Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali memang hebat memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.
Baru-baru ini, isu berkaitan ikan yang paling sesuai digunakan di dalam masakan laksa menjadi viral di laman Facebook. Ia susulan terdapat satu komen dari pengguna laman Facebook yang menyatakan, usah jatuhkan martabat orang dengan menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan laksa.
“Kalau tiada ikan parang, gunalah ikan tenggiri. Jangan jatuhkan ‘standard’ kami orang Johor dengan menggunakan ikan selayang dan kembung. Itu ‘standard’ orang utara dan timur,” komen Siti Rahmah Ahmad.
Komen tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Jangan Bergaduh Pasal Laksa
Berikutan perkara tersebut, ia mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga merupakan puteri raja berasal dari Johor.
Tunku Azizah bertitah di laman Instagram agar rakyat tidak berkelahi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat tentang bahan masakan yang digunakan untuk memasak laksa.
“Kita jangan gaduh pasal laksa. Tepuk dada, tanya selera. Mahu guna ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering ataupun ikan masin. Yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak,”
“Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah johor dan pahang! saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. Laksa Pahang juga sedap sangat, tidak ditumis. Cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah Laksa Johor! Saya suka Laksa Beras dan Laksa Tepung, dimasak atas kayu api, baunya sedap,” ujar baginda.
Nasihat yang diberikan oleh Tunku Permaisuri Agong mendapat sokongan daripada pengguna laman Instagram yang lain termasuk chef selebriti, Chef Adu dan YatieKitchen.
“Betul itu Tunku! Patik setuju sangat!,” balas Chef Adu di ruangan komen.
Ads
“Nanti minta tunjuk ajar ya Tunku bagaimana untuk ‘chap’ spageti itu ya,” komen YatieKitchen.
Pada pasting Instagram peribadi baginda itu juga, Tunku Azizah turut menunjukkan cara menunjukkan cara ‘cuai laksa’.
Tulis baginda, “Orang Johor pandai chap laksa spageti tapi orang Pahang pandai chap laksa tepung dan orang Terengganu pandai chap laksa beras’.
MW: Ada benarnya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh pasal laksa. Gunalah ikan apa pun, ikut selera, bajet dan citarasa masing-masing. Paling penting ramuan kena cukup dan tumis betul-betul, seperti kata Tuanku Permaisuri Agong.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Saat diserang anxiety, mujurlah suami mampu memberikan ketenangan. Itulah antara yang diluahkan oleh Sharifah Aleya pelakon, pengacara dan penyampai radio The LITE Breakfast, LITE FM sewaktu hadir menjayakan sesi temubual Sembang Wanita Xtra.
Perwatakannya yang ceria, begitu bertenaga dan sangat segar sewaktu berbicara tidak disangka bila Sharifah Aleya atau mesra dipanggil Leya rupanya menghidap anxiety. Jika dilihat dari luaran, seolah-olah Leya seorang yang tenang dan bahagia tidak ada masalah dalam dirinya. Namun, tidak siapa tahu, rupa-rupanya dia menghidap anxiety.
Dengar macam biasa-biasa sahaja, tetapi hakikatnya penyakit ini boleh menyebabkan hidup menjadi kacau bilau. Namun kini Leya semakin stabil,apabila diserang anxiety suami menjadi penenang diri.
Saat Diserang Anxiety, Suami Penenang
Seronok berbual dengan Leya rupanya dalam keceriaan dirinya mengalami anxiety dan pernah diselubungi kemurungan. Namun dirinya bertuah kerana suami sangat memahami dan mengurangkan kesakitan yang dialami.
Pada awal mengetahui penyakit yang dialami agak serius, Leya mendapat nasihat dari adiknya agar pergi berubat.
“Pada awal alami, rasa kosong, saya rasa badan berat, tak nak bangun dari katil dan duduk di rumah saja. Adik minta saya berubat. Jangan malu jika alami anxiety untuk minta bantuan. Memang perlukan rawatan. Alhamdulillah sekarang ni semakin tenang,” kongsi Leya.
Menurut Leya lagi dia menerima nasihat dari adik-adiknya agar lakukan rawatan. Syukur kini beransur pulih. Ditanya apa yang membuatkan dirinya berasa tenang bila berhadapan dengan kemurungan. Aura suami antara penenang.
“Tak tahulah aura ke apa, insyaAllah suami membuatkan saya semakin tenang. Dapat ambil baunya pun suami pun dah ok,” kongsi Leya.
Seronok Kembali Sebagai Penyampai Radio The LITE Breakfast, LITE FM
Disebalik itu, Leya juga beruntung kini kehidupannya bersama suami tercinta dan empat orang anak sangat bahagia.
Kini bertugas sebagai penyampai radio di The LITE Breakfast, LITE FM sewal jam 5 pagi Leya telah keluar rumah untuk ke tempat kerja.
“Saya bertugas jam 6 pagi -10 pagi dari Isnin hingga Jumaat bersama Terry. Ramai pendengar yang juga peminat saya merupakan pendengar setia dari zaman saya bertugas sebagai penyampai radio beberapa tahun lalu. Tak sangka masih ramai yang meminati dan mengikuti saya. Sangat seronok bertugas bersama Terry di The Lite Breakfast rakan sekerja yang sangat sporting,” luah Leya.
Hal paling saya takut akhirnya terjadi, ibu kongsi kesedihan anak meninggal dipatuk ular tedung. Tiada saat paling menyedihkan saat diuji dengan kehilangan orang tersayang. Tapi hal yang ditakuti ramai ini akhirnya terjadi kerana kita semua adalah pinjaman dari Allah. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Kegembiraan aidilftri tahun ini membawa berita duka buat seorang ibu, Noriah Awang apabila anak lelakinya, Mohd Idris meninggal dipatuk ular tedung selepas dua hari bertarung nyawa di hospital.
Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi
Bertugas sebagai anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Mohd Idris Abdul Samad, 31 tahun disahkan meninggal dunia selepas bisa ular tedung itu merosakkan buah pinggangnya.
Menyedihkan, bukan saja kehilangan anak, ibu tua berusia 67 tahun ini juga memaklumkan arwah anaknya itu sepatutnya melangsungkan pertunangan pada raya haji ini dengan gadis pilihannnya.
Memetik laporan Sinar Harian, Lans Koperal Mohd Idris Abdul Samad, 33, meninggal dunia pada jam 9.30 pagi Selasa ketika sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
“Anak saya sepatutnya bertunang raya haji ini dengan gadis pilihannya. Orang Pasir Tumboh, Kota Bharu tapi hajatnya tak tercapai. Tiada jodoh antara mereka,” katanya sambil menambah, anaknya itu sememangnya berminat dengan haiwan reptilia sejak kecil dan mempunyai kemahiran mengendalikan haiwan berbisa itu.
“Dia pernah kehilangan jari tengah pada 2017 akibat dipatuk ular. Saya sentiasa menasihati arwah supaya berhati-hati ketika bertugas dan tidak menyangka perkara yang dibimbangkan selama ini terjadi,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kemasin.
Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung
Menurutnya, anaknya itu dipatuk ular pada jam 8 pagi Ahad ketika memindahkan ular dari guni ke sangkar.
Ujar Noriah, anak lelakinya itu dipatuk di tangan kanan, tempat sama Allahyarham pernah kena sebelum ini.
“Pada Isnin malam sekitar jam 11, dia beritahu merasa tidak selesa di bahagian dada. Pada jam 3 pagi, anak saya sudah kritikal kerana bisa ular telah menyerang bahagian buah pinggangnya,” katanya.
Sementara itu, Pengarah APM Kelantan, Mohd Adzhar Mujab menberitahu, Mohd Idris sudah berkhidmat selama 14 tahun sebagai anggota APM di Kota Bharu.
Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang anggota yang komited dan terlatih dalam menangkap haiwan berbisa.
Jenazah lans koperal itu dikebumikan selepas solat Zohor diiringi keluarga, rakan serta anggota APM Kelantan.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak seperti yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, beliau tidak menyandang portfolio Menteri Pelajaran. Sebaliknya kekal meneruskan tanggungjawab sepenuhnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini selaras dengan manifesto Pakatan Harapan yang menjanjikan bahawa Perdana Menteri tidak akan mengambil jawatan menteri lain terutama Menteri Kewangan.
Tun M telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara pada jam 5 petang tadi (18 Mei 2018) dan menyerahkan senarai nama Ahli Perlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.
Ini Senarai Terkini Kabinet Malaysia 2018
Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad (BERSATU – Langkawi)
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan)
Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (BERSATU – Pagoh)
Menteri Pelajaran: Dr Maszlee Malik (BERSATU – Simpang Renggam)
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (BERSATU – Titiwangsa)
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR – Gombak)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (PKR – Ampang)
Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (DAP – Bagan)
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (DAP – Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Dap – Puchong)
Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran V. Murugeson (DAP – Ipoh Barat)
Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (AMANAH – Kota Raja)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (AMANAH – Pulai)
Menteri Kesihatan: Dr. Dzulkefly Ahmad (AMANAH – Kuala Selangor)
Yang Dipertuan Agong telag memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 jam 11.30 pagi di Istana Negara.
Sumber/Foto : Berita Harian, MStar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!