Tiada perempuan manapun yang meminta dirinya bergelar ibu tunggal. Setiap dari mereka yang mendirikan rumahtangga pastinya mahu kekal hidup bahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan.
Pada kebiasaanya apabila terjadinya perpisahan sudah pasti wanita yang lebih terasa kesannya. Malah ada yang tidak mahu keluar rumah dan air mata menjadi teman setia.
Kesannya anak-anak yang menyaksikan kesedihan, apatah lagi apabila suami sudah ada pengganti wanita lain dalam hidupnya.
Jadilah Perempuan Yang Tabah
Sebagai seorang wanita yang tabah, Nor Ain Osman, 32 yang pernah kami siarkan kisahnya sebelum ini di Majalah Mingguan Wanita, pada awalnya seperti wanita-wanita yang alami nasib yang sama, namun dia tersedar awal dan tidak membiarkan diri terus berkelana.
“Sebenarnya bila membuat keputusan untuk berpisah, golongan wanita perlu bersiap sedia dari segi mental, emosi dan juga fizikal. Jangan biarkan diri terus murung dan bangkitlah. Saya pada awalnya memang bersedih dengan apa yang berlaku.
“Syukurlah saya dapat hilangkan rasa sedih ini, saya bangkit demi anak. Cuma ada seketika masa untuk saya muhasabah diri. Tapi bila berada di tempat kerja, perasaan sedih itu hilang perlahan-lahan. Sehingga satu masa, saya bagai sudah terbiasa hidup berdua bersama anak kesayangan,” ujar Nor Ain membuka bicara.
Fikirkan Yang Terbaik Untuk Diri Sendiri
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang tetapi membesar di Kuala Lumpur ini mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 7 tahun.
“Saya mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 7 tahun dan telah menjadi ibu tunggal selama tiga tahun lebih. Saya berkahwin di usia 23 tahun ,mempunyai anak pada usia 25 tahun.
“Saya berpisah dengan suami ketika berusia 30 tahun. Keputusan berpisah dengan suami di ambil setelah berfikir panjang mengenai hubungan kami sebagai suami isteri dan memikirkan apa yang terbaik untuk diri saya,” kata anak ketiga dari tujuh adik beradik.
Nor Ain turut menjelaskan sepanjang bergelar ibu tunggal dia berasa sangat beruntung kerana keluarga terutamanya ibu paling banyak memberi bantuan kepada dirinya.
“Syukur kerana ibu saya banyak membantu. Saya juga sangat menghargai segala nasihat dan juga bantuan dari orang yang saya sayangi ini. Bukan itu saja, malah adik beradik juga banyak memberi sokongan agar saya terus kuat dan membesarkan anak dengan baik,” tambah Nor Ain.
Anak Sudah Terbiasa Dengan Keadaan Hidup
Ditanya tentang penerimaan anaknya terhadap perpisahan yang dialami, Nor Ain menerangkan dia dan bekas suami berpisah sewaktu anaknya masih kecil. Oleh itu, anaknya sudah terbiasa dengan kehidupan mereka.
“Dari kecil anak sudah biasa ditinggalkan bersama saya, berdua. Jadi penerimaan tu jadi biasa, bila bersekolah rendah dia akan bertanya juga, tapi saya kena pandai jawab setiap persoalan berkaitan ayahnya.
“Lagipun kami sudah biasa berdua, jadi anak memang jarang bertanya tentang ayahnya. Saya bersyukur, walaupun tidak bersama suami namun anak dapat menerima dengan baik,” terang Nor Ain yang berasa bersyukur kerana dapat mengharungi dugaan ini dengan penuh tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi.
Punya kerjaya sendiri, Nor Ain juga rasa sangat bertuah kerana mempunyai pendapatan tetap. Memagang jawatan sebagai Pengurus di sebuah syarikat, dia sudah bertugas selama 11 tahun di syarikat yang sama.
“Alhamdulillah bila kita reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan, Allah sentiasa berikan rezeki yang baik kepada umatnya. Syukur kerana saya masih bekerja dan mampu menyara keluarga. Saya pun bekerja dengan syarikat dan setia bekerja selama 11 tahun.
“Dalam kerjaya, bos saya banyak memberi nasihat berkaitan kerjaya dan saya juga beruntung kerana rakan sekerja banyak memberi nasihat positif. Saya juga turut bersyukur kerana dikelilingi dengan mereka yang positif dan membuatkan saya tidak mudah putus asa bila berhadapan dengan masalah,” ujarnya.
“Saya juga percaya pada rezeki Allah. Di mana saya berpegang pada kata-kata “setiap kerja saya buat, berusaha bersungguh sungguh., tak kesemua mudah dan senang untuk kita nak capai.”
“Pada saya juga tanpa usaha dan tawakal memang payah nak datangnya rezeki itu. Dari segi sumber kewangan, sejujurnya kadang-kadang ada sangkut juga. Tetapi percaya pada rezeki Allah mesti ada penyelesaiannya,” luah Nor Ain.
Dugaan Yang Tersendiri
Nor Ain turut memberitahu walaupun dia tidak menghadapi banyak rintangan seperti ibu tunggal lain, namun sebagai seorang ibu yang membesarkan anak sendirian dia turut menghadapi dugaan yang tersendiri.
“Cabaran membesarkan anak sendiri, tapi bagi saya pada zaman sekarang membesarkan anak sendiri bukan perkara mustahil selagi kita bekerja, mempunyai kudrat, mempunyai akal dan fikiran mengambil alih tugas seorang ayah bukan satu perkara yang mustahil.
Tetapi satu perkara kena ingat selagi anak berbintikan atau berbin akan nama ayahnya, sampai mati tak boleh dipisahkan hubungan antara mereka.
“Bagi wanita di luar sana, jika anda sudah mengambil jalan untuk berpisah dan tidak mahu hidup bersama pasangan masing-masing buatlah persediaan awal dari segi mental dan fizikal.
“Jangan menjadi seorang perempuan yang terus lemah bila berpisah dengan suami di mana tanpa suami kita masih boleh meneruskan kehidupan dengan anak anak. Mana yang lepas jadikan pengajaran, ambik sebagai iktibar untuk perbaiki mana yang kurang. Muhasabah diri dengan ketentuan yang Allah sudah tetapkan,” akhiri Nor Ain.
Sumber Foto: Koleksi Nor Ain
Baca Disini Juga:
“Wanita Tak Lemah, Lebih HEBAT Dari Lelaki. Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian!” Lufya
“Saya Kesempitan Wang’, Ibu Tunggal Sanggup Larikan Motosikal Untuk Membayar Kos Perubatan Anak
Wany Rai 1 Syawal Bersama Ibu “Pandemik Atau Tidak, Saban Tahun Memang Berdua Sahaja”
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI