Mak ayah bila dah berjanji dengan anak tunaikan lah. Lagi-lagi bila janji nak belanja anak makan sedap. Tak perlu nak lengah-lengahkan waktu, sebab anak yang menuntut janji itu amat mengharap sebenarnya.
Anak-anak mungkin tak tunjuk, tapi dalam hati dia sarat penantian. Ibu empat anak, Maryam Salleh berkongsi 8 tip murah rezeki. Cuma beri layanan baik dekat anak-anak saja.
Sebab bila mak ayah tunaikan janji dengan anak-anak, mereka bahagia dan doakan mak ayah mereka. Nanti lain-lain kebaikan pasti akan menyusul.
Ads
Nak Murah Rezeki? Selain Belanja Anak Makan, Mak Ayah Layan Anak Macam Ini..
1. Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
2. Minta anak-anak doakan kita selalu. Bebudak kan tiada dosa. Doa mereka cepat sampai pada Rabb tanpa halangan. Makbul.
3. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikan lah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih mummy akan belikan. Janji tau.
Ads
4. Jangan sombong dengan anak, jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik ALLAH.
5. Jangan takbur dengan anak, setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak jadi penyebab kepada rezeki. Bukan datang dari usaha keras kita semata-mata.
6. Sediakan keperluan yang terbaik buat mereka. Prihatin terhadap perkembangan dan emosi anak-anak.
Ads
7. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak.
8. Bersyukurlah kerana di kurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak di berikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
Akhir kata,
setiap anak yang lahir itu sudah Allah tetap kan rezekinya sejak dari awal kandungan lagi.
Apa kita nak risau, anak adalah magnet rezeki, penyejuk hati.
Sumber/Foto : Maryam Salleh, Ibu anak empat pun masih shantek lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau sudah sah menjadi suami orang, setiap hari kena semak apa yang kurang dalam rumah tangga. Bukan hanya dari sudut nafkah, tetapi emosi seorang isteri juga patut dijaga.
Bahagia itu pilihan. Ada suami cukup pandai menghargai isteri, tetapi ada suami yang langsung cuma tahu gali kekurangan pihak isteri.
Balik-balik rumah, hanya tahu kritik. Tengok badan isteri berisi, lagi teruk diperli. Apa lagi yang berani curang di belakang isteri. Allah… moga kaum suami boleh renungkan kejap dengan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Betulkan mana yang silap dalam rencah rumah tangga.
Saat kita menjadi suami…
Saat kita menjadi seorang suami, kita diberikan satu amanah, iaitu utk bertanggungjawab terhadap isteri kita. Banyak tanggungjawab yang kita perlu pikul, perlu galas dan ianya bukan tugas yang mudah.
Kita juga akan dipertanggungjawabkan untuk apa yang terjadi kepada isteri, kepada rumah tangga tu. Allah akan tanya kita kelak.
Sekarang mungkin kita rasa kita boleh buat apa yang kita nak, apa yang kita suka. Kita nak bagi nafkah, kita bagi. Kita tak nak bagi, kita buat tak tahu. Hak-hak seorang isteri, kita tak nak penuhi. Kita rasa nak mesej perempuan lain, berskandal dengan perempuan lain, kita buat. Isteri larang kita tak nak dengar. Kita sanggup bela maksiat tu lagi dari dengar nasihat. Kita menyakiti hati isteri, kita tak memahami diri isteri, kita buat isteri macam hamba abdi.
Tak apa, ini dunia. Di dunia boleh lah tapi setiap perbuatan yang kita buat tu ada balasannya. Kalau buat baik, insyaAllah baiklah ganjarannya. Kalau buat jahat? Azab, seksa dan ujian yang akan menanti kita sebagai suami ni. Jangan ingat kita boleh terlepas walau seinci pun.
Ada suami yang bila gaji masuk, keesokan harinya dah rasa tak cukup. Ada suami yang motor, kereta selalu rosak. Ada suami yang di tempat keje, selalu tertekan, keje banyak, gaji susah nak naik, bos selalu marah.
“Ketenangan” tu tak ada untuk suami yang tak memenuhi hak seorang isteri. Tak melayani isteri dengan baik.
Manakala suami yang mengutamakan isteri, tak berkira dengan isteri, selalu tolong isteri buat kerja-kerja rumah, selalu dengar nasihat dan teguran isteri, dia hargai isterinya, hidupnya sentiasa tenang. Rezekinya selalu murah, mencurah-curah, gaji sentiasa cukup, motor kereta jarang rosak, gaji selalu naik dan jarang rasa tertekan. Ketenangan itu yang semua orang nak.
Saat kita keluar rumah mencari rezeki, saat itulah doa seorang isteri mengiringi perjalanan kita. Dari pagi hingga petang, dari keluar sampai pulang. Jangan meremehkan doa seorang isteri, doanya tiada hijab sebab dia juga seorang ibu. Direct to Allah dan rezeki bukan sekadar wang ringgit. Kesihatan yang baik, ketenangan hati, urusan dipermudahkan itu semua rezeki.
Maka, berbuat baiklah pada isteri, penuhilah hak-hak isteri dan hargailah isteri. Kita sesekali takkan rugi selama mana kita mengganggap isteri itu sebahagian dari kehidupan kita dan bukannya menumpang hidup kita.
Nasihat dari seorang suami kepada suami yang lain. Apa yang kita buat di dunia yang akan menentukan timbangan kita diakhirat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sukarnya mahu buat orang faham situasi murung yang ibu depresi alami. Kerana tak semua nasihat yang diberi mampu hadam lumat dalam jiwanya yang celaru.
Mereka dibelenggu perasaan takut, paranoid malah trauma yang panjang. Dan jika tak dirawat sakitnya makin melarat.
Tapi berapa ramai orang yang belajar untuk faham..
Berapa ramai yang usaha nak membantu..
Dan berapa ramai yang tak pernah sekali jatuhkan hukum dengan ‘kata-kata’.
Wanita ini, Nad Masrom yang merupakan Kaunselor Laktasi pernah alami kemurungan dalam hidupnya. Tiga bulan dia ambil masa untuk berhenti menangis yang berpanjangan.
Selepas mengalami satu emosi kehilangan permata hati yang lahir dari rahimnya. Sebulan pertama, selepas arwah pergi cuma air mata jadi penemannya saban hari.
“5 tahun untuk pulih lebih banyak. Nak kata sepenuhnya pulih itu rasanya tidak. Sebab masih lagi ada perasaan takut walaupun tak seteruk dulu.”
Kongsinya dengan rakan fb yang bertanyakan status kemurungannya itu.
Sungguh, dalam melawan emosi depresi Nad menemui satu terapi yang membantunya melawan kemurungan yang tak bertepi itu.
Tak dapat bayangkan macam mana keadaan ibu yang ‘tergamak’ kelar 3 anaknya kemudian cuba kelar diri sendiri pula.
Tak dapat bayangkan betapa dasyatnya tahap kemurungan yang dialaminya.
Pengalaman saya sendiri satu ketika dulu yang sehingga tahap delusi selepas anak pertama saya meninggal dunia pun, masih tak boleh dilupakan.
Takut.
Trauma.
Paranoid.
Semua tu masih tak boleh hilang dari diri saya sampailah sekarang.
Ada ketikanya saya takut dengar anak menangis. Saya jadi berdebar-debar, panik, berpeluh-peluh.
Dalam pantang, saya selalu dikejar dengan bayang ketakutan saya sendiri. Takut yang saya tak pasti kenapa. Mungkin kerana peristiwa kehilangan Najla yang saya tak nak ia berulang lagi.
Mujurlah suami juga ada perasaan ‘trauma’ kehilangan yang sama. Jadi dia lebih memahami keadaan saya.
Memang susah nak buat orang lain faham. Orang lain akan beri pendapat yang tidak relevan pada diri kita sendiri (walaupun sebenarnya pendapat itu adalah betul).
“Ala.. relakslah. Semua mak alami benda yang sama..”
“Ala.. biasalah budak menangis. Biar je dia menangis, jangan dimanjakan sangat nanti jadi mengada-ngada!”
Bila dengar semua ayat-ayat ini, saya rasa macam diri sendiri TAK NORMAL jika dibandingkan dengan ibu-ibu lain.
Hanya keluarga terdekat yang sangat memahami. Mereka faham perasaan trauma yang saya lalui. Jadi mereka tak abaikan segala ‘ketakutan’ yang saya rasa.
Pantang saya telefon (kakak, kakak ipar atau anak saudara), laju mereka sampai depan rumah.
Tapi selepas saya jadi kaunselor penyusuan, saya belajar untuk kurangkan semua rasa ‘takut’ itu.
Saya cuba letakkan diri saya pada ibu-ibu yang mengadu ada masalah terutama ibu-ibu yang baru melahirkan anak dan masih dalam pantang.
Memahami masalah mereka sedikit sebanyak dapat membantu saya menguatkan diri saya dari ‘dalam’.
Dari situ saya sedar, saya tidak keseorangan.
Kemudian saya sengaja menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan bersama Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru dan BCNP.
Saya rasa OK walaupun penat.
Masa saya terisi dan kemurungan serta rasa takut saya dapat dikurangkan dan diatasi dengan baik.
Bila saya rasa sedih, saya akan MENULIS.
Tapi saya tak interpretasikan semuanya di media sosial. Penulisan yang emosional saya akan simpan sebagai draft. Bila saya dah ok, saya akan baca semula dan saya dapat rasakan betapa negatifnya diri saya ketika menulis luahan itu.
Saya ada ruang catatan saya yang tersendiri dan ia adalah privasi. Yang baik, saya akan berkongsi secara umum.
Cuma saya mula sedar, MENULIS adalah satu TERAPI yang sangat baik selain meluah.
Meluah kepada orang lain memerlukan kepercayaan yang tinggi pada seseorang itu. Dan inilah masalah saya, saya tidak mudah percaya pada semua orang.
Jadi, saya ambil langkah untuk menulis dan meluah segala isi hati saya.
Kebanyakan ibu-ibu yang datang untuk sesi kaunseling dan berada dalam keadaan tertekan, saya akan minta mereka menulis juga.
Selalunya perasaan akan berbeza sebelum dan selepas menulis apatah lagi bila kita cuba untuk bacakannya semula.
Kadang-kadang kita rasa takut untuk berkongsi. Takut untuk dikecam atau tidak bersedia untuk menerima pendapat tentang apa yang perlu dilakukan.
Tapi lebih bahaya kalau kita terus biarkan segala perasaan tu BERNANAH dalam diri.
Jadi, jangan terus simpan ia seorang diri.
Buat ibu-ibu yang mungkin sedang bercelaru atau runsing, cubalah terapi menulis ini.
Mungkin boleh mengubat sedikit perasaan ‘kecewa’ atau depresi yang ada dalam diri.
Kemudian mintalah pertolongan dari Allah agar diberi jalan penyelesaian untuk masalah yang kita hadapi.
Kadang-kadang, penyelesaian itu datang dalam pelbagai rupa. Kita boleh bertemu dengan orang yang alami masalah serupa atau Allah datangkan bantuan dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.
Depresi sangat bahaya. Prihatin dengan orang sekeliling kita. Mungkin ada di antara mereka yang perlu ‘diselamatkan’.
Don’t judge.
Help them.
Sumber/Foto : Nad Masrom, Kaunselor Laktasi Suka Menulis
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tip kali ini memang bagus untuk kaum isteri amalkan, cara nak lembutkan hati suami yang keras hati.
Secara fitrahnya, wanita ini diciptakan penuh dengan kelembutan. Jadi kalau dapat suami yang sifatnya kasar dan keras hati, pasti hati isteri akan terguris dan susah nak bawa berbincang dalam banyak hal. Pendek kata, asyik dia saja yang betul!
Untuk selesaikan masalah ini, jemput renungkan sejenak perkongsian daripada saudara Afnan Rosli, macam mana nak ubah sikap suami yang keras hati ini.
Suami saya ni KERAS KEPALA betul la, EGO, BEBAL, tak boleh dengar nasihat langsung! Pantang orang tegur, terus nak melenting!
Dia sorang je yang betul atas muka bumi ni!
Mesti ada yang cakap dalam hati macam ni kan?
Tips ni saya belajar waktu pergi Seminar Keluarga Sunnah Ustaz Ebit Lew. Ustaz cakap setiap hari buat Majlis Ta’alim wa Ta’lum dalam rumah. Tak boleh lama, buat 10 minit pun jadi lah.
Apa tu Ta’alim Ta’alum ni? Maksud dia dari segi Bahasa Majlis Belajar dan Mengajar. Basicly Ta’alim ni simple je. Just ambil satu kitab. Tak kisah la, Hadith ke, Buku Agama ke, buku tentang Keluarga Bahagia ke.
Then cari satu masa tetap setiap hari untuk sit down husband & wife. Baca buku tu. Sorang baca sorang dengar. Jangan dua-dua baca, berperang pulak nanti.
Ustaz Ebit masa seminar tu, banyak cerita kisah-kisah suami yang berubah, keluarga jadi Bahagia Gembira lepas buat Taalim.
Kata Ustaz Ebit, Tuan-tuan buat dulu 40 hari. Kalau tak jadi datang tampar saya kuat-kuat. Tapi saya check dulu la, kalau tuan-tuan tak buat betul-betul, saya pula tampar Tuan-tuan kuat-kuat.
1. MELEMBUTKAN HATI
Ilmu ni kalau hari-hari kita dengar, hati keras pun boleh jadi lembut. Hari-hari kita lazimkan dengar kebesaran Allah, baru lah hati tu tak rasa besar diri. Baru lah terasa diri ni kecil.
2. BERI MASA UNTUK SUAMI DENGAR ISTERI
Biasa nya kalau jenis suami susah nak dengar pendapat isteri, ini lah masanya. Bila isteri baca suami akan dengar. Begitu juga pada isteri, suami baca isteri akan dengar. Bila buat hari-hari, otak akan bagi ruang untuk kita dengar apa pasangan kita cakap. Bukan asyik nak menyampuk, nak bangkang ajee.
3. WAKTU BERTENANG
Waktu Taalim ni adalah waktu bertenang. Dua-dua yang kalau jenis nak berperang ajee, waktu ni lah waktu bertenang. Takkan depan kitab pun kau nak gaduh.
4. JADI LEBIH BAIK SETIAP HARI
Dengan Taalim, secara tak langsung kita jadi orang yang lagi baik setiap hari. Tiap hari dapat ilmu baru, tiap hari check diri sendiri, apa yang nak kena improve untuk hari esok. Agak-agak lepas setahun macamana hidup kita berubah kan? Lepas 10 Tahun? Great Things Waiting for sure!
5. PUPUK SEMANGAT TOLAK ANSUR & SABAR
Walaupun nampak kecil je Taalim ni, tapi bila kita mampu bersabar untuk 10,15 minit setiap hari. Duduk dengan isteri kita dengar ilmu, baca ilmu. Tahan diri dari main phone. Lama-lama rasa tolak ansur dan sabar tu akan pelan-pelan meresap dalam hidup seharian kita. Small changes in behaviour can results in Great Positive Impacts to your life!
6. RAHMAT MENCURAH CURAH
Kan Nabi dah cakap, orang yang duduk dalam Majlis Ilmu ni, Rahmat Allah turun mencurah curah. Malaikat menaungi kita dengan sayap mereka. Bayangkan hari-hari hidup kita sekeluarga Malaikat naung dan Allah bagi Rahmat. Kan BEST tu.
Ni hanya lah sebahagian kecil manfaat2-manfaat hidupkan budaya Ilmu dalam rumah tangga. Kalau boleh include kan anak-anak sekali. Jangan skip walaupun sehari.
Ustaz kata kalau tak sempat, buat Video call semua anak-anak baca Taalim dalam group. InsyaAllah Keluarga akan lebih Sakinah wa Rahmah.
*Malas macam mana pun jangan skip.
Gambar ni waktu saya mengantuk gila. Saya cakap kat wife, takyah la Taalim harini. Dia suruh tidur atas peha dia. Then dia baca Hadith sambil cungkil biji mata saya macam ni. Tak nak bagi tidur.
So Sepanjang Taalim saya tidur mata terbuka. Huhu. Takpela, tidur dalam majlis ilmu pun dapat pahala kaaan.
Mulai harini cuba la buat di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Biasanya ramai yang kurang ambil cakna bab pelepasan cukai, suka isi saat akhir dan akhirnya kelam kabut cari resit itu ini. Malahan majoriti orang kita akan tunggu bulan Mac atau April setiap tahun baru nak gelabah buka website e-Filing.