bekerja

Setiap awal bulan, mak-mak tentu sudah ada senarai barang dapur yang perlu dibeli untuk keperluan seisi rumah dalam tempoh sebulan. Namun, ada juga sampai setengah bulan, barang dapur dah susut. Jawabnya, kena top up lagi, maklumlah bila anak-anak semakin membesar, selera diorang pun tinggi dan bertambah-tambah. Bagi mak-mak, tak kisahlah semua tu, yang penting anak-anak suka dengan air tangan maknya.

Namun, bukan itu yang nak diceritakan tetapi tentang apa yang saya lihat ketika membeli barangan dapur di sebuah pasar borong baru-baru ini. Mungkin sebelum ini, hanya perasan kebanyakan jurujual dan cashier kebanyakan adalah bukan warganegara Malaysia. Ini kita boleh tengok sendiri boleh tengok dengan gaya dan raut wajah mereka.

Sesuai dengan jiwa wartawan, memang akan memerhati sekeliling, terutamanya bila menunggu masa untuk kita membuat bayaran. Masa itulah, mata saya tertumpu pada cashier yang bertudung. Maklum sahajalah, sebelum ini kebanyakan adalah wanita yang tidak bertudung dengan kebanyakan muka bukan dari orang Malaysia. Bukan seorang tapi adalah tiga empat orang yang menjalankan tugas mereka.

IKLAN

Bila sampai giliran saya untuk membayar, mulalah mulut ‘gatal’ nak bertanya pada wanita yang tersebut. Katanya, pekerja yang sebelum ini telah di hantar pulang dan syarikat perlu mengambil pekerja baru yang mesti orang tempatan. Mana yang ada sekarang ini pun menunggu masa untuk di hantar pulang.

IKLAN

Dalam bercerita sambil tangan masih laju ‘tag’ harga barang, sempat lagi saya bertanyakan pasal gaji, maklum lah tak boleh nak samakan gaji dengan mereka. Dia juga berpendapat sama, nak tak nak syarikat perlu naikkan gaji dan tak boleh samakan dengan pekerja bukan warganegara. Bagi pekerja asing, gaji yang mereka dapat itu sudah cukup mewah untuk mereka sedangkan kalu pekerja tempatan, masih belum mencukupi dengan kos sara hidup sekarang, lebih-lebih lagi bila punyai anak-anak yang ramai dan masih bersekolah.

IKLAN

Satu yang saya rasa seronok, bila sekarang ini kita dah boleh tengok pekerja tempatan di pasar borong itu dan mungkin juga pasar raya lain (masih belum berkesempatan pergi ke pasar raya lain). Keadaan ini sudah tentu memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. (Maaf la mungkin sebelum ini saya tidak perasan, ini adalah salah satu pembaharuan daripada pemerintah Malaysia baru).

Jadinya, bagi rakyat tempatan yang masih merungut, tak ada kerja dan masih lagi menganggur, cubalah untuk menjenguk mana-mana web ataupun surat khabar. Banyak peluang kerja yang diberikan. Jangan terlalu memilih sebab kita tak tahu daripada situlah berkembangkan karier kerjaya kita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI