini? Kita perlu dengar kata mak ayah tetapi kadangkala apa yang dikatakan oleh mereka ini boleh buatkan kita jadi keliru samada hendak percaya atau tidak.

Bagi menjawab persoalan ini, lebih baik kita mendapatkan penjelasan sebenar daripada pengamal perubatan atau doktor perubatan yang bertauliah.

Boleh Baca Perkongsian Daripada Doktor Ahmad Samhan Awang Ini.

Pengikut Doktor Ahmad Samhan pasti mengetahui beliau suka berkongsi tip-tip berguna berkaitan penyakit dan masalah kesihatan di laman facebook Ahmad Samhan Awang dan channel telegram Dr Samhan. Berikut adalah antara perkongsiannya.

Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair! Betul Ke? Apa Kata Doktor
Dr Ahmad Samhan

Jangan Mandi Malam Nanti Paru-Paru Berair!

Paru-paru berair adalah keadaan di mana terdapat cecair di dalam lapisan yang meliputi paru-paru.

IKLAN

Kita perlu faham “paru-paru berair” di dalam istilah perubatan ada beberapa terma: pulmonary oedema, pleural effusion, pneumonia.

Semuanya tak sama!

Ya, memang pemahaman masyarakat semuanya dikata “paru-paru berair”.

Bagi kami pengamal perubatan, kami perlu tahu lebih spesifik, air itu berada di rongga mana dan di dalam konteks penyakit apa.

Antara puncanya adalah kegagalan jantung, jangkitan tuberkulosis atau trauma pada paru-paru.

IKLAN

Jadi, mandi malam tidak ada kaitan langsung penyakit paru-paru berair!

Baca Sini:
Endometriosis, Ramai Wanita Derita Dalam Diam!
Pesakit Dengan Keadaan Paru-Paru Kronik Perlu Elak Covid-19, Amal Langkah Pencegahan!

Jangan Mandi Malam, Nanti Paru-Paru Berair! Betul Ke? Apa Kata Doktor
Gambar sekadar hiasan

Tak Logik!!!

Tak logik, air yang kita mandi mengalir masuk melalui kulit dan terus mengalir ke paru-paru.

IKLAN

Orang tua larang mandi malam mungkin dulu perigi ada di luar rumah. Mandi malam itu bahaya, bukan penyakitnya tapi takut tak nampak jatuh perigi.

Kan susah kalau dah jatuh perigi. Bimbang juga jika ada orang skodeng!

MW: Semoga perkongsian tip kesihatan dan perubatan daripada doktor ini bermanfaat buat semua. Jika ada sebarang kemusykilan boleh merujuk kepada pengamal perubatan anda.

Sumber: Dr Ahmad Samhan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI