Apabila isteri bekerja, tak lain tak bukan adalah untuk membantu suami dalam apa yang kurang dan tak mampu oleh suami. Bukannya biasakan suami pakai duit isteri dan mengambil kesempatan atas bantuannya.
Itulah salah satu sebab isteri bekerja untuk bantu suami dan mungkin juga isteri bekerja untuk hilangkan kebosanan atau atas izin suami. Namun, jangan pula suami izinkan hanya kerana niat suami pakai duit isteri untuk perbelanjaan keluarga.
Ingat, walaupun isteri bekerja, duit gaji isteri tetap hak dia. Jangan suami mula anggap tak perlu beri nafkah pada isteri sebab sudah ada duit sendiri. Jangan salah faham.
Isteri bantu untuk top up keperluan keluarga untuk bantu suami yang kurang mampu. Tapi bukannya suami pakai duit isteri untuk mengambil kesempatan dan harapkan isteri selesaikan segala perbelanjaan rumah.
Salah satu perkongsian yang oleh Dr Azila Mohd kasim yang memetik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus adalah dengan guna isteri tidak melebihi 50% duit isteri keluarkan. Apapun, suami kena jaga 7 perkara yang dikongsikan ini. Moga ia bermanfaat untuk suami dan penjelasan buat isteri yang sanggup bersusah payaha demi suami dan keluarga.
Ia tidak membatalkan syarat wajib nafkah dari suami.
Jangan biasakan suami pakai duit kita. Kalau dia lupa bagi duit, ingatkan. Nanti dia kena jawab tentang tanggungjawab dia di sana.
Ingatkan kerana sayang, kita tak mahu dia muflis di akhirat.
Benda yang patutnya pakai duit suami, jangan pakai duit kita sendiri. Kecuali memang sudah saling sepakat mahu membantu contoh bayar ansuran insurance. Itu pun jika isteri nak bantu.
Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong “topup” kan mana yang terkurang, maka jagalah perkara ni:
Ads
1. Jangan Terus Suruh Isteri Bayar Apa Yang Kita Tak Mampu Bayar
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income atau dengan extra income, lepas tu tunjuk berapa baki setelah pendapatan ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.
Kalau negatif, negatif lah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.
2. Mintak Izin Dan Redha Isteri Kalau Nak Dia Bantu
Bila kita ada plan kewangan, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan tu, insya Allah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut. Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, atau suruh, minta elok-elok.
3. Bantuan Isteri Tak Boleh Lebih 50%
Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu pula kena keluarkan duit lebih dari kita, kita pulak yang kurang keluarkan duit.
Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri. Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.
4. Jangan Tambah Komitmen Tanpa Pengetahuan Isteri
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri. Jangan upgrade lifestyle, elak tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu “nothing” tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita takkan ada duit lebih atau rasa lapang. Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.
5. Ambik Semula Tanggungan Apabila Mampu
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada OT ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri, kita bayar guna pendapatan kita.
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri.
6. Bersyukur Bila Dibantu, Jangan Buat Perangai
diri tu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jika dibantu, buat cara dibantu. Tak payah nak buat perangai atau curang bagai. Jangan berat tulang, elak buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan. Pasangan bantu kita dan kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja rumah dia, beneficial for each other.
. 7. Hargai Bantuan Yang Di Hulurkan Isteri
Hargai isteri, sesekali tu bawa la dia makan di luar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan. Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua.
Ads
Sekian, semoga bermanfaat.
Perkongsian dari UAI.
Minggauan Wanita : Isteri bantu pun kira bersyukur sangat. jangan pula ambil peluang. Nafkah tetap nafkah ye!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ingat kaum ibu tak risau ke tengok keadaan anak kurus macam tak cukup makan. Risau yang amat. Tak luah tapi simpan di hati.
Ditambah lagi dengan soalan-soalan maut seolah-olah si ibu tak ambil kisah dengan berat badan anak. Macam tak jaga makan minum anak. Allah… sedih.
Inilah yang dikongsi Puan Intan Dzulkefli dalam tulisannya baru-baru ini, nampak biasa tetapi ayat-ayat orang kadang berbisa dan boleh buat hati seorang ibu beranak kecil sentap.
Nah, jemput renungkan kejap…
Ibu-ibu yang selama memelihara anak-anak semuanya jenis tak memilih makan dan berselera sedap, mungkin tak akan memahami cabaran yang dihadapi oleh para ibu yang anaknya memilih makan.
