Menjadi seorang wanita dan ibu, kebiasaannya kebahagiaan dan keperluan suami, anak-anak dan keluarga yang akan menjadi keutamaan. Kepentingan dan kebahagiaan diri sendiri seringkali menjadi pilihan yang terakhir. Sebenarnya, penting untuk menghargai diri sendiri. Jangan dibiarkan diri selalu merajuk dengan diri sendiri, akibatnya diam-diam hati sendiri yang makan dalam.

Jemput baca perkongsian ringkas daripada Puan Lisa Sara ini sebagai panduan dalam melayari kehidupan kita;

Hati ini kalau tidak dibelai akan merajuk.

Kawan,
Penah merajuk time suami buat bodo tak layan apa kita cakap? Atau penah merajuk anak asyik menangis meragam tak tau apa yang dia nak?

Kita pun sedihhhla, menangis bagai. Rasa orang tak sayang. Rasa orang tak paham kita.

Rupanya, bila Kak Lis pi belajar. Sebelum kita merajuk dengan orang, jangan biar kita merajuk dengan diri sendiri.

Allahhh. Macam mana tu?

Macam ni. Penah satu masa dulu kala Kak Lis selalu berkira-kira dengan diri sendiri. Apa-apa pikir orang lain dulu. Family dulu. Anak dulu. Suami dulu. Orang lain dulu. Pendek kata untuk diri sendiri takde pun takpe!

Bagus kita selalu memikirkan kebahagiaan orang tapi kan lebih bagus kita masukkan diri kita sekali dalam kebahagian tu.

Hati Sendiri Makan Dalam

Pernah dulu.

Masa masak, biarlah orang lain makan dulu makan yang best best. Kita takpe lambat. Makan yang ‘balance’ pun takpe. Ni contoh.

Masa shopping. Duit perabis setel beli barang anak anak or rumah ke. Untuk sendiri takde takpe. Kasut ke beg ke baju ke. Takkkkkpeeerr pakai je yang lama. Elok lagi tu. Pakai sampai buruk. Yang penting orang lain okey.

Rupanya diam-diam hati sendiri makan dalam. Dalam diam hati sendiri melukai diri. Sampai satu tahap mulalah timbul rasa rasa jahat. Rasa orang tak sayang kita, rasa orang tak hargai kita, rasa penat giler ko kita korban macam macam untuk orang.

Itula kesan bila kita tak hargai diri kita sendiri. Kita mula nampak salah salah orang pada kita.

Hargai Diri Sendiri

Habis macam mana? Kita sendiri tak hargai diri, tak sayang diri. Apa lagi orang lain?

Rupanya, kita perlu hargai diri. Raikan diri. Reward diri sendiri tiap kali kita cuba bahagiakan orang lain. Walaupun hanya dengan membeli sebatang aiskrim untuk diri sendiri pada hari tu.

Bila kita tengok aiskrim kon Cornetto Kit Kat tu je hati kita dah happy. Apalagi bila kita gigit aiskrim tu rasa perghhhh sedap sejuk cair coklat ngan kekacang dia dalam mulut. Kita pon cakap “Alhamdulillah sedapnyaaaa”. Kita pun happy jee hari tu. Kita dah reward diri kita. Dalam bahasa sains kita dah pujuk RAS kita.

(RAS = Reticular Activating System)

Atau membeli coklat Ferero Rocher yang giler sedap feveret kita tu untuk diri kita sendiri je. Ala baru RM3.75 je kot dapat 3 biji. Jadilah.

See. Hargai diri tak semestinya perlu duit banyak atau benda mahal. Reward hargai diri.

Kalau taknak beli?
Ni dah penat yakmattt masak sampai sejam kat dapur siap pakej basuh pinggan penuh sesink. Habis basah baju. Bisa betis berdiri lama. Reward diri. Masa makan tu amik peha ayam yang paling besar dan nampak sedap skali. Hahaha.

Aci la kan. Pujuk hati kita. Sayang hati kita. At least kalo Abang tak puji aku masak sedap tak apoooo. Yang penting aku dah baham peha paling besar. Kakaka. Nampak kan? Apa je. Buat setiap hari.

Apa lagi reward diri ngan emas 3 kilo lagi la bagossss. Silakan. Haha. In shaa Allah kita lagi sayang diri kita. Kita tak mudah terasa kalau orang tak pujuk puji kita lagi. Kita bahagia, orang lain pun akan bahagia. In shaa Allah kan.

MW: Perkongsian yang menarik untuk dijadikan renungan.Dalam pada kita terlalu mementingkan kebahagiaan orang lain, adakala terlupa untuk menghargai diri sendiri. Pujuklah diri, cari kebahagiaan sendiri walaupun dengan perkara-perkara kecil.

Sumber: Lisa Sara