Hulur nasi, geleng.
Hulur mi spaghetti, mihun, mee, tolak.
Masak bubur punya sedap, dia tak nak juga.
Buatkan cookies, roti, sudahnya dibuat main.
Termakan sayur, diluahkan semula.
Ok, ibu masak tak nak. Beli pula segala produk homemade di pasaran. Beli suplemen dari satu jenama ke satu jenama.
Semuanya hampa.
Penat memasak. Letih mencuba.
Namun takkan putus asa, insyaAllah.
Pujuk rayu dah.
Buat hiasan makanan cantik-cantik dah.
Buat merajuk dan bertegas pun dah.
Semua taktik tak juga jalan.
Bila ke klinik untuk timbang berat, mulalah berdebar minta doa, ‘janganlah BMI anakku turun atau masuk garis kuning.’
Ada masanya cemburu juga lihat anak orang montel-montel, laju minta disuap makanan itu ini. Sayu juga rasa apabila memandang anak sendiri yang orang lain asyik komen fizikal badannya kecil, kurus. Walau sebagai ibu, kita tetap seadanya terima apa juga fizikal anak-anak kita.
Lebih memeritkan apabila dijerkah suara-suara sinis dan terserlah pura-pura simpati,
“Kenapa kurus sangat ni. Ibu dia tak rajin masak dan bagi makan la ni. Tak kreatif.”
“Ni mesti sumbat anak susu fm ni sampai anak tak selera makan.”
“Emak kemain gemuk, anaknya kurus melidi.”
Padahal, Allah je nampak periuk berisi segala nasi, bubur, sup yang berbaki atau kadang tak berluak. Kadang dimakan sendiri oleh si ibu yang tabah tadi. Kadang menitis juga air mata di pipi. Sungguh kesabaran dan ketabahan diuji.
Kadang pelik apabila komen sarkastik sebegini datang dari ibu anak baru seorang, atau anak sedang masih terlentang yang belum aktif berlari. Belum fasa badan anak menyusut.
Lebih memeritkan apabila ibu-ibu ini sendirian memikirkan hal anak yang berat sudah underweight. Memandangkan suami hanya tahu komen, “masak macam-macam semuanya buang. Membazir je!”
Tak pernah dengar? Ia tak pelik. Cuma mungkin kita yang tak tahu kerana lebih suka komen, perli dan jump into conclusion tanpa mahu bersifat empati mendengar luahan perasaan ibu-ibu sebegini.
Bukan Tak Suap Makan Tapi Sebenarnya…
Tahukah kalian, bahawa tak semua anak-anak underweight itu kerana disuapkan makanan tak berkhasiat, atau ibu malas masak, atau sekadar bergantung harap pada susu fm berbotol-botol. Ibu yang fully breastfeed pun tidak terkecuali diuji.
Kalau kita tak mampu untuk membantu, atau rasa begitu sukar mahu memahami kerana kita belum diuji, sekurangnya berjihadlah sedikit dalam memerangi nafsu dari sewenangnya melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati si ibu.
Bukan apa, kebiasaannya, kita akan diuji dengan apa yang kita katakan. Kita akan diuji dengan apa yang kita banggakan. Allah tahu apa dalam hati kita. Boleh jadi sebelum ini anak kita tiada apa masalah, esok lusa belum tentu.
Oleh itu, beringatlah. Sesungguhnya tawaduk itu lebih memelihara iman.
Buat para ibu yang diuji anak picky eater, jangan putus asa. InsyaAllah, this too shall pass. Banyakkan doa minta pertolongan Allah. Sebut nama anak dalam setiap doa.
Robbuna yusahhil amiin amiin.
Doakan mereka yang diuji dan ambillah iktibar, insyaAllah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Shukri Yahya sebak, tak pernah sangka dapat rezeki duduk rumah baru dan paling penting rumah yang dimiliki sendiri.
Begitulah luahan isteri tercinta hero drama TV popular yang juga pemilik nama sebenar Siti Nurfatihah Ahmad Adnan atau lebih senang disapa dengan panggilan Tya Adnan.
Isteri Shukri Yahya Sebak
Ibu kepada dua cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl ini juga tidak menyangka selepas berkahwin pada tahun 2015 akhirnya dia dan suami akhirnya dapat membeli sebuah rumah dengan hasil titik peluh sendiri.
“Sebenarnya, perasaan masuk rumah baru masih tak percaya. Tengok video unboxing sofa pun boleh jadi sebak.
“Sebab apa? Sebab tak pernah sangka akan dapat rezeki duduk rumah baru, duduk rumah sendiri.
Berbisik Sendiri Teringin Nak Pindah Rumah Baru
“Sebelum ni selalu tengok orang pindah rumah, renovate rumah cantik-cantik. Ya Allah. Suka sangat-sangat tengok!
Dalam hati selalu cakap
“Bestnyaaa!!”, “Teringinnyaaa..”
Sambil Doa Dalam Hati
“Ya Allah permudahkanlah urusan rezeki kami sekeluarga Ya Allah.
“Rezekikan kami rezeki yang mencukupi, rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang membahagiakan orang sekeliling kami”
“Hari-hari doa. Hari-hari minta dengan Allah. Kadang-kadang doa sambil bawak kereta, pegang stereng kereta tu pun doa. Tengah makan tetiba teringat, doa. Tengah basuh baju tiba-tiba teringat doa.
“Bukan nak kaya raya. Tapi cukuplah sekadar rezeki yang mencukupi, rezeki yang membahagiakan.
Tya & Syuk Bermula Dari Bawah
“Tup tup Allah bagi rezeki duduk rumah baru. Kalau nak tahu, Tya & Shuk masa mula-mula masuk rumah dalam first week tu, kitorang langsung tak rasa macam duduk rumah sendiri. Rasa macam duduk tah mana-mana. Rasa macam dekat tempat orang. Sampai macamtu perasaan kami;
“Sedih sebak, sebab Tya & Shuk bermula daripada bawah. Daripada tak ada apa-apa. Sampailah Allah pinjamkan rezeki sementara ini untuk kami.
“Allah maha mendengar. Doa tanpa jemu. Ok taip ni sambil juraiiii ayaq mata. Okbaiiii
“By the way, i nak say thank you to my husband @shukriyahaya for everything,” tulis Tya seperti mana di kongsi menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Semoga pasangan ini dimurahkan lagi rezeki.
Tragedi Bayi 11 Bulan Maut Dalam Kemalangan Rempuh Lembu
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut dalam pangkuan ibunya selepas kereta dinaiki keluarga itu terbabas akibat merempuh sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, Bera, malam tadi. Kejadian tragis kereta rempuh lembu ini mengundang rasa pilu dalam kalangan masyarakat tempatan.
Perjalanan Beli Susu Bertukar Tragedi
Memetik Berita Harian dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mangsa, Nur Adriana Amira Mohamad Norismail, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32 akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu bapa mangsa, Mohamad Norismail Sani, 22, bersama isterinya, Nik Nur Aini Azierah Che Azeman, 21, sedang dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong untuk membeli susu anak mereka.
Lembu Melintas Tiba-tiba Di Tengah Jalan
“Siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi, sekumpulan lembu tiba-tiba keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum melanggar haiwan berkenaan dan terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Kejadian kereta rempuh lembu itu berlaku dengan pantas tanpa sempat pemandu mengelak.
Menurut beliau, bayi berkenaan masih berada dalam pangkuan ibunya ketika kejadian dan tidak tercampak keluar dari kenderaan. “Dua daripada tiga lembu yang dilanggar mati di tempat kejadian manakala seekor lagi cedera,” katanya.
Punca Kemalangan Akibat Kecuaian Dan Haiwan Berkeliaran
Tambah Zulkiflee, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan. “Pihak polis bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bera turut mengadakan operasi menangani masalah lembu dan kerbau berkeliaran di jalan raya pada malam sama, namun kejadian berlaku lebih awal sebelum operasi bermula,” katanya.
Isu Keselamatan Jalan Raya Di Kawasan Luar Bandar
Kes tragis ini sekali lagi membangkitkan isu keselamatan di jalan luar bandar yang sering menjadi laluan haiwan ternakan berkeliaran pada waktu malam. Penduduk tempatan menggesa agar tindakan lebih tegas diambil terhadap pemilik haiwan bagi mengelakkan kejadian kereta rempuh lembu berulang dan meragut nyawa pengguna jalan raya yang tidak berdosa.
Tragedi ini menjadi peringatan kepada semua pihak tentang pentingnya tanggungjawab dan langkah keselamatan di kawasan luar bandar, terutama pada waktu malam yang sering menjadi laluan haiwan berkeliaran.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!